KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mencadangkan kerangka pendidikan menyeluruh dan membangunkan pelan pendidikan baharu dengan mengambil kira faktor global dan dasar dalam pembentukan karakter warganegara.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata pembangunan pelan pendidikan baharu, antaranya akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan latihan kompetensi guru dan kebolehpasaran individu dalam bidang pekerjaan, dalam dan luar negara.
Jelas beliau, kementerian kini sedang menilai pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan telah memulakan perancangan, libat urus, serta sindikasi dengan pemegang taruh dalam membangunkan Pelan Pendidikan baharu.
"KPM menubuhkan sebuah pasukan petugas khas yang akan menerajui perancangan, hala tuju dan pembangunan pelan pendidikan baharu.
"Perancangan ini akan menjadikan pendidikan manusiawi ke arah Malaysia Madani termasuk menjadikan anak yang baik lagi cerdik dan pembentukan karamah insaniah serta pendidikan karakter sebagai tunjang dalam kesinambungan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia," katanya di Dewan Negara pada Selasa.
Fadhlina berkata demikian menjawab soalan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian yang minta menyatakan apakah perancangan KPM seterusnya selepas PPPM 2013-2025 berakhir.
Ahli Parlimen Nibong Tebal itu menambah, PPPM 2013-2025 yang kini berada di gelombang ketiga telah menunjukkan pencapaian positif termasuk enrolmen di peringkat menengah atas meningkat daripada 77.96 peratus kepada 89.97 peratus pada 2022.
Selain itu, Fahdlina berkata enrolmen murid dalam aliran Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) meningkat daripada 4.6 peratus kepada 6.66 peratus.
"Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) turut meningkat daripada 9.6 peratus kepada 83.47 peratus pada 2022.
"Dalam konteks lain, kita melihat bahawa pelan pembangunan ini juga menumpukan dari segi kualiti guru.
"KPM telah memberi tumpuan dalam tiga aspek iaitu pemantapan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan, pemerkasaan profesionalisme serta kelestarian kesejahteraan guru," ujarnya.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Jaziri berhubung seramai 222 guru "one-off" yang diberi penempatan ke Sarawak tidak melaporkan diri atau menolak tawaran pula, Fadhlina berkata KPM sedang melaksanakan intervensi bagi mengelakkan perkara tersebut berulang.
"Salah satunya memastikan anak-anak tempatan Sabah dan Sarawak yang diberikan peluang untuk menjadi guru dan menempatkan mereka di kawasan-kawasan di dalam negeri tersebut.
"Dengan intervensi yang telah dilakukan dan juga proses memastikan kebajikan mereka menjadi keutamaan, jadi isu-isu seperti ini dapat kita tangani daripada awal," kata beliau.
Hasimi Muhamad
Tue Jun 27 2023
Fadhlina berkata pembangunan pelan pendidikan baharu, antaranya akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan latihan kompetensi guru dan kebolehpasaran individu dalam bidang pekerjaan - Foto fail/Astro AWANI
Trump anggap UK 'tidak selaras dengan kepentingan' AS, ugut kena tarif ke atas EU
Prospek perang dagangan dengan AS dijangka membayangi pertemuan Perdana Menteri Britain Keir Starmer dengan pemimpin EU, selepas Trump menyifatkan EU tidak selaras dengan kepentingan AS.
Anwar, Thaksin bincang bawa asean maju ke depan
Perbincangan turut menyentuh mengenai hubugan baik dengan negara-negara luar termasuk Amerika Syarikat dan China, di sebalik ketidaktentuan geopolitik dunia.
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
Dalam nota, Maybank IB berkata permintaan pengkomputeran awan di ASEAN terus menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 20 hingga 30 peratus, menyediakan asas yang stabil kepada pengendali pusat data.
Dalam nota, Maybank IB berkata permintaan pengkomputeran awan di ASEAN terus menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 20 hingga 30 peratus, menyediakan asas yang stabil kepada pengendali pusat data.
30 pegawai imigresen di lapangan terbang Jakarta dipecat
30 pegawai imigresen telah dipecat susulan dakwaan pemerasan yang mensasarkan pelawat dari China di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.
Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim
Kerajaan akan mengekalkan cadangan kadar caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan.
ASEAN catat pertumbuhan perlahan pada Januari - SP Global
SP Global berkata landskap pekerjaan kembali stabil, manakala tekanan harga terus mereda, dengan kos operasi dan caj meningkat pada kadar paling perlahan, masing-masing dalam tempoh 18 dan empat bulan.
Myanmar giat pemuliharaan Harimau Bengal
Di sebalik pelbagai cabaran domestik yang mendesak, Myanmar berjaya mengekalkan kira-kira 20 ekor Harimau Bengal, juga dikenali sebagai Harimau India - bukti kepada program pemuliharaan yang berkesan.
Singapura seru pekerja asing laporkan kes sogokan segera
Kementerian tenaga manusia Singapura pada Isnin menggesa pekerja asing untuk segera melaporkan kes wang sogokan susulan pendedahan membabitkan sebuah syarikat kontraktor yang mengenakan bayaran haram sebagai syarat pembaharuan pas kerja.
Indonesia lancar projek 3 juta kediaman setahun
Kerjasama antarabangsa menjadi titik penting dalam program itu, di mana setakat ini UAE memberikan komitmen untuk membina sejuta unit rumah dengan nilai pelaburan antara AS$16 bilion (RM72 bilion) hingga AS$20 bilion (RM90 bilion).
Malaysia perlu tunjuk keupayaan memimpin ASEAN - Agong
Sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini, baginda bertitah Malaysia juga perlu kekal tegas mendukung prinsip keamanan, menentang keganasan dan penindasan.
KPM bangunkan pelan pendidikan baharu, tumpu kompetensi guru dan kebolehpasaran individu
KPM sedang menilai pencapaian PPPM 2013-2025 dan telah memulakan perancangan, libat urus, serta sindikasi dengan pemegang taruh dalam membangunkan Pelan Pendidikan baharu.