TANJUNG MALIM: Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua sekolah di seluruh negara melakukan pemeriksaan terhadap tangki air supaya insiden yang menimpa Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor tidak berulang.
Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata seluruh sekolah juga diarahkan untuk melakukan pemeriksaan ke atas semua infrastruktur lain terutama yang sudah uzur.
Menurutnya, sekiranya terdapat binaan yang dirasakan tidak selamat atau berkemungkinan akan mengancam keselamatan murid, pihak sekolah diminta untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa.
“KPM memandang serius isu berkenaan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengambil tindakan perlu bagi menanganinya daripada berulang.
“Namun yang utama ketika ini adalah untuk kita mengambil langkah-langlah pencegahan. Selepas itu, sekiranya berlaku insiden yang tidak dijangka, kita akan mengambil langkah seterusnya untuk menyiasat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Malim di sini pada Rabu.
Pada pagi Selasa, media melaporkan sebuah tangki air di SMK Melor Kota Bharu, Kelantan telah pecah lalu menimpa laluan pejalan kaki di situ.
Turut dilaporkan insiden berkenaan telah mengakibatkan lima pelajar cedera yang mana dua daripadanya masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Dalam pada itu, Hang Soon berkata KPM sentiasa menekankan aspek keselamatan murid dan pelajar terutama dalam kawasan sekolah.
“Kita memandang serius dan amat menitikberatkan keselamatan anak-anak murid kita ini dan tindakan-tindakan sesuai telah diambil semua pihak.
“Ini bagi memastikan penyelenggaraan tangki air di sekolah tersebut dapat kita lakukan dalam waktu terdekat,” jelasnya lagi.
Pada perkembangan sama, beliau memberitahu projek pembinaan Dewan Terbuka SK Tanjong Malim yang menelan kos hampir RM400,000 itu dijangka siap penghujung tahun ini.
Selain itu Hang Soon berkata pihaknya turut menyampaikan sumbangan tambahan bernilai RM100,000 bagi penyelenggaraan tandas, longkang serta lebih 40 kerusi dan meja murid yang baharu.
Amirrul Rabbani
Wed Aug 10 2022

Pada pagi Selasa, media melaporkan sebuah tangki air di SMK Melor Kota Bharu, Kelantan telah pecah lalu menimpa laluan pejalan kaki di situ.- Gambar fail/Facebook Radzi Jidin
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Enam kenderaan rosak akibat tangki pecah di pangsapuri Sepang
Serpihan tangki air yang jatuh telah menimpa kenderaan di bawah blok apartment terbabit.

KPM arah sekolah seluruh negara periksa tangki air, infrastruktur uzur
KPM mengarahkan semua sekolah di seluruh negara melakukan pemeriksaan terhadap tangki air supaya insiden yang menimpa SMK Melor tidak berulang.

Tangki air pecah: 2 pelajar Tingkatan Dua masih dapatkan rawatan
Dua daripada lima pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Beberapa pelajar SMK Melor cedera akibat tangki air pecah
Beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor di Ketereh, cedera selepas tangki air sekolah itu pecah lalu menimpa laluan pejalan kaki dalam kejadian hari ini.

Empat cedera, kenderaan rosak akibat tangki air Kompleks Teruntum pecah
Kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu mengakibatkan runtuhan tembok batu dari tingkat empat bangunan menyebabkan empat orang cedera.

'Saya dengar dentuman kuat, diikuti limpahan air' - Saksi
Saksi cerita detik cemas apabila tembok bangunan Kompleks Teruntum di Jalan Mahkota-Seri Kuantan di sini runtuh dan menghempap kenderaan di kawasan parkir.