MELAKA: Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) kini sedang berusaha untuk mendapatkan pengecualian daripada kerajaan bagi membawa masuk 20,000 pekerja asing.
Menterinya, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata ini penting berdasarkan sektor perladangan dan komoditi adalah kelompok terbesar yang bergantung kepada pekerja asing.
"Kita baru mendapat kelulusan dasar untuk mendapatkan pekerja warga asing bagi sektor kelapa sawit dan akan berunding untuk mendapatkan (pekerja asing) bagi sektor perkayuan pula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Dialog Siri Jerayawara Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) 2021 di sini pada Khamis.
Turut hadir Pengerusi MTC Mazli Zakuan Mohd Noor dan Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Melaka Datuk Nohizam Hassan Baktee.
Bagi menampung kekurangan sementara pekerja asing dalam sektor tersebut, beliau berkata kementeriannya telah menyediakan pelbagai jenis dana sebagai insentif untuk menarik pekerja tempatan.
Katanya ini termasuklah membuka ruang kepada syarikat dalam sektor itu untuk membuat promosi di laman sesawang di bawah Kementerian Sumber Manusia dan menyediakan siri latihan kepada mereka yang berminat dalam bidang tersebut.
Sementara itu, beliau berkata langkah mentransformasikan operasi industri kayu-kayan ke arah penggunaan automasi dan pendigitalan juga dilihat sebagai langkah terbaik untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga asing.
"Sebagai subkontraktor ketiga terbesar selepas kelapa sawit dan getah, industri kayu-kayan turut berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk cabaran Revolusi 4.0 dan kini pandemik COVID-19.
"Oleh itu, MTC telah memperuntukkan RM2.8 juta daripada dana pembangunannya yang bernilai keseluruhan RM28.3 juta bagi membantu industri mentransformasikan operasi mereka ke arah penggunaan automasi dan pendigitalan," katanya.
Katanya sehingga kini sektor perkayuan telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 140,000 orang yang berkhidmat di 3,500 kilang berasaskan kayu di seluruh negara.
Beliau turut berharap dengan wujudnya program dan insentif pembangunan seperti Program Bantuan Eksport dengan dana RM1 juta dapat membantu lebih 30 pengusaha dan pengilang kayu di Melaka untuk meningkatkan lagi prestasi pengeluaran produk kayu bernilai tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 06 2021

Mohd Khairuddin berkata ini penting berdasarkan sektor perladangan dan komoditi adalah kelompok terbesar yang bergantung kepada pekerja asing. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

KPPK sasar penggunaan lada tempatan di semua hotel
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyasarkan penggunaan lada tempatan di semua hotel di seluruh negara, kata menterinya Datuk Zuraida Kamaruddin.

Manusia punca hidupan liar pupus, bukan minyak sawit - KPPK
Aktiviti pemburuan menjadi penyumbang utama kepada kemerosotan jumlah orang utan di Borneo sejak 200 tahun lepas, iaitu jauh sebelum bermulanya pembangunan minyak sawit sekitar 1970-an.

KPPK mohon lebih banyak peruntukan bagi pemuliharaan alam sekitar sektor perladangan
KPPK komited dalam meningkatkan usaha pemuliharaan untuk meminimumkan konflik hidupan liar-manusia demi kemampanan sektor perladangan.

Aktiviti penuaian kelapa sawit masih terjejas akibat kekurangan pekerja asing
Aktiviti penuaian buah tandan segar dalam industri sawit negara masih lagi terjejas akibat kemasukan pekerja asing yang perlahan.

Minyak masak: Sesi libat urus akan terus diadakan bagi cari penyelesaian menang-menang
Datuk Zuraida Kamaruddin berkata langkah itu terutamanya untuk terus memastikan kebajikan pekebun kecil sawit terpelihara.

KPPK cadang anjur pidato sawit Malaysia di sekolah - Zuraida
Objektif pertandingan itu adalah untuk mendedahkan pelajar dengan kebaikan sawit Malaysia.

KPPK terus pantau perkembangan kempen anti minyak sawit - Wee
Industri sawit Malaysia sering ditohmah dengan mengaitkannya dengan isu ketidakmampanan, kemusnahan hutan dan kesan terhadap alam sekitar.

Perbincangan mekanisme subsidi minyak masak di peringkat akhir - Khairuddin
Kerajaan sedang di peringkat akhir perbincangan bagi menentukan mekanisme terbaik subsidi minyak masak dalam botol dengan kapasiti dua kilogram (kg) atau lima kilogram.

COVID-19: KPPK akan laksana projek rintis PICK - Khairuddin
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan melaksanakan projek rintis bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan menumpuka perhatian kepada sektor perladangan sawit seba

KPPK runding pengecualian dapatkan 20,000 pekerja asing - Khairuddin
Mohd Khairuddin berkata ini penting berdasarkan sektor perladangan dan komoditi adalah kelompok terbesar yang bergantung kepada pekerja asing.