PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi tahun 2020 sebanyak empat peratus.
Menterinya Datuk Seri Noraini Ahmad berkata agihan itu membabitkan anggaran peruntukan berjumlah RM201.3 juta yang akan memberi manfaat kepada 4.82 juta pendeposit SSPN.
"Ia menjadikan jumlah keseluruhan agihan dividen SSPN sebanyak RM856.6 juta sejak skim itu diperkenalkan pada 2004.
"Agihan ini didorong hasil pulangan bersih pelaburan yang telah dibuat atas deposit yang diterima oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noraini berkata tahun 2020 juga menyaksikan PTPTN memperoleh keuntungan pelaburan deposit SSPN berjumlah RM237.42 juta, meningkat sebanyak RM32.14 juta iaitu 15.7 peratus berbanding RM205.28 juta pada 2019.
"Kejayaan ini adalah hasil daripada kecekapan PTPTN dalam pelaksanaan kaedah pelaburan patuh Syariah berjangka pendek dan panjang di pasaran wang tempatan yang melindungi prinsipal di samping memberikan pulangan atau keuntungan yang tinggi dan positif," katanya.
Selain itu, katanya, SSPN mencatatkan deposit berjumlah RM1.99 bilion pada tahun lepas iaitu rekod baharu tertinggi sepanjang penubuhan PTPTN.
Noraini berkata ia meningkat sebanyak RM623.82 juta atau 45.6 peratus berbanding RM1.37 bilion pada 2019, menjadikan jumlah keseluruhan deposit SSPN sehingga 31 Dis, 2020, sebanyak RM7.88 bilion.
Sementara itu, katanya, sebanyak 436,101 akaun baharu SSPN telah dibuka pada tahun lepas, menjadikan sejumlah 4.82 juta akaun dibuka sejak SSPN diwujudkan.
"Tahniah kepada pengurusan PTPTN atas prestasi cemerlang SSPN tahun lepas sekali gus dapat memberikan kadar dividen yang sangat kompetitif kepada pendeposit walaupun dalam keadaan ekonomi yang sukar akibat pandemik COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 23 2021

Tahun 2020 juga menyaksikan PTPTN memperoleh keuntungan pelaburan deposit SSPN berjumlah RM237.42 juta, meningkat sebanyak RM32.14 juta iaitu 15.7 peratus berbanding RM205.28 juta pada 2019. - Gambar fail
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Lebih dua juta bayar balik pinjaman PTPTN hingga 31 Disember 2024
KPT memaklumkan daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,044,595 peminjam telah menyelesaikan pinjaman mereka secara keseluruhannya.

Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry
Zambry meminta semua pihak tidak memperbesarkan isu berkaitan penggantungan kerja seorang pakar runding sambilan di sebuah hospital universiti.

Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.

Transformasi mahasiswa daripada pencari kepada pencipta kerja antara fokus KPT
Usaha mentransformasikan mahasiswa daripada seorang pencari pekerjaan kepada pencipta pekerjaan selepas menamatkan pengajian menjadi fokus KPT dalam PPPM 2025-2035 yang sedang dirangka.

Kebakaran: KPT minta pelajar Malaysia di Los Angeles kemas kini butiran diri
Semua pelajar Malaysia yang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat digalak untuk mengemas kini butiran diri dan pengajian melalui sistem MyData@EducationMalaysia4U.

UTM, UMPSA terima Naib Canselor baharu - KPT
Pelantikan kedua-dua individu ini berdasarkan kepakaran dan pengalaman mereka dalam bidang akademik dan pengurusan universiti.

UM, pihak berkuasa siasat dakwaan pensyarah lakukan gangguan seksual - KPT
Unit Integriti Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan siasatan secara aktif berhubung kes gangguan seksual yang melibatkan seorang pensyarah universiti tersebut.

Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT
Kementerian menyeru agar semua pihak memberikan ruang untuk siasatan menyeluruh dilaksanakan.

Banjir: KPT beri ruang universiti laksana pembelajaran dalam talian
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Zaini Ujang.

KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi
Zambry berkata pihaknya telah meminta siasatan segera termasuk satu laporan lengkap mengenai insiden berkenaan sejurus isu itu tular.