PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memantau kualiti dan membantu guru yang terlibat dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) menerusi saluran DidikTV KPM, yang merupakan saluran khusus TV pendidikan secara terestrial.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Habibah Abdul Rahim berkata, kementerian boleh melatih dan membimbing guru terlibat untuk menambah baik, bukan sahaja dari segi kualiti kandungan, tetapi penyampaian di kaca televisyen.
"Jadi bagi saya, semua pihak termasuk kementerian boleh ambil pengajaran di sini. Bagaimana kita boleh menentukan kualiti PdP yang disampaikan melalui saluran itu. Kita perlu mempunyai kawalan kualiti (QC) yang lebih ketat dan melakukan saringan terhadap video atau program yang akan disiarkan melalui televisyen itu.
"Secara peribadi, saya rasa demi pelajar, guru sangat berani untuk muncul di hadapan kamera," katanya dalam temu bual bersama Bernama, Utusan Malaysia dan The Star mengenai Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu 2.0 di KPM di sini.
Beliau mengulas mengenai video tular di media sosial memaparkan seorang guru mengajar subjek Sains di saluran itu yang dikritik kerana penyampaiannya. Saluran itu yang kali pertama diperkenalkan, mula bersiaran semalam, menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di Astro dan saluran ntv7 di TV UNIFI, bermula 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.
Habibah berkata hasrat KPM untuk mengadakan DidikTV ini adalah satu inisiatif yang murni untuk menjangkau semua pelajar apabila terdapat banyak cabaran sepanjang pandemik COVID-19 serta jurang pemilikan peranti dan akses kepada internet.
"Kami tahu 36 peratus pelajar tidak memiliki sebarang peranti. Tapi kita lihat dari segi peratusan isi rumah yang ada televisyen adalah lebih 97 peratus. Jadi program televisyen ini adalah salah satu cara mendekati kanak-kanak," katanya.
Dalam pada itu, Habibah berkata KPM juga sedang berbincang dengan pihak berkepentingan mengenai pembukaan semula sekolah kepada pelajar bukan kelas peperiksaan.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu belum dimuktamadkan lagi.
Katanya, KPM mengambil kira cabaran yang dihadapi semua pihak apabila melakukan PdP di rumah kerana keadaan atau pengalaman itu tidak sama seperti hadir ke sekolah secara bersemuka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 18 2021

Habibah berkata hasrat KPM untuk mengadakan DidikTV ini adalah satu inisiatif yang murni untuk menjangkau semua pelajar. - BERNAMA

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Minggu pertama persekolahan mampu pupuk motivasi pelajar hadir ke sekolah
Sesi pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam bilik darjah akan ditangguh terlebih dahulu pada minggu pertama.

KPM teliti cadangan peraturan khas bendung pelajar hisap vape
Kementerian Pendidikan Malaysia meneliti cadangan mewujudkan peraturan khas bagi membendung trend penggunaan vape dalam kalangan pelajar sekolah.

18,792 guru baharu dilantik tahun lepas - KPM
Seramai 18,792 orang guru baharu telah dilantik sepanjang tahun lepas, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Malaysia juarai pertandingan antarabangsa World Robot Olympiad 2023
Pasukan KPM berjaya muncul Juara Keseluruhan Pertandingan Antarabangsa World Robot Olympiad (WRO) 2023 yang berlangsung di Panama City, Panama, bermula 7 Nov hingga semalam.

Sekolah K9 dan K11 solusi masalah murid keciciran - KPM
Faktor jarak antara tempat tinggal dan sekolah juga menyebabkan ramai murid yang tercicir persekolahan.

Murid berkeperluan pendidikan khas layak peroleh Sijil Kemahiran Malaysia
KPM mengamalkan prinsip pendidikan untuk semua golongan tanpa mengira latar belakang dan ketidakupayaan melalui bidang pendidikan dan kemahiran.

Bantuan Awal Persekolahan disalur mulai Januari depan
Bantuan Awal Persekolahan diberikan RM150 kepada setiap murid secara sekali bayar.

SK Nanga Klassen berwajah baharu selepas 60 tahun
Program baik pulih Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen, Sri Aman, salah satu projek pembinaan semula bangunan daif sekolah di Sarawak yang dibiayai melalui peruntukan RM1 bilion.

Ibu bapa wajar persoal, teliti dasar pendidikan negara - Anuar Ahmad
Dr Anuar Ahmad berpendapat ibu bapa perlu lebih bersedia berbincang mengenai dasar dalam menuju ke arah sistem pendidikan inklusif.

Guru Bahasa Melayu, Inggeris paling ramai bersara awal - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris antara paling ramai yang memohon bersara awal sejak dua tahun lalu.