Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif menubuhkan Akaun Amanah Tabung Penyelenggaran Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, akaun amanah tersebut akan diuruskan oleh KPM.
Katanya, kewujudan akaun terbabit untuk mencipta platform yang telus bagi orang ramai yang mahu menderma kepada institusi pendidikan negara.
"Memang tidak dapat dinafikan bahawa KPM memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak dalam mewujudkan kemudahan infrastruktur yang lengkap untuk memenuhi kehendak para pelajar.
"Sumbangan kepada akaun ini layak menerima pengecualian cukai pendapatan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967," katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Program "Dari bilik bicara ke bilik darjah (MYC2C)" di Maktab Sultan Ismail, di sini, hari ini.
Majlis tersebut dilancarkan oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat yang turut dihadiri Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Datuk Seri Azahar Mohamed dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Mohamed Hanipa Maidin.
Katanya, akaun amanah itu boleh menerima sumbangan wang daripada sesiapa sahaja termasuk syarikat swasta, orang awam, persatuan, pertubuhan tempatan atau antarabangsa dan agensi-agensi yang tidak dibiayai oleh Kerajaan Malaysia.
"Di Malaysia, kita mempunyai 6,202 buah sekolah kerajaan, 2082 buah sekolah menengah, 20 buah Universiti Awam, 36 buah Politeknik dan 103 buah Kolej Komuniti.
"Tabung ini juga membenarkan penderma memilih institusi yang ingin dibantu dan wang sumbangan tersebut akan disalurkan melalui akaun ini terus kepada institusi pendidikan tersebut.
"Pihak Kementerian berharap tabung ini dapat menerima sambutan yang baik agar sekolah-sekolah dan institusi pendidikan kita dapat dinaiktarafkan demi kesejahteraan anak-anak," katanya.
Vivi Sumanti
Sun Feb 02 2020
Teo ditemui sewaktu Majlis Pelancaran Program "Dari bilik bicara ke bilik darjah (MYC2C)" di Maktab Sultan Ismail, di sini, hari ini. - Foto KPM
Pilihan Raya Presiden Syria 4 hingga 5 tahun lagi
Presiden Interim Syria, Ahmed al-Sharaa, menyatakan pilihan raya presiden pertama selepas peralihan kuasa dijangka mengambil masa antara empat hingga lima tahun.
WHO seru negara anggota desak Amerika Syarikat batal hasrat keluar
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru pegawai kesihatan negara-negara anggota agar mendesak Washington membatalkan keputusan Presiden Donald Trump untuk menarik diri daripada agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Qatar, Turki tolak cadangan Trump 'bersihkan' Gaza
Menteri Luar Qatar dan Turki menentang rancangan kontroversi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk "membersihkan" Semenanjung Gaza.
Israel terus serang Tebing Barat
Rakyat Palestin pada Isnin mengadakan upacara pengebumian tujuh daripada sekurang-kurangnya 22 orang yang terbunuh akibat serangan Israel di wilayah Tebing Barat yang diduduki sejak dua minggu lalu.
Mexico, Amerika Syarikat tangguh pelaksanaan tarif sebulan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump umum penangguhan pelaksanaan tarif baru terhadap Mexico selama sebulan.
Afrika Selatan nafi ‘rampas tanah’ selepas Trump ancam henti salur bantuan
Presiden Cyril Ramaphosa nafi dakwaan Presiden Trump bahawa pihak berkuasa Afrika Selatan sedang "merampas tanah."
Hanya beberapa jam sebelum dilaksana, Trump tangguh tarif ke atas Mexico, Kanada
Trump tangguh tarif ke atas Mexico dan Kanada selepas berbincang dengan pemimpin kedua-dua negara jiran itu.
Polis buru suspek pecah rumah
Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah rumah di Bandar Baru Bangi di sini pada Sabtu.
Kedah umum 11 Februari cuti peristiwa sempena Thaipusam
Kerajaan Kedah memutuskan pemberian cuti peristiwa pada 11 Februari ini bersempena sambutan Thaipusam.
Perang dagang, bekalan beras jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu perang dagang dan penghasilan beras tempatan menjadi tumpuan utama di Dewan Rakyat hari ini. Isu itu dijangka dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan Perdana Menteri (PMQ).
KPM tubuh akaun amanah untuk selenggara sekolah kerajaan dan IPTA
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif menubuhkan Akaun Amanah Tabung Penyelenggaran Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).