PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) tidak bercadang untuk mewujudkan satu talian 24 jam baharu mengendalikan aduan berkaitan penghinaan terhadap mana-mana agama selain agama Islam, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata hal ini berikutan mekanisme pengurusan isu perpaduan sedia ada dilaksanakan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
Menurut Aaron walaupun kementeriannya tidak mempunyai kuasa atau peruntukan khas seperti akta untuk mengambil tindakan-tindakan dari segi perundangan, kementerian berkenaan melalui JPNIN berperanan penting dalam membantu mengurus isu perpaduan.
"Antara mekanisme pengurusan isu perpaduan yang telah disediakan dan dilaksanakan oleh JPNIN ialah pengesanan dan pemantauan isu perpaduan di peringkat akar umbi melalui sistem e-Sepakat, Dashboard Analitik Perpaduan dan Mediator Komuniti sebagai pendamai masyarakat," katanya.
Aaron berkata KPN mengambil maklum cadangan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang menggesa pengwujudan dua talian 24 jam tambahan di Malaysia untuk mengendalikan aduan berkaitan penghinaan terhadap mana-mana agama selain agama Islam, kumpulan etnik, bahasa, budaya, gaya hidup atau identiti dan serta talian untuk orang ramai melaporkan hasutan dan keganasan.
Beliau berkata sistem e-Sepakat bertindak sebagai mekanisme pengesanan, pemantauan dan pelaporan isu perpaduan secara digital selain merupakan pusat pengumpulan data raya bagi pengurusan isu perpaduan di bawah KPN.
Sistem itu, katanya mempunyai tiga komponen utama yang merekodkan maklumat isu perpaduan iaitu I-kes bagi merekodkan isu-isu perpaduan yang telah berlaku, I-ramal bagi merekodkan isu atau berita yang dijangka akan berlaku dan I-Mediator iaitu pangkalan data maklumat Mediator Komuniti termasuk urusan pelantikan dan pelaporan kes mediasi.
Aaron berkata Dashboard Analitik Perpaduan pula menyokong kepada sistem e-Sepakat dalam meningkatkan lagi kecekapan gerak kerja pengurusan isu keharmonian masyarakat melalui pemetaan kawasan-kawasan yang berisiko tinggi dan 'panas' yang mampu mengganggu gugat keharmonian antara kaum dan agama.
Beliau berkata Mediator Komuniti pula terdiri daripada pemimpin Rukun Tetangga (RT), pegawai perpaduan dan badan bukan kerajaan (NGO) agama untuk menjadi pendamai masyarakat dalam membendung dan mengurus isu-isu perpaduan atau konflik sosial di peringkat komuniti.
"KPN mempunyai 562 Mediator Komuniti bertauliah dan terlatih yang bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat secara percuma.
"Perkhidmatan mediasi menjadi pilihan kepada pihak-pihak yang bertelagah kerana pertikaian dapat diselesaikan tanpa melibatkan perundangan mahkamah atau peguam, lebih mudah, cepat, jimat dan dilaksanakan dalam suasana yang lebih harmoni," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024

Aaron berkata, hal ini berikutan mekanisme pengurusan isu perpaduan sedia ada dilaksanakan JPNIN. - Gambar fail/Bernama

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.

'Harmoni dalam kepelbagaian' jadi tema hala tuju KPN 2025
'Harmoni dalam kepelbagaian' telah dipilih sebagai tema dan landasan utama hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menuju perpaduan dalam kepelbagaian pada tahun 2025.

Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".

Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.

Kementerian Perpaduan berjaya laksana lebih 300 program berimpak tinggi tahun ini
KPN laksanakan program merapatkan jurang sosial rakyat Malaysia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.

Tingkat keharmonian masyarakat agenda penting Kementerian Perpaduan - Saraswathy
Meningkatkan keharmonian masyarakat merupakan satu daripada agenda penting ditetapkan dalam hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) selaras dengan agenda nasional membangun Malaysia MADANI.

Tahap integriti polis masih membimbangkan - KPN
Tahap integriti warga PDRM masih membimbangkan walaupun peringatan dan amaran diberikan berulang kali mengenai perkara berkenaan.

Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.

Sanggar Puisi Perpaduan 2024 memupuk benih perpaduan melalui bahasa, sastera
Pelaksanaan program ini juga suatu platform untuk membangkitkan minat dan cinta terhadap puisi.

Karnival Baca Perdana 2024: Pemacu perpaduan dan pembudayaan ilmu
Karnival Baca Perdana 2024 anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia dijangka menjadi jambatan penghubung masyarakat berbilang kaum melalui buku dan bahan bacaan.