NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) merancang menambah kolej vokasional (KV) dan program yang ditawarkan dalam usaha memberi pendidikan voksional kepada lebih ramai pelajar berikutan kebolehpasaran graduannya yang mencecah hingga 99 peratus.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata ketika ini terdapat 86 KV di seluruh negara dengan setiap tahun purata 10,000 graduan dihasilkan oleh kolej itu.
"Di KV ada 10 bidang dengan setiap satunya mempunyai 36 program dan setakat ini semua (program) itu memperoleh akreditasi sewajarnya melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sekali gus meningkatkan tahap kebolehpasaran pelatih.
"Kira-kira 10,000 pelajar tamat belajar di KV setiap tahun dan sejak tujuh tahun lepas ada seramai 76,121 graduan, jadi bayangkan dengan lebih 99 peratus kebolehpasaran maknanya mereka memang tiada masalah untuk cari pekerjaan.
"Memang mereka mendapat permintaan yang tinggi dan kita bersama-sama pemain industri perlu sinergi untuk perkukuhkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Ini yang kita mahukan dalam sistem pendidikan, bukan sahaja mereka menguasai kepakaran malah kebolehpasaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Program KV Insani Masyarakat MADANI Pulau Pinang di sini pada Sabtu.
Beliau, yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, berkata KV atau TVET bukan lagi pilihan terakhir, sebaliknya ribuan graduan yang dikeluarkan KV setiap tahun memberi impak besar kepada pembangunan dan ekonomi negara.
"Malah, mereka membawa nama negara ke arena antarabangsa apabila turut memasuki pasaran pekerjaan di luar negara," katanya.
Dalam pada itu, Fadhlina yang juga Ketua Wanita PKR berkata beliau tidak akan berganjak dengan keputusan untuk tindakan saman sekiranya pembuat fitnah berhubung isu azan yang diputar belit tidak memohon maaf kepadanya.
"Ada yang telah minta maaf dan ada belum, jadi yang belum (minta maaf) itu kena ingat fitnah itu dosanya besar daripada membunuh dan musim Pilihan Raya Negeri (PRN) ini saya tidak kompromi soal fitnah kerana ini prinsip serta akhlak yang kita kena jaga.
"Mereka perlu tonton betul-betul video saya itu dan kalau mereka tak tonton jangan komen apa-apa yang boleh menimbulkan fitnah," katanya.
Pada Isnin lepas, Fadhlina menegaskan pihaknya telah membuat laporan polis berkenaan isu azan yang diputar belit oleh sesetengah pihak sehingga menjadi fitnah dan siasatan sedang dijalankan bagi mencari individu tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan bahan fitnah tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023

Fadhlina berkata KV atau TVET bukan lagi pilihan terakhir, sebaliknya ribuan graduan yang dikeluarkan KV setiap tahun memberi impak besar kepada pembangunan dan ekonomi negara. - Gambar fail/Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bunuh pelajar: Keputusan 13 remaja bebas atau perlu bela diri 28 Februari
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas prosiding semakan status hujahan semua pihak diadakan pada Isnin.

13 remaja lelaki didakwa bunuh pelajar kolej vokasional
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pelajar kolej vokasional ditemukan meninggal dunia, 13 ditahan bantu siasatan
Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas lantai di bilik asrama sebuah kolej vokasional, di sini pagi tadi.

Pelajar kolej vokasional maut, nahas tiga kenderaan
Kesemua kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah yang sama daripada Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

Kakitangan kolej vokasional didakwa kes seksual 5 remaja lelaki
Seorang pembantu operasi sebuah kolej vokasional mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tujuh tuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh kemaluan lima remaja lelaki.

Cadangan tambah kolej vokasional tawar kursus EV antara tumpuan Dewan Rakyat
Zahir Hassan ingin tahu rancangan KPM untuk menambah kursus-kursus TVET yang lebih relevan seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

KPM akan perkukuh program agrotek di kolej vokasional - Fadhlina
Fadhlina berkata program-program pertanian dengan pelbagai rakan strategik yang dilaksanakan ketika ini juga sangat signifikan ke arah keterjaminan makanan.

KPM rancang tambah kolej, program vokasional
Fadhlina berkata ketika ini terdapat 86 KV di seluruh negara dengan setiap tahun purata 10,000 graduan dihasilkan oleh kolej itu.

3,176 pelajar tingkatan enam, kolej vokasional terima Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai
Menerusi program itu setiap pelajar terpilih menerima bantuan e-dompet bernilai RM50 sebulan bagi tempoh tiga bulan berturut-turut.

Lokasi dikesan musuh angkara degil guna telefon bimbit
Siasatan awal itu mendapati kedegilan anggota tentera tersebut membawa padah apabila lokasi mereka berjaya dikesan musuh.