PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyiasat rakaman video tular di media sosial yang memaparkan seorang guru besar bertindak memarahi dan memukul bahagian kepala seorang murid lelaki dipercayai berlaku dalam sebuah majlis rasmi di sebuah sekolah di Terengganu.
Menerusi kenyataan KPM memaklumkan, langkah itu bagi memastikan isu berkenaan diselesaikan segera.
"Kementerian komited memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan," kata kenyataan itu pada Khamis.
BACA: Video guru besar pukul murid dalam majlis sekolah tersebar
Menurut kenyataan itu, golongan pendidik dinasihatkan untuk sentiasa memelihara etika dan menjunjung tinggi martabat serta profesionalisme profesion keguruan.
Terdahulu, nama sekolah berkenaan menjadi trending di laman X selepas rakaman berdurasi 41 saat itu tular di media sosial.
Video tersebut dikongsikan menerusi hantaran di laman sosial milik Siti Hajar berserta keterangan 'pendidik harus terdidik' yang setakat ini mendapat 490,000 tontonan dan 5,600 perkongsian sejak Rabu.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaharu, guru berkenaan mengakui telah memadam dua hantaran video berkenaan kerana kes tersebut sedang dalam siasatan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 14 2023
Video tersebut dikongsikan menerusi hantaran di laman sosial milik Siti Hajar berserta keterangan 'pendidik harus terdidik'. - Gambar/ Sinar Harian
'Saya guna AI ugut, sengaja nak mainkan Harith Iskander'
Seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi AI untuk mengugut dan mempermainkan perasaan Harith Iskander serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret.
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa hari ini, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA
Perintah itu menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
KPM siasat guru besar pukul murid di Terengganu
KPM menyiasat rakaman video tular di media sosial yang memaparkan seorang guru besar bertindak memarahi dan memukul bahagian kepala seorang murid lelaki di Terengganu.
Video guru besar pukul murid dalam majlis sekolah tersebar
Tular video berdurasi 41 saat memaparkan seorang guru bertindak memarahi dan memukul bahagian kepala seorang murid lelaki dipercayai berlaku dalam sebuah majlis rasmi di sebuah sekolah di Terengganu.