GEORGE TOWN: Program Wanita Bangkit@KPWKM MyKasih Kapital di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), telah berjaya membantu 14,770 wanita meningkatkan pendapatan mereka, sejak Januari tahun ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata program Wanita Bangkit@KPWKM MyKasih Kapital, merupakan bantuan kepada golongan wanita yang terkesan akibat pandemik COVID-19 untuk memulakan perniagaan dengan modal kecil, di dalam bidang e-dagang dan perniagaan kecil-kecilan yang tidak termasuk di bawah skim agensi lain.
Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) sejak Januari 2023 berkata hingga hari ini, seramai 2,980 orang peserta telah menghadiri kursus Program Wanita Bangkit@KPWKM MyKasih Kapital, yang meliputi peserta dari seluruh negara.
"Melalui pemantauan yang kami jalankan selepas enam bulan, daripada 14,770 peserta, 90 peratus peserta telah meningkatkan pendapatan daripada RM500 hingga RM1,000 sebulan, manakala 10 peratus lagi telah mendapat peningkatan sehingga RM 3,000 sebulan," katanya dalam ucapan program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM MyKasih Kapital di sini hari ini.
Nancy berkata program ini bertujuan memperkasa ekonomi kumpulan sasar khususnya wanita dengan mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.
"Peserta MyKasih Kapital akan dinilai, dipantau dan mengikuti kursus oleh jabatan atau agensi kerajaan seperti INSKEN, PERKESO, serta perkongsian pengalaman dan tips daripada usahawan berjaya bagi mempersiapkan diri para peserta menceburi bidang perniagaan," katanya.
Justeru, Nancy berharap semua wanita akan mengambil peluang inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM, kerana program itu merupakan platform terbaik bagi mengangkat peranan hebat wanita dalam dunia keusahawanan.
Beliau berkata program Wanita Bangkit@KPWKM ini akan membantu wanita untuk keluar daripada belenggu kesusahan menjadi usahawan berjaya, dan seterusnya dapat membantu wanita lain dalam memberikan peluang pekerjaan, mengambil upah dan perniagaan kecil-kecilan.
"Oleh itu, suka saya ingin menyeru semua yang ada pada hari ini untuk mengambil peluang ini, untuk meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga, supaya dapat menikmati tahap kehidupan kepada yang lebih baik pada masa hadapan," katanya.
Terdahulu di Pulau Pinang, seramai 500 peserta yang hadir ke Program Wanita Bangkit@KPWKM MyKasih Kapital YKN ini menjalani kursus dan bimbingan untuk menceburkan diri dalam perusahaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (dua, kanan) melihat kraftangan yang dihasilkan oleh salah seorang peserta semasa melawat Laman Wanita (LaWa) Tasek Gelugor hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
Polis Selangor terima 31 laporan libatkan RM2.1 juta kerugian
Polis setakat ini menerima 31 laporan membabitkan kerugian RM2.1 juta berhubung penipuan umrah di negeri itu.
Empat diberkas bersama dadah bernilai RM4.03 juta di Johor
Polis menahan empat individu dan merampas pelbagai dadah bernilai RM4.03 juta dalam serbuan di dua kondominium mewah di sekitar bandar raya ini pada 10 dan 11 Januari lalu.
Saya harap ayah ditemukan sama hidup atau mati - Anak
Anak kepada salah seorang nelayan yang dikhuatiri hilang di Pulau Undan, Melaka tengah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan berharap pasukan penyelamat dapat membawa pulang bapanya dengan selamat.
Pahang dan UAE ganding bahu lindungi spesies harimau Malaya
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli menyaksikan majlis tandatangan kerjasama strategik antara Pahang dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melindungi harimau Malaya yang semakin kritikal populasinya.
Projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai oleh Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
Projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai oleh Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
ASEAN 2025: Malaysia akan meremajakan mekanisme utama
Malaysia juga tidak mahu terjebak dengan pertikaian kuasa-kuasa besar, sebaliknya lebih suka bekerjasama dengan negara-negara anggota yang sehaluan dan rakan dialog.
KPWKM: MyKasih Kapital bantu 14,770 wanita tingkatkan pendapatan
Program Wanita Bangkit@KPWKM MyKasih Kapital berjaya membantu 14,770 wanita meningkatkan pendapatan mereka, sejak Januari tahun ini.
Kerajaan cadang perluas kemudahan Bekerja Dari Rumah dengan gaji penuh - Perdana Menteri
Inisiatif tersebut jelas Muhyiddin lagi bagi menggalakkan shared responsibility dan membolehkan wanita kekal dalam sektor pekerjaan serta meningkatkan produktiviti kerja.