KOTA TINGGI: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan kepada pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menunjukkan solidariti kepada Palestin dalam apa jua bentuk dan cara masing-masing.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana setiap IPT mempunyai garis panduan serta kebebasan, dan boleh mengatur sebarang program yang dirasakan sesuai mengikut perancangan masing-masing.
"Kena faham, di KPT kita bukan mengawal dan menentukan semua perkara di universiti, (kerana) setiap universiti ada peraturan dan panduan masing-masing dan kita bukan seperti sekolah," katanya kepada media selepas merasmikan Program Kesihatan MADANI bersama MegaKlinik QMS Kota Tinggi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika dirujuk mengenai langkah Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu bermula 29 Okt hingga 3 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 28 2023

Mohamed Khaled berkata, setiap IPT mempunyai garis panduan serta kebebasan, dan boleh mengatur sebarang program yang dirasakan sesuai mengikut perancangan masing-masing. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penduduk Lubnan protes tanda solidariti terhadap rakyat Gaza
Peserta protes menyifatkan perhimpunan di Sidon pada Jumaat sebagai satu usaha kecil yang boleh dilakukan untuk penduduk Gaza.

Solidariti Palestin: Solat hajat selepas Jumaat di masjid, surau di Selangor
Ia bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin susulan serangan polis Israel terhadap jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa pada Rabu.

Zionis Israel langgar gencatan senjata, serang Masjid Al-Aqsa
Tidak sampai 24 jam gencatan senjata diumumkan, rejim Zionis sudah pun melanggar persetujuan tersebut.