Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengesyorkan Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Syariah mempertimbangkan supaya tindakan undang-undang dikenakan terhadap suspek lelaki kes rogol membabitkan kanak-kanak perempuan bawah umur.
Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim berkata menerusi Mahkamah Sesyen, suspek boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan manakala Mahkamah Syariah boleh mengambil tindakan bagi kesalahan persetubuhan haram mengikut Seksyen 80 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995.
"Sesungguhnya, undang-undang negara menetapkan bahawa hubungan seksual dengan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun dengan atau tanpa kerelaan, dikategorikan kes rogol bawah umur.
"Perkara ini termaktub di bawah perenggan 375(g) Kanun Keseksaan yang dipinda melalui Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006 1/8Akta A 1273 3/8 yang dikuatkuasakan pada 7 Sept 2007 melalui P.U.(B) 321/2007," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Rohani berkata, kerajaan bertanggungjwab melindungi golongan wanita dan kanak-kanak daripada sebarang bentuk eksploitasi, keganasan dan penderaan dari segi aspek fizikal, mental, emosi dan psikologi.
"KPWKM memandang serius akan laporan akhbar tempatan berhubung kes di Kota Kinabalu, Sabah ini mengenai perkahwinan bawah umur seorang kanak-kanak perempuan dengan lelaki berumur 40 tahun yang dikatakan telah merogolnya," katanya.
Riduan Masmud, 40, seorang pengurus restoran didakwa merogol gadis berusia 12 tahun enam bulan dalam kereta yang diparkir di tepi jalan di Inanam, Sabah pada kira-kira 10 pagi, 18 Feb lepas, bagaimanapun, dia kemudian mengahwini gadis itu ketika perbicaraan.
Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khatom Abd Samad kemudian memberi tempoh sehingga 6 Jun ini kepada Jabatan Peguam Negara sama ada ingin meneruskan kes itu atau sebaliknya.
Kelmarin, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberi jaminan bahawa kes itu masih berjalan dan Jabatan Peguam Negara tidak pernah menggugurkannya.
Bernama
Fri May 24 2013


3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Keluarga di Malaysia disaran miliki empat anak
Secara ideal, setiap keluarga di negara ini disarankan memiliki empat anak bagi meluaskan asas domestik dalam merancakkan ekonomi negara.

Subsidi ujian Mamogram minta diteruskan dalam Bajet 2014
Datuk Rohani Abdul Karim berkata beliau sudah mengemukakan hasrat itu dalam mesyuarat Bajet 2014 peringkat Jemaah Menteri baru-baru ini.

Amaran buat syarikat amal diskriminasi terhadap wanita bertudung
Kerajaan akan mengambil tindakan ke atas syarikat yang mengamalkan diskriminasi terhadap wanita bertudung ketika ingin memohon pekerjaan.

Kesal kanak-kanak ditinggal di pejabat JKM
Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai rakaman kamera litar tertutup untuk mengesan kes itu.

KPWKM akan dapatkan perintah tetap jagaan abang dan adik mangsa dera
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mendapatkan perintah tetap jagaan kanak-kanak ke atas abang dan adik kepada mangsa dera berumur lima tahun yang meninggal dunia semalam.

Pemerkasaan wanita dalam sektor pekerjaan
Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh kepada 55 peratus pada tahun 2015.

Ibu-bapa harus kikis perasaan malu untuk daftar anak OKU
Kerajaan menggesa penjaga terutamanya ibu bapa, mengikis perasaan malu dan mendaftarkan orang kurang upaya (OKU) dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Masyarakat digesa lapor salah laku terhadap anak yatim
Kerajaan tidak akan melepaskan sewenang-wenangnya pengusaha rumah perlindungan anak-anak yang menyalahi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan kementerian.

Tak sudi subsidi punca pelan kurang tenaga kerja asing tak menjadi
Subisidi dan insentif ganti amah tiada sambutan gagalkan usaha kerajaan kurang kebergantungan rakyat Malaysia kepada tenaga pengasuh asing.

KPWKM syor suspek kes rogol dikenakan tindakan undang-undang
Datuk Rohani Abdul Karim berkata menerusi Mahkamah Sesyen, suspek boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.