BUKIT MERTAJAM: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merancang untuk mewujudkan Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di semua hospital kerajaan bagi menyediakan penginapan sementara kepada waris pesakit yang kurang berkemampuan.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata fasiliti itu membantu menjimatkan kos penginapan waris atau keluarga pesakit dengan purata penjimatan antara RM100 hingga RM150 sehari.
Katanya pelaksanaan inisiatif itu jelas memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
"Memang ada perancangan (KPWKM) mahu semua hospital di seluruh negara ada Anjung Kasih YKN namun semua itu bergantung kepada kemampuan kita dan sumbangan daripada penderma terutama daripada syarikat korporat, cuma setiap hospital ada keperluan berbeza terutama kemampuan setempat.
"Anjung Kasih YKN merupakan penginapan sementara untuk golongan yang memerlukan khususnya ahli keluarga pesakit yang tidak berkemampuan namun mempunyai keperluan untuk menjaga pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan," katanya kepada pemberita selepas perasmian Anjung Kasih YKN Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini hari ini.
Nancy bersama Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa merasmikan premis penginapan itu yang mula beroperasi Julai tahun lepas serta mendapat tajaan RM1 juta daripada syarikat konglomerat Kumpulan Sunway bagi menaik taraf bangunan, kelengkapan perabot dan kemudahan fasitliti di situ.
Beliau berkata ketika ini terdapat Anjung Kasih YKN di 18 hospital di seluruh negara dan terbaru akan dibuka di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kelantan, hujung tahun ini.
Katanya menginap di Anjung Kasih lebih menjimatkan berbanding di hotel bajet atau rumah tumpangan, malah pelbagai kemudahan turut disediakan seperti bilik rehat, bilik mandi, pantri dan ruang mencuci pakaian yang lengkap seperti hotel tiga bintang.
"Perkhidmatan Anjung Kasih YKN menekankan konsep selesa, selamat dan berkualiti demi memastikan kebajikan kumpulan ini... sehingga Mei lepas, perkhidmatan tersebut telah dimanfaatkan seramai 89,864 orang waris pesakit.." katanya.
Sementara itu, Zaliha berkata Anjung Kasih HSJ mempunyai 72 katil yang dibahagikan kepada enam bilik keluarga dengan 12 katil manakala 12 bilik bujang mempunyai 60 katil selain kemudahan lain seperti bilik untuk orang kurang upaya (OKU) dan lain-lain.
Beliau berkata HSJ merupakan hospital pakar utama dan juga ketua kluster bagi Hospital Kluster Seberang Perai merangkumi Hospital Kepala Batas, Hospital Bukit Mertajam dan Hospital Sungai Bakap serta ia menerima rujukan pesakit bukan sahaja dari Pulau Pinang tetapi juga dari negeri jiran seperti Perak, Kedah dan Perlis.
Katanya jumlah pesakit yang menerima rawatan dan dirujuk ke HSJ secara puratanya hampir 6,500 orang sebulan dan kemasukan ke wad pula sekitar 4,000 orang sebulan.
"Berdasarkan kepada maklumat ini amat jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya kemudahan Anjung Kasih ini dibangunkan di hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan yang memberikan rawatan perubatan kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Inisiatif yang mulia ini sudah pasti memberi kesan positif ke atas psikososial dan emosi waris pesakit," katanya.
Pada majlis itu, Zaliha turut mengumumkan peruntukan tambahan RM150,000 bagi menaik taraf dan pembaikan serta pembelian peralatan perubatan dan bukan perubatan di HSJ.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023
Datuk Seri Nancy Shukri menandatangani plak perasmian Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Hospital Seberang Jaya di sini hari ini. - Foto BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks
Statistik itu mencerminkan tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan wanita mengenai kepentingan pengesanan awal penyakit terbabit.
KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran taska susulan insiden kecederaan, kematian bayi
Permohonan pendaftaran dua Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) di Selangor dan Sarawak yang terbabit dalam insiden kematian serta kecederaan bayi baru-baru ini akan diteliti semula.
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Jangan jadikan alasan kesibukan mencari rezeki untuk abai penjagaan anak - Nancy
Kesibukan mencari nafkah tidak wajar dijadikan alasan untuk mana-mana ibu bapa mengabaikan soal penjagaan anak-anak mereka.
KPWKM sediakan peruntukan RM39.9 juta bantuan bencana - Noraini
KPWKM menyediakan sejumlah RM39.9 juta peruntukan bagi memastikan keperluan makanan dan barangan keperluan bencana kepada mangsa disalurkan sebaiknya bagi tahun ini.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu pastikan suara kanak-kanak didengar
Nancy berkata dasar itu juga akan memastikan suara kanak-kanak didengar dan diambil kira dalam setiap keputusan.
25 tokoh wanita dipilih menerusi inisiatif PERANTIS 2024 KPWKM - Nancy
Sebanyak 25 tokoh wanita yang berkelayakan daripada pelbagai latar belakang telah dipilih untuk menerima geran peruntukan menerusi Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2024.
KPWKM komited pastikan kebajikan anak-anak OKU terbela - Nancy
Nancy berkata kerajaan terus komited memastikan kebajikan anak-anak OKU terus terbela dan diberi layanan sama rata serta diperkasa melalui peruntukan kementerian dalam Belanjawan 2025.
KPWKM terus beri perhatian isu keganasan rumah tangga - Noraini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus memberikan fokus terhadap isu keganasan rumah tangga, kata Timbalan Menteri berkaitan Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.