PADA ketika perlawanan sedang diraikan dengan kejayaan bagi kem kriket wanita negara dalam Piala Perdana Wanita (ACC) menewaskan Jepun, muncul tragedi ngeri.
Ia melibatkan pemain bernama Arianna Natasya apabila terkena 'serangan panik' dalam aksi yang berlangsung di Bayuemas Oval, Kuala Lumpur, petang semalam.
Menurut pengurus pasukan, Vijayalingam Vythiyalingam, dia turut terkejut apabila suasana tiba-tiba bertukar tragedi buat pemain tersebut setelah Malaysia meraikan kejayaan itu.
"Atlet perlu mendapatkan minuman yang secukupnya untuk mengelakkan daripada dehidrasi.
"Kami juga menyediakan khidmat fisioterapi dan jurulatih tapi kita hanya boleh mengetahui lanjut selepas pemeriksaan lanjut," katanya di Nadi Arena malam tadi.
Sementara itu, Dr Veinoth mengesahkan bahawa Arianna mempunyai episod serangan panik dalam rekod perubatan sebelum ini dan telah diberikan ubatan bagi mengawal gejala tersebut berulang.
"Arianna memang ada mengambil ubat bagi mengurangkan tahap tekanan dan gemuruhnya.
"Kadangkala tekanan emosi dan fizikal boleh mengundang serangan panik.
"Dia juga mempunyai asma tetapi ia memerlukan pemeriksaan lanjut," katanya.
Dia terpaksa dikejarkan ke hospital menaiki ambulans setelah dikatakan tiba-tiba sesak nafas dan berada dalam keadaan sangat lemah.
Pasukan kriket wanita negara berjaya mara ke peringkat separuh akhir bertemu Nepal hari ini setelah menundukkan Jepun dengan keputusan 101 larian dan tiga wicket dalam 20 over berbanding Jepun dengan 85 larian 7 wicket dalam 20 over.
Astro Arena
Wed Feb 14 2024

Arianna terpaksa dikejarkan ke hospital menaiki ambulans setelah dikatakan tiba-tiba sesak nafas dan berada dalam keadaan sangat lemah. - Foto Astro ARENA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kriket Piala Dunia: New Zealand mara ke pusingan akhir, berbilion rakyat India kecewa
New Zealand bakal berdepan sama ada pasukan Australia atau England dalam pusingan akhir piala dunia itu.

Kriket: Malaysia berada di landasan yang tepat
Pasukan bawah 19 tahun Malaysia menempah tiket beraksi dalam Kejohanan Piala Asia selepas melangkah ke final dalam saingan Kelayakan Piala Dunia rantau Asia.

Kempen #batfornepal bantu mangsa gempa bumi Nepal
Walaupun teruk dilanda gempa bumi kuat April lalu, pasukan kriket kebangsaan Nepal tampil berani untuk mencabar mana-mana pemain kriket dunia.