KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memformulasikan Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara bagi membuat perancangan dan mengambil langkah sewajarnya dalam menghadapi status negara tua pada 2030.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun berkata, Malaysia pada 2030 akan mencapai status tersebut apabila dijangka 15.3 peratus daripada populasi rakyat negara ini berumur 60 tahun dan ke atas.
Menurutnya, tindakan dan usaha bersepadu antara kementerian dalam mempertingkatkan penjagaan, perlindungan dan sokongan bagi membolehkan warga emas menjadi anggota masyarakat yang sihat dan aktif dilaksanakan secara berterusan.
“Antara inisiatif yang dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) adalah kajian-kajian holistik yang menjurus kepada persediaan negara ke arah menjadi negara tua merangkumi kesihatan, ekonomi dan sosial.
“Kajian semula Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara merupakan komitmen kerajaan untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati.
"Kajian pewujudan satu akta khusus bagi warga emas memfokuskan kepada promosi dan perlindungan hak asasi warga emas,” katanya lagi.
Rina berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Datuk Hasan Bahrom (BN-Tampin) yang mahu mengetahui perancangan yang strategik dan tuntas dalam mendepani era negara sebagai sebuah negara tua.
Selain itu, Hasan bertanya mengenai perancangan yang lebih konkrit bagi memposisikan kumpulan profesional yang telah berpencen, supaya mereka terus menyumbang kepada pembangunan negara.
Mengulas soalan itu, Rina berkata, bagi penjawat awam yang telah bersara dan masih ingin menyumbang kepada pembangunan negara, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia mengenai Kaedah Pelantikan Pegawai Dalam Perkhidmatan Awam dan Urusan-urusan Lain Berkaitan Pelantikan yang berkuat kuasa 1 Jan 2022.
“Pekeliling ini memperuntukkan pesara yang telah bersara atau dibersarakan mengikut undang-undang pencen layak dipertimbangkan untuk dilantik semula secara kontrak bagi jawatan di Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan.
“Pesara boleh dilantik semula secara kontrak bergantung kepada keperluan sesebuah agensi terhadap perkhidmatan yang boleh disumbangkan dan disahkan sihat oleh pengamal perubatan atau pergigian berdaftar,” katanya lagi.
Bagi tujuan memposisikan kumpulan profesional yang telah berpencen untuk mereka terus menyumbang kepada pembangunan negara, Rina berkata, ia terletak di bawah bidang tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia.
“Portal MyFutureJobs yang menawarkan peluang pekerjaan berjaya menempatkan 245 orang warga emas dalam pelbagai sektor pekerjaan bagi tempoh 1 Jan sehingga 22 April 2022.
“Sehingga 31 Mac 2022, Program Seniors back in Action (SEBA), salah satu inisiatif di bawah HRDCorp, berjaya menempatkan 51 orang warga emas menjana pendapatan melalui penawaran pekerjaan yang lebih produktif bersesuaian dengan keperluan pesara,” katanya lagi.
Rina berkata, inisiatif “Hiring Seniors” di bawah TalentCorp dilihat selari dengan aspirasi penuaan aktif melalui pemerkasaan ekonomi warga emas dengan menumpukan kepada kategori M40 dan ke atas (golongan profesional).
Firdaus Azil
Thu Oct 06 2022

Kajian semula Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara merupakan komitmen kerajaan untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati. - Gambar hiasan

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

KPWKM terajui perancangan dasar Malaysia hadapi status negara tua menjelang 2030
Pada 2030, dijangka sebanyak 15.3 peratus daripada populasi rakyat Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas.