KEPALA BATAS: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedia bekerjasama dengan pihak tertentu bagi mengeluarkan garis panduan mengenai operasi inap desa bagi memastikan tidak berlaku pelanggaran terhadap akta tertentu.
Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberitahu, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) dan semua kerajaan negeri bagi menyediakan garis panduan tersebut demi keselesaan semua pihak.
Penyediaan garis panduan yang lebih jelas akan memudahkan pengusaha inap desa menjalankan aktiviti yang tidak menjejaskan ketenteraman masyarakat setempat seperti yang mungkin berlaku di kawasan perumahan bertingkat seperti pangsapuri atau apartment yang terikat dengan isu strata.
"KPKT akan meneliti dan melihat barangkali untuk bekerjasama mengeluarkan garis panduan yang bersesuaian tentang aktiviti homestay sebab kena ingat, aktiviti homestay ni di bawah Akta Industri Pelancongan.
"Tapi bila membabitkan soal bangunan, kadang kala KPKT yang akan mengeluarkan garis panduan. Oleh kerana ia bersifat pembinaan, kewujudan kediaman dan infrastruktur, maka garis panduan akan dikeluarkan KPKT," ujar beliau.
Reezal berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo berhubung cadangan penutupan premis yang dijadikan operasi inap desa di kawasan pangsapuri yang dibimbangi boleh mengganggu ketenteraman orang lain.
Terdahulu, beliau menyaksikan acara sukaneka sempena program Visit My Kampung di Inap Desa Kota Aur @ PERDA, Kepala Batas, Pulau Pinang pada Sabtu.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Warisan, Kesenian, Budaya dan Pelancongan Pulau Pinang, Datuk Mohamad Yusoff Mohd Noor.
Menurut Reezal, kerjasama semua kerajaan negeri penting dalam menyediakan garis panduan baru atau mengukuhkan garis panduan sedia ada agar tidak bertentangan dengan akta di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau MOTAC.
Sementara itu, Reezal yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dan Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, pengusaha inap desa perlu mengambil kesempatan memajukan kawasan masing-masing kerana sektor pelancongan dilihat semakin pulih selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Apabila berakhirnya COVID-19 ini, wujud satu norma baharu, macam saya sebut iaitu 'travel revenge'. Mereka nak 'balas (dendam)' kerana lama sangat (terperap). Akhirnya ia telah menyebabkan berlaku peningkatan mendadak dalam industri pelancongan.
"Sekarang ada staycation... dua atau tiga hari orang nak tinggal dan untuk mereka yang dari KL, mereka cari Hulu Langat, atau Janda Baik.
"Saya yakin untuk negeri Pulau Pinang ini, dalam kalangan mereka yang duduk di bandar, mereka nak breakaway maka mereka akan cari tempat-tempat seperti ini. Sebab tu saya rasa potensi homestay atau inap desa ni amat penting," ujar beliau.
Kecenderungan pelancong domestik untuk tinggal beberapa hari di lokasi percutian sewajarnya memberi kelebihan kepada inap desa kerana pengunjung mahukan suasana yang berbeza selain bebas dari kesibukan di bandar.
Astro Awani
Sat Sep 17 2022

Garis panduan yang jelas akan memudahkan pengusaha inap desa menjalankan aktiviti yang tidak menjejaskan ketenteraman masyarakat setempat. - Gambar hiasan

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

Kanak-kanak lemas di homestay milik keluarga
Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas ketika bermandi manda di kolam renang sebuah inap desa (homestay) di Kampung Pulai, Merlimau pada Ahad.

KPKT sedia bentuk garis panduan untuk inap desa
Garis panduan yang jelas akan memudahkan pengusaha inap desa menjalankan aktiviti yang tidak menjejaskan ketenteraman masyarakat setempat.

KPLB bantu promosi inap desa seluruh negara
Usaha promosi itu juga antara lain bagi membantu dan memulihkan semula inap desa yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Polis minta mangsa penipuan tempahan rumah inap buat laporan
Hasrat beberapa pelancong untuk bercuti ke Terengganu terbantut selepas mendapati lokasi rumah inap yang ditempah sebenarnya tidak wujud.

Pulau Pinang cadang kawal selia rumah sewa jangka pendek, inap desa
Meskipun telah mengumumkan untuk tidak membenarkan rumah sewa jangka pendek atau inap desa, kerajaan Pulau Pinang masih terbuka kepada pilihan untuk mengawal selia aktiviti tersebut.

'Homestay' jadi makmal proses dadah diserbu, pakar masak heroin ditahan
Polis turut menahan sepasang suami isteri berusia 40 dan 50 tahun serta lelaki berusia 54 tahun yang juga tukang masak dadah.

17 termasuk remaja perempuan 16 tahun ditahan terlibat parti liar
Polis menahan 17 individu termasuk dua remaja bawah umur kerana menyertai parti liar di sebuah inap desa di Kuala Nerus, tengah malam semalam.

Pelancongan dalam negeri dibenarkan di negeri Fasa 2 dan seterusnya bagi individu lengkap divaksin - PM
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata aktiviti pelancongan tersebut melibatkan penetapan di homestay dan juga hotel.

Lelaki mabuk mengamuk, tikam warga emas hingga mati
Suspek berusia 35 tahun itu ditahan semasa duduk di kaki lima sebuah kedai di Jalan Pinang 1 pada jam 4.15 petang.

Enam sekeluarga sesat lima jam di Bukit Penunjuk ditemukan selamat
Difahamkan, keluarga itu tinggal di Pahang dan datang ke sini melawat kebun, kira-kira pukul 11 pagi mereka ingin balik ke 'homestay' namun gagal menemui jalan keluar.