KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan bidang pengajian berkaitan industri kenderaan elektrik (EV).
Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata Kolej Vokasional (KV) Pengerang Johor akan memulakan pengajian EV iaitu Teknologi Automotif Hibrid dan Kenderaan Elektrik (EV) pada tahun 2026.
Menurutnya, usaha itu adalah sebagai menyokong Dasar Automotif Nasional untuk memacu penggunaan EV di Malaysia
"Perancangan prabina sedang dilakukan bagi memastikan kursus yang bakal ditawarkan ini dapat disiapkan mengikut garis masa yang telah ditetapkan.
"Manakala elemen Teknologi Automotif Hibrid dan EV serta Teknologi Robotik diterapkan dalam kurikulum di 53 buah KV yang menawarkan program Teknologi Automotif yang pada ketika ini memang berupaya untuk meningkatkan pengetahuan murid terhadap teknologi terkini.
“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat 2 KV yang sedang beroperasi di Parlimen Wangsa Maju iaitu KV Setapak dan KV ERT, Setapak.
“KV Setapak menawarkan kursus yang berkaitan teknologi automotif yang menerapkan elemen EV,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.
Hui Ying berkata demikian menjawab pertanyaan Zahir Hassan (PH - Wangsa Maju) yang ingin tahu perancangan KPM untuk menambah bilangan kolej vokasional yang akan menawarkan kursus kemahiran dalam industri EV.
Dalam pada itu, beliau berkata, KPM juga komited memastikan graduan TVET KPM relevan dengan pekerjaan masa hadapan.
Jelasnya, kementerian akan memastikan kandungan kurikulum bagi program diploma yang ditawarkan di KV diberi nilai tambah teknologi terkini selaras dengan perkembangan industri 4.0.
"Sebagai contoh, smart farming dan internet of things (IoT) dalam bidang pertanian yang diintegrasikan melalui latihan amali bagi program pertanian.
“Ia dilaksanakan di lima buah kolej vokasional (KV) Pertanian KPM yang menawarkan program pertanian seperti KV Teluk Intan, Perak, KV Chenor, Pahang, KV Pasir Puteh, Kelantan, KV Dato’ Lela Maharaja, Negeri Sembilan dan KV Lahad Datu, Sabah,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Wed Oct 11 2023

Hui Ying berkata Kolej Vokasional (KV) Pengerang Johor akan memulakan pengajian EV iaitu Teknologi Automotif Hibrid dan Kenderaan Elektrik (EV) pada tahun 2026. - Foto fail/BERNAMA

Komposer Zul Mahat meninggal dunia akibat jangkitan kuman
Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke PPUM sejak penghujung Disember lalu selepas terjatuh ketika menjalani rawatan dialisis.
#AWANIRingkas 1 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Mac 2025
1️⃣ Kukuh pertahan kestabilan kerajaan
2️⃣ Dijangka lebih 6 peratus
3️⃣ Isu Rusia-Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kukuh pertahan kestabilan kerajaan
2️⃣ Dijangka lebih 6 peratus
3️⃣ Isu Rusia-Ukraine
#awaniringkas

Kebajikan, pendidikan anak veteran tentera akan terus terbela - Adly
Kerajaan memahami keadaan mereka yang tidak mampu lagi bekerja selepas bersara bagi menampung perbelanjaan keluarga.
AWANI Pagi: Gaya hidup sibuk? Amalkan sahur "meal prep"
Sempena 1 Ramadan esok, ikuti diskusi eksklusif #AWANIPagi bersama Dr. Muhammad Rezza Zainal Abidin, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengurusan & Khidmat Makananan, Fakulti Sains & Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang akan berkongsi beberapa panduan bagaimana menyediakan sahur yang sihat dan menyelerakan khususnya bagi mereka yang gaya hidupnya sibuk dengan tugasan seharian.

Dua maut dalam kebakaran di Penampang
Dua maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Limbanak di sini pada awal pagi tadi.

Azeem Fahmi cipta sensasi lagi, layak ke final acara 60m di Texas
Azeem berjaya layak ke saingan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships selepas menamatkan larian di tempat kedua.

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang
Sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara di Telupid.

Dakap 13 piala bersama, JDT hilang khidmat graduan Real Madrid juga pembantu Hector Bidoglio
Jurulatih kelahiran Argentina itu turut berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor atas peluang yang diberikan.

Vinicius enggan layan spekulasi ke Arab Saudi
Kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad dalam separuh akhir Copa del Rey pada Khamis merupakan penampilan ke-299 Vinicius untuk Real.

Sempena Ramadan, Liga Australia beri kelonggaran 90 saat berbuka puasa ketika perlawanan
Liga Australia telah memperkenalkan sistem untuk memberi ruang buat pemain beragama Islam berbuka puasa ketika perlawanan sedang berjalan.

Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.

Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.

Jualan tahunan kereta elektrik Tesla merosot buat kali pertama
Penghantaran untuk 2024 adalah 1.79 juta unit, 1.1 peratus lebih rendah daripada tahun sebelumnya, di bawah anggaran 1.806 juta unit.

Proton e.MAS 7 rasmi dilancar, harga bermula RM109,800
Proton Holdings Bhd melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama keluaran nasional, e.MAS 7.

Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya.

Perodua mahu hasilkan 500 unit eMO-II sebulan, sasar EV termurah
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata model EV ini dijangka dijual pada harga antara RM50,000 dan RM90,000 seunit.

Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.

GV Ride bakal perkenal e-hailing guna EV bermula Disember
Langkah itu merupakan salah satu daripada langkah untuk mempromosikan EV dalam industri e-hailing.

'Pemandu guna EV tidak akan kembali guna petrol'
Ashley berkata, pemandu tidak akan kembali menggunakan kenderaan berkuasa petrol apabila mereka telah beralih kepada EV.

Standard Pertukaran Bateri akan diperkenalkan menjelang akhir tahun - MARii
Standard Pertukaran Bateri atau Battery Swapping Standard dijangka akan dikongsi bersama pemegang taruh berkepentingan pada akhir tahun ini.