Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyangkal dakwaan Persatuan Kontraktor Sisa Pepejal dan Pembersihan Kuantan (Kosppem) bahawa 45,000 pekerja pembersihan bangunan dan kawasan sekolah akan kehilangan pekerjaan.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, KPM berkata pihaknya sentiasa mengkaji syarat dan kriteria tender bagi memastikan Kementerian, khususnya pihak sekolah, mendapat perkhidmatan yang terbaik selaras dengan dasar mengoptimumkan sumber kewangan kerajaan semasa.
"KPM menambah baik format tender tahun 2019 dengan mengambil kira keluasan kawasan, bilangan blok bangunan, jumlah aras keseluruhan bangunan dan bilangan tandas yang terdapat di setiap sekolah berbanding norma terdahulu yang hanya mengambil kira kemasukan pelajar dan keluasan bangunan.
"KPM juga menegaskan penyertaan kontraktor dalam tender-tender adalah mengikut harga yang ditawarkan dengan spesifikasi yang telah ditetapkan dan bukan bertujuan mengurangkan pekerja-pekerja yang digunakan oleh syarikat yang memperoleh tender kontrak.
"Adalah menjadi tanggungjawab majikan syarikat yang mendapat kontrak perkhidmatan untuk memastikan kebajikan pekerja mereka terus terjamin dan terpelihara," kata kenyataan itu.
Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan 45,000 pekerja pembersihan bangunan dan kawasan sekolah berisiko hilang kerja jika KPM melaksanakan format tender baharu tahun ini.
Yang Dipertua Kosppem, Datuk Tengku Abu Nirah Tengku Ahmad dilaporkan berkata, format itu perlu dikaji semula bagi mengelakkan lebih ramai rakyat kehilangan pekerjaan.
Afiezy Azaman
Thu Mar 07 2019

KPM menyangkal dakwaan Kosppem bahawa 45,000 pekerja pembersihan bangunan dan kawasan sekolah akan kehilangan pekerjaan.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

F1 bakal perkenal format kelayakan baru
FIA, F1 dan kesemua 10 pasukan telah bersetuju untuk melakukan perubahan yang bakal diimplementasi bagi dua litar Eropah dan satu litar bukan Eropah.

Format baharu Liga Super peluang terbaik Perak buru kejuaraan
Ia juga peluang keemasan bagi skuad 'The Bos Gaurus' memburu slot automatik ke kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2021, andai berjaya merangkul kejuaraan tersebut.

KPM sangkal dakwaan Kosppem 45,000 pekerja akan hilang pekerjaan
Adalah menjadi tanggungjawab majikan syarikat yang mendapat kontrak perkhidmatan untuk memastikan kebajikan pekerja mereka terus terjamin.

Malaysia minat jadi tuan rumah Hoki Piala Dunia 2022
Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal, berkata FIH percaya Malaysia mempunyai kemudahan dan keupayaan untuk menganjurkan kejohanan baharu bagi pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Saingan Piala FAM 2018 lebih mencabar
Format baharu itu diperkenalkan selepas menerima maklum balas daripada pasukan-pasukan bertanding selain bertujuan menjadikan pertandingan tersebut lebih kompetitif.

Tony mahu Liga FAM musim depan dirombak
Tan Sri Tony Fernandes, mahu format Liga FAM musim depan dirombak kerana dilihat kurang menarik dan tidak praktikal dalam menarik perhatian peminat.

UPSR 2016: 'Kenapa jadi begini?'
Keputusan kurang baik yang disebabkan oleh pertukaran format dikhuatiri menjejaskan motivasi pelajar.