JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mengkaji untuk memperkenalkan sistem anjal pembelajaran dari rumah, bagi membantu mengurangkan pinjaman pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata inisiatif itu juga, dilihat dapat membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar.
"Kita sedang kaji untuk memperkenalkan sistem anjal, jadi pelajar boleh belajar di rumah beberapa semester dan kemudian sambung di universiti.
"Pelajar tidak perlu pinjam banyak duit, maknanya, belajar di rumah guna komputer, makan minum juga di rumah, jadi kurangkan kos sara hidup mereka," katanya pada sidang media selepas merasmikan Biasiswa Perpaduan My Binary, di sini hari ini.
Beliau berkata inisiatif pembelajaran dari rumah juga, mendapat permintaan daripada pelajar berikutan ia pernah dilakukan semasa negara dilanda COVID-19.
Mohamed Khaled berkata KPT juga, sedang mengkaji untuk mengurangkan tempoh pengajian program universiti daripada empat kepada tiga tahun.
Beliau berkata usaha itu juga dapat mampu mengurangkan bebanan pinjaman pelajar.
Selain itu katanya, KPT juga mengkaji bagi mewujudkan tabung endowmen Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dengan penyumbang mendapat pengecualian cukai.
Sementara itu, beliau berkata terdapat peningkatan peruntukan Belanjawan 2023 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, iaitu daripada RM14.5 bilion tahun lepas kepada RM15.3 bilion tahun ini.
Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata ia sekali gus menunjukkan komitmen kerajaan, dalam memperkasa pendidikan tinggi demi manfaat dan pembangunan masa hadapan negara.
Beliau berkata ini termasuk peruntukan sebanyak RM50 juta bagi penyelidikan rentas agensi dan universiti, yang disifatkan sebagai penyelidikan bersifat nasional.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023

Inisiatif pembelajaran dari rumah juga, mendapat permintaan daripada pelajar berikutan ia pernah dilakukan semasa negara dilanda COVID-19. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KPT kaji sistem anjal belajar dari rumah bantu kurangkan pinjaman pelajar IPTA
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata inisiatif itu juga, dilihat dapat membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar.