PASIR MAS: Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil serius dan bercadang akan membawa isu tidak cukup katil di wad bersalin di hospital kerajaan ke peringkat kabinet.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, beliau percaya hasil perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) kelak, masalah itu akan dapat diselesaikan segera oleh KKM.
"Saya serahkan kepada menteri dan saya tidak berada dalam mesyuarat Kabinet. Jadi, perkara ini kita serah kepada pihak kementerian untuk membawa berbincang dengan KKM.
"Kita akan bantu-membantu bagi setiap ruang yang ada, untuk memberi perkhidmatan yang terbaik terutama bagi kemudahan di wad-wad bersalin," katanya selepas merasmikan Program Jelajah Go Digital-MPUK Peringkat Pasir Mas-Rantau Panjang di Bazar Siti Fatimah, Rantau Panjang, di sini, hari ini.
Media hari ini melaporkan kesukaran wanita yang bersalin di beberapa hospital kerajaan ditempatkan di kerusi sepanjang tempoh menunggu kelahiran bayi dengan ada yang terpaksa menunggu berhari-hari untuk mendapatkan katil.
Selain itu, mereka juga berhadapan pelbagai kesulitan, antaranya terpaksa merujuk ke beberapa hospital sebelum diterima masuk ke wad kerana alasan sama, iaitu jumlah pesakit dalam satu masa terlalu ramai dan kekurangan katil.
Mengulas lanjut, Siti Zailah mengalu-alukan badan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat, untuk turut membantu memberi kemudahan kepada hospital yang tidak cukup katil di wad bersalin.
"Saya memahami bagaimana perasaan ibu yang ingin bersalin mengalami kesakitan, malah yakin KKM sudah mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini.
"Setiap kementerian ada peranannya, jadi kita bagi sepenuhnya bab-bab yang perlu di hospital yang berada di bawah bidang kuasa KKM," katanya.
Terdahulu Siti Zailah berkata, Bazar Siti Fatimah, Rantau Panjang adalah pasar ketiga di Kelantan yang menggunakan sistem Duit Now QR menerusi kaedah terminal bayaran tanpa tunai bagi membolehkan transaksi bayaran melalui kad debit atau kad kredit dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara.
"Semua usahawan dan peniaga di jajahan Pasir Mas terutama di Rantau Panjang merebut peluang mendapatkan terminal percuma yang disediakan oleh Dr Azu Tranning and Consultancy (DATA).
"Terdapat sejumlah 3,000 unit terminal disediakan kepada peniaga dan program ini adalah induk Ekonomi Digital Negeri Kelantan di bawah teras mewujudkan masyarakat digital yang insklusif," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2022
![KPWKM bincang dengan KKM isu wad bersalin tidak cukup katil KPWKM bincang dengan KKM isu wad bersalin tidak cukup katil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654430700_TimbalanMenteriPem.jpg)
Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff percaya hasil perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) kelak, masalah wad bersalin kekurangan katil akan dapat diselesaikan segera. - Gambar fail BERNAMA
![Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738919402_AnwarIbrahim.jpg)
Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menolak sekeras-kerasnya sebarang rancangan pemindahan rakyat Palestin secara paksa.
![Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738917216_PempengaruhMintaM.jpg)
Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras pada Jumaat, tampil membuat permohonan maaf berhubung penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di Kota Bandung.
AWANI Ringkas: Badminton: Tidak perlu tukar sistem 21 mata
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738917078_helikopterterhempas.jpg)
Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini
Siasatan di lokasi insiden helikopter yang terbakar di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur oleh BSKU dijangka selesai hari ini.
![Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738903789_TBSaidatulZakirah.jpg)
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Kejayaan mereka membuktikan bahawa semangat juang, dedikasi dan ketekunan mampu mengatasi segala cabaran.
