Kerajan menyasarkan sekurang-kurangnya 100 unit simpanan stok (SKU) termasuk produk berjenama, dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata sasaran itu mampu dicapai menerusi kerjasama dengan syarikat multinasional serta syarikat perusahaan kecil dan sederhana.
"Sekurang-kurangnya 50 jenis produk yang akan dijual di KR1M 2.0 adalah barangan hasil kerjasama dengan syarikat multinasional seperti Nestle dan Coca-Cola.
"Semua ini kita akan bincang supaya barangan keperluan harian seperti lampin bayi, susu, air mineral dan susu bayi termasuk barangan keperluan harian juga dapat dipasarkan pada harga lebih murah. Kita bukan hanya jual 50 SKU, sasaran kita melebihi 100 SKU," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing) yang meminta KPDNKK menyatakan bila program KR1M 2.0 ini akan dimulakan semula setelah ditutup untuk sementara waktu dan apakah jaminan oleh kementerian bahawa KR1M 2.0 akan memberi lebih banyak pilihan produk pada harga lebih murah daripada pasaran.
Jelas Hamzah, antara strategi pemasaran KR1M 2.0 adalah membuka lebih banyak premis jualan dengan anggaran 3,000 premis pada 2018.
KR1M 2.0 akan mengetengahkan dua konsep perniagaan iaitu operasi perniagaan kendalian pemilik serta penjenamaan bersama.
Ujarnya, fasa pertama pelaksanaan KR1M 2.0 memfokuskan penjualan empat barang keperluan asas iaitu beras, gula, minyak masak dan tepung lebih murah berbanding harga pasaran manakala bagi gas memasak LPG, pihaknya masih mengadakan perbincangan untuk mendapatkan harga sesuai.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Oct 31 2017
Kira-kira 100 SKU termasuk produk berjenama akan dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0.
Generasi muda Malaysia perlu ada keberanian tolak rasuah, ekstremisme - PM Anwar
Meskipun Malaysia berbilang kaum dan aman, terdapat pihak yang cuba memecahbelahkan negara dengan ekstremisme perkauman dan agama.
Pakar ekonomi: KDNK Malaysia 2024 dijangka melangkaui anggaran 5.4 peratus
UOB Kay Hian Wealth Advisors optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 Malaysia akan melangkaui anggaran awal sebanyak 5.1 peratus yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Piala Malaysia: JDT sebelah kaki di final
Johor Darul Ta'zim (JDT) membenam Terengganu FC (TFC) 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
Rusia, Iran tandatangani Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif untuk tingkatkan kerjasama - Putin
Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif antara Rusia dan Iran, disifatkan akan meningkatkan kerjasama dalam semua sektor.
7 maut, lebih 400 cedera dalam sukan jinakkan lembu di Tamil Nadu, India
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala lebih 400 lagi cedera akibat serangan lembu semasa acara sukan jinakkan lembu jantan di selatan India.
YSIJ sumbang 105 televisyen pintar kepada sekolah di Johor
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 105 televisyen pintar (Smart TV) kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Johor.
Pos Malaysia buka Pos Shop ke-50 di Pulau Pinang
Kedai Pos Shop ke-50 di Jalan Dato Keramat, George Town menawarkan kemudahan runcit yang komprehensif melangkaui perkhidmatan tradisinya.
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
Bayaran insentif BIMLTK diperluas kepada PDRM, Imigresen, RELA, JPN
Bayaran insentif mengikut lokasi dan tahap kesusahan dilanjutkan kepada empat jabatan serta agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri berkuat kuasa 1 Jun ini.
Berseronok sambil berbelanja di Tesco sempena Tahun Baru Cina!
Selain harga hebat, pelbagai tawaran menanti pelanggan Tesco termasuk dihiburkan ahli silap mata semasa berbelanja!
KR1M 2.0 sasar 100 produk SKU
Sekurang-kurangnya 100 unit simpanan stok (SKU) termasuk produk berjenama akan dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0.
UUM anjur Ekspo Keusahawanan Pelajar
Ekspo Keusahawanan Pelajar dan Perusahaan Kecil Sederhana berlangsung di pekarangan Varsity Mall, UUM bermula hari ini meraikan kemahiran berniaga dalam kalangan mahasiswa.
Lesen 34 syarikat jualan langsung dibatalkan - Hamzah
Lesen 34 syarikat jualan langsung dan skim piramid (MLM) telah dibatalkan setakat ini kerana menyalahi peruntukan undang-undang.
Koperasi Kredit perlu bergabung - Hamzah
Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggesa koperasi kredit kecil atau sederhana di seluruh negara bergabung.
RON 100 pertama di Malaysia "Blaze 100 Euro 4M" dilancarkan
Petron menerajui teknologi bahan api dan inovasi dengan pelancaran Blaze 100 Euro 4M - satu-satunya minyak premium RON 100 di pasaran Malaysia.