Lima buah kenderaan rosak teruk apabila dihempap sebuah kren di tapak pembinaan hotel berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini.
Kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.
"Sejurus kejadian, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian dan pemeriksaan awal mendapati lima kenderaan awam yang diletakkan di kawasan parkir berhampiran tapak projek itu rosak teruk,"katanya.
Sementara itu, saksi kejadian Ramli Bakar, 57, berkata ketika kejadian dia mendengar satu bunyi dentuman kuat yang mengegarkan kawasan sekitar.
"Saya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Bangsar, ketika melalui kawasan itu tiba-tiba sebuah kren di tapak pembinaan itu condong sebelum jatuh menghempap kereta.
"Bunyi sangat kuat dan terasa sedikit gegaran sebelum orang ramai mengerumuni kawasan terbabit. Syukur tiada mangsa terlibat," katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 06 2018
![Kren tumbang di hadapan IPD Dang Wangi, lima kereta rosak teruk Kren tumbang di hadapan IPD Dang Wangi, lima kereta rosak teruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/41528292865_SHAHARUDINABDULLAH.jpg)
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.
![Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724910395_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik Sedunia itu alami pneumonia dia kedua-dua paru-parunya dan keadaannya kekal "kompleks." kata pentadbiran Vatican.
![Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.
![Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739922101_tbZAKARIAARIFFINB.jpg)
Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia
Allahyarham Zakaria yang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat stroke di Hospital Slim River, Perak, sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang legitimasi terhadap mesyuarat antara pegawai Amerika Syarikat dan Rusia di Riyadh pada Selasa.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
![Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739915838_TBTrumpProtests.jpg)
Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki gunung jasar
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
Mayat kedua remaja lemas di Sungai Perak ditemui
Mayat seorang lagi pelajar sekolah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di parit pada Isnin ditemui pada Selasa.
![Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739914081_TBVolodymyrZelenski.jpg)
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia
Ukraine enggan orang lain buat keputusan di belakang mereka, tiada keputusan boleh dibuat tanpa Ukraine mengenai bagaimana untuk menamatkan perang di Ukraine.
Israel berdegil enggan undur tentera dari selatan Lubnan
Tentera Israel masih mengekalkan pasukannya di lima pos tentera di selatan Lubnan, walaupun melepasi tarikh akhir pengunduran yang ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata pada Selasa.
![Kren tumbang di hadapan IPD Dang Wangi, lima kereta rosak teruk Kren tumbang di hadapan IPD Dang Wangi, lima kereta rosak teruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/41528292865_SHAHARUDINABDULLAH.jpg)
Kren tumbang di hadapan IPD Dang Wangi, lima kereta rosak teruk
Lima buah kenderaan rosak teruk apabila dihempap sebuah kren di tapak pembinaan hotel berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini.