CYBERJAYA : KPMG Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam membantu 20 syarikat pemula menerusi program Pusat Kecemerlangan Pengasas (FOX) MDEC.
Menurut Ketua Eksport Digital MDEC, Gopi Ganesalingam, menerusi kerjasama itu pihaknya dijangka dapat melahirkan lima syarikat Unicorn Nasional menjelang tahun 2025.
"Program ini sejajar dengan inisiatif Malaysia Digital di mana kita hendak melahirkan lima syarikat Unicorn menjelang tahun 2025.
"Program ini akan melibatkan syarikat yang kita nilai boleh berkembang dengan cepat. Kita sedang mengenal pasti syarikat-syarikat pemula ini dan akan membantu membimbing untuk meningkatkan keupayaan mereka," jelasnya.
Jelasnya, menerusi Program FOX, ia sejajar dengan inisiatif strategik Malaysia Digital, bertujuan mengembangkan kapasiti dan keupayaan digital negara.
Ia juga dijangka meningkatkan nilai keseluruhan ekosistem, termasuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital untuk menjadikan Malaysia sebagai Hab Digital ASEAN.
Sementara itu, bagi Pengarah Eksekutif KPMG, Alvin Gan berkata, pelbagai aspek akan dititikberatkan kepada syarikat pemula yang menyertai program itu.
"Pelbagai aspek akan KPMG bantu, antaranya bidang tadbir urus, teknologi dan awan, selain itu, bidang keusahawanan juga antara utama yang akan kita berikan perhatian.
"Begitu banyak aspek akan diberi penekanan menerusi kerjasama dengan MDEC ini. Kami memulakan beberapa kelas dan seminar sebelum ini, dan kami bekerja sangat rapat dengan mereka.
"Akhir sekali, bagaimana kami nak memupuk syarikat pemula ini bagi memastikan matlamat akhir menjadi syarikat Unicorn itu tercapai," jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama diantara KPMG dan MDEC di Cyberjaya pada Isnin.
Fareez Azman
Mon Mar 13 2023
![KPMG dan MDEC bekerjasama menerusi FOX, sasar lima syarikat Unicorn Nasional menjelang 2025 KPMG dan MDEC bekerjasama menerusi FOX, sasar lima syarikat Unicorn Nasional menjelang 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678688012_KPMGMDEC.jpg)
Menurut Ketua Eksport Digital MDEC Gopi Ganesalingam, menerusi kerjasama itu pihaknya dijangka dapat melahirkan lima syarikat Unicorn Nasional menjelang tahun 2025. - Astro AWANI
Kriteria PPKM: Kekuatan kewangan kukuh, dengan modal RM10 juta
Mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh dengan modal berbayar RM10 juta, berstatus Sdn Bhd dan pemilikan tempatan antara kriteria utama pelantikan PPKM. #AWANInews
![Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738911426_TBdoctor.jpg)
Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan.
Tiga syarikat dipilih untuk fasa pertama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM)
Antara tiga syarikat fasa pertama (PPKM) yang dipilih adalah Wawasan Bintang Sdn Bhd, Pakatan Petroleum Sdb Bhd dan Beriman Go Sdn Bhd. #AWANInews
![Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738911105_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza
Pemulihan dan pembangunan semula Gaza merupakan antara perkara utama dijangka dibincangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
![Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738911259_TBhujan.jpg)
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak bermula tengah hari ini hingga esok.
Pukul isteri hingga koma, rayuan peniaga didengari 25 Feb
Mahkamah Tinggi Johor Bahru tetapkan 25 Februari untuk keputusan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya sehingga koma.
[TERKINI] Tempoh sebulan, tipu pelaburan rekod kerugian RM125.7 juta
Jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta pada tahun ini setakat 2 Februari lalu.
![Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738911171_MetMalaysia.jpg)
Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.
![Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738906916_DatukMKumar.jpg)
Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, semalam.
![Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738906631_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April
Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.
![Astro belanja akses percuma kepada semua saluran filem Astro belanja akses percuma kepada semua saluran filem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81584444271_Astro.jpg)
Astro belanja akses percuma kepada semua saluran filem
Tempoh akses percuma selama dua minggu bermula jam 6 pagi 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.
![Saham Genting jatuh 15 peratus akibat pembatalan kontrak Taman Tema Disney, Fox Saham Genting jatuh 15 peratus akibat pembatalan kontrak Taman Tema Disney, Fox](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/51543296327_GENTING.jpg)
Saham Genting jatuh 15 peratus akibat pembatalan kontrak Taman Tema Disney, Fox
Saham Genting jatuh 53 sen, atau 15 peratus ke RM3.01 sehingga jam 2 petang tadi. Saham jatuh akibat pembatalan kontrak dengan Disney / Fox