KUCHING: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyasarkan penggunaan lada tempatan di semua hotel di seluruh negara, kata menterinya Datuk Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata Lembaga Lada Malaysia (MPB) juga perlu memastikan produk berasaskan lada dipelbagaikan bagi meningkatkan hasil dagangan di peringkat global.
"Kita mahukan lada tempatan digunakan di hotel, terutamanya hotel terkemuka. Di hotel, mereka menyediakan set lada dan garam, justeru jika kita boleh lakukan itu di negara ini, kita boleh meningkatkan penjualan lada Sarawak.
"Buat masa ini, produk lada masih terhad kepada serbuk dan biji. Jadi MPB bertanggungjawab untuk pastikan ada cukup bekalan lada dan bagaimana untuk pelbagaikan produk lada, contohnya produk lada bagi laksa Sarawak," katanya selepas Majlis Pelancaran Semula SaraSpice Sdn Bhd di sini hari ini.
Zuraida berkata anak syarikat MPB itu berpotensi untuk meningkatkan nilai pesanan produk lada mereka kepada RM30 juta dari Jun hingga hujung tahun ini, berbanding RM13 juta pada enam bulan pertama tahun ini.
Beliau juga berkata MPB akan bekerjasama dengan pengusaha kecil tanaman lada bagi membangunkan sebuah model estet mini untuk meningkatkan penanaman lada secara kecil-kecilan.
Katanya, secara keseluruhan tanaman lada negara melibatkan 7,700 hektar tanah dan produk lada di Malaysia kini melibatkan 70 peratus lada hitam dan 30 peratus lada putih.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin (kiri) melihat produk SARASPICE selepas merasmikan produk itu di pejabat baru SARASPICE hari ini. - Foto BERNAMA

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

KPPK sasar penggunaan lada tempatan di semua hotel
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyasarkan penggunaan lada tempatan di semua hotel di seluruh negara, kata menterinya Datuk Zuraida Kamaruddin.

Manusia punca hidupan liar pupus, bukan minyak sawit - KPPK
Aktiviti pemburuan menjadi penyumbang utama kepada kemerosotan jumlah orang utan di Borneo sejak 200 tahun lepas, iaitu jauh sebelum bermulanya pembangunan minyak sawit sekitar 1970-an.

KPPK mohon lebih banyak peruntukan bagi pemuliharaan alam sekitar sektor perladangan
KPPK komited dalam meningkatkan usaha pemuliharaan untuk meminimumkan konflik hidupan liar-manusia demi kemampanan sektor perladangan.

Aktiviti penuaian kelapa sawit masih terjejas akibat kekurangan pekerja asing
Aktiviti penuaian buah tandan segar dalam industri sawit negara masih lagi terjejas akibat kemasukan pekerja asing yang perlahan.

Minyak masak: Sesi libat urus akan terus diadakan bagi cari penyelesaian menang-menang
Datuk Zuraida Kamaruddin berkata langkah itu terutamanya untuk terus memastikan kebajikan pekebun kecil sawit terpelihara.

KPPK cadang anjur pidato sawit Malaysia di sekolah - Zuraida
Objektif pertandingan itu adalah untuk mendedahkan pelajar dengan kebaikan sawit Malaysia.

KPPK terus pantau perkembangan kempen anti minyak sawit - Wee
Industri sawit Malaysia sering ditohmah dengan mengaitkannya dengan isu ketidakmampanan, kemusnahan hutan dan kesan terhadap alam sekitar.

Perbincangan mekanisme subsidi minyak masak di peringkat akhir - Khairuddin
Kerajaan sedang di peringkat akhir perbincangan bagi menentukan mekanisme terbaik subsidi minyak masak dalam botol dengan kapasiti dua kilogram (kg) atau lima kilogram.

COVID-19: KPPK akan laksana projek rintis PICK - Khairuddin
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan melaksanakan projek rintis bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan menumpuka perhatian kepada sektor perladangan sawit seba

KPPK runding pengecualian dapatkan 20,000 pekerja asing - Khairuddin
Mohd Khairuddin berkata ini penting berdasarkan sektor perladangan dan komoditi adalah kelompok terbesar yang bergantung kepada pekerja asing.