Kekurangan tenaga kerja halang inovasi AI sektor kesihatan
Malaysia berdepan cabaran besar dalam mengadaptasi teknologi AI dan digital dalam sektor kesihatan awam akibat kekurangan tenaga kerja mahir. Dengan lebih 8,000 kekosongan jururawat dan ribuan jawatan doktor belum diisi, pakar menegaskan keutamaan kini adalah memastikan tenaga kerja mencukupi bagi mengoptimumkan sistem kesihatan digital negara.
![Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738915792_MohdNaimMokhtar.jpg)
Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar
Setiap dasar yang dirangka berhubung cadangan pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional.
[TERKINI] JAKIM boleh beri nasihat tapi tidak bersifat dasar
Jemaah Menteri bersetuju bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memberi nasihat kepada umat Islam di negara ini berkaitan keperluan menjaga akidah ketika mengikuti majlis anjuran masyarakat bukan Islam membabitkan unsur keagamaan.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, nasihat terbabit tidak bersifat dasar.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, nasihat terbabit tidak bersifat dasar.
![Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738907294_TBDeepseek.jpg)
Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.
![KPWKM bincang dengan KKM isu wad bersalin tidak cukup katil KPWKM bincang dengan KKM isu wad bersalin tidak cukup katil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654430700_TimbalanMenteriPem.jpg)
KPWKM bincang dengan KKM isu wad bersalin tidak cukup katil
NGO dan badan korporat dialu-alukan bersama membantu memberi kemudahan kepada hospital yang tidak cukup katil di wad bersalin.
![Presiden Ukraine dakwa Rusia lakukan genosid Presiden Ukraine dakwa Rusia lakukan genosid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646881014_TBukraine.jpg)
Presiden Ukraine dakwa Rusia lakukan genosid
Zelenskyy dalam ucapan lewat Rabu berkata 17 orang cedera dalam pengeboman itu dan pasukan penyelamat masih mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan.
![Kebenaran teman isteri, wanita bersalin di hospital tertakluk syarat, situasi COVID-19 Kebenaran teman isteri, wanita bersalin di hospital tertakluk syarat, situasi COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/41459436289_HospitalWard.jpg)
Kebenaran teman isteri, wanita bersalin di hospital tertakluk syarat, situasi COVID-19
Kebenaran itu telah berkuat kuasa sejak Oktober 2021.
![Tiada diskriminasi di wad bersalin Hospital Melaka - JKN Tiada diskriminasi di wad bersalin Hospital Melaka - JKN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51611673862_HospitalMelaka.jpg)
Tiada diskriminasi di wad bersalin Hospital Melaka - JKN
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) menafikan wujudnya amalan pilih kasih atau diskriminasi terhadap pesakit sewaktu proses kelahiran di wad bersalin Hospital Melaka.
![Lapan bayi maut, unit bersalin terbakar Lapan bayi maut, unit bersalin terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81435595400_KebakaranFire.jpg)
Lapan bayi maut, unit bersalin terbakar
Sekurang-kurangnya lapan bayi maut dalam kebakaran di unit bersalin di sebuah hospital di timur Algeria pada Selasa.
![Hospital Serdang urus pesakit lebih lancar bulan depan - PM Najib Hospital Serdang urus pesakit lebih lancar bulan depan - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/41485436485_NajibTunRazak.jpg)
Hospital Serdang urus pesakit lebih lancar bulan depan - PM Najib
Hospital Serdang berupaya menguruskan pesakit dan pelawat dengan lebih lancar dan selesa terutama di wad bersalin dan kanak-kanak pada bulan depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
![12 bayi pramatang maut dalam kebakaran hospital di Baghdad 12 bayi pramatang maut dalam kebakaran hospital di Baghdad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/71470830559_BaghdadHospital.jpg)
12 bayi pramatang maut dalam kebakaran hospital di Baghdad
Situasi bertambah sukar apabila mayat bayi dijumpai dalam keadaan rentung dan menyukarkan proses kenal pasti mayat.