KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik balik atau menggantung mana-mana buku atau bahan bacaan yang tidak diterbitkan oleh pihak KPM atau agensi-agensi di bawahnya.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata pihak kementerian hanya bertanggungjawab dalam memastikan buku-buku yang keluaran KPM melalui proses yang ditetapkan.
"Pertama sekali ingin saya jelaskan, semakan kami mendapati buku yang dirujuk itu dikeluarkan oleh pihak swasta bukan buku dikeluarkan KPM.
"Kita punya bidang kuasa di KPM adalah (semakan) buku-buku yang dikeluarkan KPM. Itu tumpuan utama KPM untuk mengusahakan yang terbaik supaya buku-buku itu merangkumi data-data dan fakta telah disemak kesahihannya," katanya kepada media selepas melancarkan Kamus Dewan Perdana di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai satu hantaran di media sosial baru-baru ini berkenaan tangkap layar dipercayai satu daripada muka surat sebuah buku rujukan mata pelajaran Sejarah Tingkatan 5.
Buku rujukan tersebut yang dipercayai terbitan sebuah syarikat swasta memaparkan kesilapan gambar wajah Tun V.T. Sambanthan pada muka surat itu yang menimbulkan rasa kurang senang dan terkilan kepada anak mendiang, Deva Kunjari Sambanthan.
Mengulas mengenai Kamus Dewan Perdana, Radzi berkata kamus terbaharu itu mengandungi lebih 120,000 kata akar dan merakam perkembangan kosa kata bahasa Melayu dalam tempoh lebih daripada satu abad.
"Insya-Allah kita akan lihat kamus ini akan menjadi panduan utama bagi semua pihak apabila melihat perkataan bahasa Melayu. Terdapat beberapa penambahbaikan dalam kamus ini termasuk juga pengenalan perkataan jawi yang memberikan manfaat besar kepada generasi hari ini dan mendatang," katanya.
Menurut Radzi, perkembangan bahasa Melayu pada waktu ini, pada era digitalisasi ini berlaku dengan cepat sekali dan pada masa akan datang lebih banyak perkataan baharu yang akan digunakan maka pendekatan baharu boleh diambil kira dalam memastikan perkataan yang ada dalam kamus itu dapat ditambah dan ditambah baik dari semasa ke semasa.
"Seperti yang saya jelaskan tadi, betapa pentingya kamus ini dielektronikkan dan dibenarkan penggunaannya untuk umum supaya membolehkan bahasa ini diperkembangkan dengan lebih baik dan menjadi bahan rujukan yang baik bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia," katanya lagi.
Kamus Dewan Perdana ialah kamus baharu yang diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan merupakan kamus bahasa Melayu pertama di dunia yang memanfaatkan sumber data daripada pangkalan data korpus yang dibangunkan oleh DBP dan juga data Internet.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 01 2022

Mohd Radzi (kanan) melancarkan Kamus Dewan Perdana di Balai Budaya Tun Syed Nasir hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Pencen Awal: Pendidik minta lantik pembantu guru, naikkan gred Guru Cemerlang sekolah rendah
Beban tugasan guru-guru di sekolah perlu diringankan, di samping menyediakan ganjaran yang sewajarnya kepada perkhidmatan mereka dalam mendidik generasi bangsa.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Waktu sekolah seperti biasa sepanjang Ramadan - KPM
Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.

Sekolah baharu, kelas kabin antara inisiatif atasi isu sekolah padat - KPM
Kementerian Pendidikan mengenal pasti beberapa inisiatif bagi mengatasi isu kepadatan pelajar di sekolah, susulan peningkatan jumlah murid terutamanya di Selangor.

Kerajaan peruntuk RM9 juta hantar guru jalani kursus kepimpinan, AI di luar negara
Ia merupakan projek perintis KPM tahun ini khusus untuk meningkatkan kemahiran guru dalam bidang kepimpinan dan kecerdasan buatan.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis
Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Feb lepas.

48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM
Menerusi program intervensi itu, guru-guru membantu murid Tahun Satu yang masih belum boleh membaca sehingga mereka mampu membaca, menulis dan mengira.

KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI