BANGI:Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyasarkan seramai 20,000 graduan bakal mendapat manfaat daripada program Pelan Jana Semua Ekonomi (Penjana) KPT - Career Advancement Programme (Penjana KPT-CAP).
Menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, sehingga hari ini, sebanyak 140 program disusun melibatkan sinergi dengan tidak kurang daripada 100 buah syarikat.
Kata Noraini, beliau yakin melalui strategi yang betul, mampu mencapai kejayaan lebih cemerlang bagi membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan dan dalam masa sama menyumbang kepada pemerkasaan ekonomi negara.
“Semua program yang dirancang di bawah dana Penjana KPT-CAP adalah suatu manifestasi komitmen kementerian untuk menzahirkan graduan yang komited, berkualiti, mampan, bercirikan keusahawanan, serta mampu berdaya saing di semua peringkat.
“Kita juga maklum bahawa graduan yang mahir merupakan tunjang kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara untuk jangka masa yang panjang,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran Penjana KPT-CAP di sini pada Isnin.
Penjana KPT-CAP dijangka membantu siswazah menyesuaikan diri dengan tuntutan baharu pasaran kerja susulan penularan pandemik COVID-19 merangkumi tiga subprogram iaitu 'Place and Train' (skim latihan dan penempatan), keusahawanan dan ekonomi gig akan memberi kemahiran baharu serta meningkatkan kemahiran siswazah.
Program yang akan bermula pada Oktober ini akan dikendalikan oleh ahli akademik, pengamal dan pemain industri di institusi pengajian tinggi terpilih di seluruh negara, bertujuan membantu siswazah menganggur pada 2019 dan mereka yang telah menamatkan pengajian pada 2020.
Terdahulu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir merasmikan program berkenaan.
Turut hadir Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.
Dalam pada itu, Noraini berkata, inisiatif itu diperkenalkan sebagai langkah rangsangan untuk menangani situasi ekonomi semasa dan meringankan beban ditanggung rakyat.
“Terdapat tiga program utama digerakkan KPT iaitu job matching and placement, program keusahawanan berterusan dan ekonomi gig,” katanya.
Fauzi Suhaimi
Mon Sep 28 2020
Terdahulu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir merasmikan program berkenaan. - Foto Astro AWANI
APM bantu 14 calon SPM berpindah dari kampung terjejas banjir
Operasi memindahkan kesemua calon yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan 11 perempuan itu dijalankan pada 8.49 pagi ini.
Gempa bumi gemparkan penduduk Santorini, Greece
Pulau percutian popular di Greece, Santorini digegarkan oleh siri gempa bumi beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan pihak berkuasa menutup sekolah pada Isnin.
AWANI Global: Membangun Semula Gaza
Diskusi dan analisis mengenai membangunkan semula Gaza dan mempergiatkan bantuan kemanusian bersama Dr Hafidzi Mohd Noor dan Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman dalam AWANI Global jam 9.00 malam ini.
Banjir: 14 tan makanan dihantar ke pedalaman Tatau
Sebanyak 14 tan bekalan makanan telah dihantar kepada mangsa banjir di kawasan pedalaman daerah Tatau kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar Bintulu.
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 14 bas ekspres dan persiaran
JPJ Pulau Pinang memaklumkan kesalahan lain dikesan dalam operasi itu ialah tidak mengemas kini buku log dan kesalahan teknikal.
AWANI Ringkas 2 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 2 Februari 2025
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
AWANI Ringkas: SPRM akan panggil beberapa artis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: kenderaan MPV catat kemalangan tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana.
Kenderaan pacuan empat roda catat kemalangan tertinggi
Kenderaan pacuan empat roda mencatatkan jumlah paling tinggi terlibat dalam kemalangan sehingga Sabtu, sehari sebelum tempoh Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025 berakhir.
Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.
Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.
Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.