TAIPING: Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah yang dijangka bermula dalam tempoh terdekat.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata setiap daripada sekolah berkenaan akan menerima peruntukan berjumlah RM70,000 sepertimana yang disalurkan kepada sekolah kerajaan pada tahun lepas.
"Buat masa ini, peruntukan ini masih dalam proses untuk kita memenuhi segala tatacara kewangan yang ada.
"Setelah kesemuanya dipenuhi maka kita akan salurkan kepada setiap SBK termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) untuk tujuan penyelenggaraan serta naik taraf tandas sekolah," katanya ketika ditemui pada sesi lawatan di SABK Maahad Al-Khair Lil Banat di sini hari ini.
Sehingga 20 Mac lepas, sejumlah 8,354 tandas sekolah telah dibaiki dengan peruntukan berjumlah RM654.29 juta di bawah Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan yang memberi manfaat kepada lebih lima juta pelajar seluruh negara.
Mengenai sesi lawatan yang diadakan, Wong berkata sebanyak RM300,000 diperuntukkan kepada tujuh sekolah dalam Parlimen Taiping bagi tujuan baik pulih atau menaik taraf fasiliti serta infrastuktur sedia ada.
Beliau berkata segala proses berkenaan akan dikendalikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah masing-masing.
"Sumbangan secara sekali beri ini disalurkan melalui Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan kepada enam sekolah kerajaan dan SABK Maahad Al-Khair Lil Banat, yang kita harapkan ia dapat digunakan sebaiknya oleh ketujuh-tujuh sekolah ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024
![KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715331643_WongKahWohjpg.jpg)
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh (dua, kiri) menyampaikan replika cek berjumlah RM50,000 kepada Pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al Khair Lil Banat, Muhammad Abdullah (dua, kanan). - Foto Bernama
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739942446_TBAfdlinShauki.jpg)
Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940968_TBFahmi.jpg)
Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.
![KPM lulus RM50,000 peruntukan penyelenggaraan kepada 74 SJKC SBK KPM lulus RM50,000 peruntukan penyelenggaraan kepada 74 SJKC SBK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689063039_LimHuiYing.jpg)
KPM lulus RM50,000 peruntukan penyelenggaraan kepada 74 SJKC SBK
Lim Hui Ying berkata dana itu akan disalurkan kepada sekolah berkenaan yang memohon peruntukan penyelenggaraan dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.
![RM620 juta diperuntukkan kepada sekolah, bukan sekolah - KPM RM620 juta diperuntukkan kepada sekolah, bukan sekolah - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51606205673_SidangMediaKPMB.jpg)
RM620 juta diperuntukkan kepada sekolah, bukan sekolah - KPM
Menteri Kanan Pendidikan berkata, sebanyak RM620 juta diperuntukkan kepada sekolah dan RM50 juta kepada bukan sekolah.
![Maszlee tidak pernah cadang tukar SBK kepada sekolah kebangsaan Maszlee tidak pernah cadang tukar SBK kepada sekolah kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71540918249_DrMaszleeMalik.jpg)
Maszlee tidak pernah cadang tukar SBK kepada sekolah kebangsaan
Kementerian Pendidikan berkata Menterinya, Dr Maszlee Malik tidak menyebut atau mengesyorkan agar SBK ditukar menjadi sekolah kebangsaan seperti yang dilaporkan.
![Permohonan sekolah kanak-kanak warga asing sedang diteliti - JPNT Permohonan sekolah kanak-kanak warga asing sedang diteliti - JPNT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61507891800_950x600.jpg)
Permohonan sekolah kanak-kanak warga asing sedang diteliti - JPNT
Beliau berkata keputusan berhubung permohonan itu dijangka pada minggu depan.