CYBERJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengalu-alukan sebarang cadangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata KPT percaya, sebarang dapatan dalam PAC bertujuan memastikan tadbir urus dan tatakelola universiti diuruskan dengan cekap dan berkesan.
"Kita mengalu-alukan sebarang cadangan daripada PAC, kerana bagi kita paling mustahak ialah sebarang dapatan yang ada dalam PAC bertujuan untuk baiki dari segi tadbir urus yang ada di universiti kita," katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan surat tawaran program Sky Global Apprenticeship, di sini hari ini.
Semalam, Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin dilaporkan berkata PAC berpendapat, KPT boleh mempertimbang pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
Mas Ermieyati berkata pembangunan dan penguatkuasaan garis panduan itu untuk diguna pakai semua universiti awam dilihat adalah baik.
Sementara itu, program Sky Global Apprenticeship merupakan inisiatif berimpak tinggi di bawah kerjasama Konsortium Universiti Malaysia, Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dan Turkish Aerospace (TUSAS), yang dimeterai pada 7 April 2023.
Program tersebut telah direka bagi memastikan peserta dapat dilatih secara profesional dalam pelbagai disiplin bidang kejuruteraan aeroangkasa dan didedahkan dengan pengalaman praktikal dalam sektor termasuk avionik, reka bentuk elektronik, pengaturcaraan, reka bentuk struktur pesawat, pemasangan sistem pesawat yang kian berkembang pesat masa kini.
Zambry berkata program sebegini, mendedahkan pelajar universiti untuk mereka lebih mengenali bidang pilihan masing-masing dan pada masa sama mendapatkan pelbagai pengalaman seterusnya membangunkan diri dalam bidang tersebut.
"Ia selaras dengan dasar KPT iaitu pendekatan yang kita lakukan pada hari ini bukan hanya semata-mata apa yang mereka belajar di kampus sahaja, tetapi kita telah mula anjalkan pendidikan dengan mendedahkan pelajar untuk menimba pengalaman dari industri," katanya.
Terdahulu, beliau menyampaikan surat tawaran program kepada 20 pelajar universiti yang akan menyertai program tersebut, antaranya terdiri daripada pelajar Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).
Sebanyak 30 pelajar Malaysia terpilih untuk mengikuti program itu bagi tahun ini dan kesemua mereka bakal mengikuti latihan pengalaman kerja profesional di Turkish Aerospace, Ankara, Turkiye bermula 22 Julai hingga 16 Ogos 2024 bagi kumpulan pertama dan 2 hingga 27 Sept 2024 bagi kumpulan kedua.
Menurut kenyataan media KPT, pihak TUSAS akan menaja dan menguruskan penginapan, makan minum dan pengurusan di lapangan untuk semua peserta yang terpilih, di samping memberikan honorarium kepada setiap peserta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024

Zambry berkata KPT percaya, sebarang dapatan dalam PAC bertujuan memastikan tadbir urus dan tatakelola universiti diuruskan dengan cekap dan berkesan. - Gambar fail/Bernama
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta bermula 24 Feb - PAC
Laporan akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini.

MAIM sedia kerjasama dengan PAC Melaka isu dakwaan kakitangan terlibat penyelewengan
MAIM sedia memberi kerjasama kepada kepada PAC Melaka bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kakitangan agensi berkenaan terlibat penyelewengan.

Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan.

PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.

PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.

SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup
SPRM menafikan pihaknya menutup siasatan kes berkaitan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) yang dijalankan sebelum ini.

MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.

Tindakan henti penstrukturan semula pelaburan bantutkan transformasi LTAT - PAC
Keputusan MINDEF menghentikan pelan penstrukturan semula portfolio pelaburan LTAT yang dilaksanakan pengurusan terdahulu membantutkan proses transformasi menyeluruh LTAT.

PAC adakan prosiding projek loji rawatan kumbahan di Pulau Pinang
Prosiding yang diadakan di Parlimen pada Isnin akan memanggil PETRA, JPP, jururunding dan kontraktor projek.

PAC akan panggil Khazanah, PNB isu FashionValet, juga akan panggil NAFAS
Prosiding itu dijangka diadakan pada minggu kedua Disember 2024.