Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad berkata "semuanya baik sahaja", apabila ditanya mengenai krisis bekalan air di Selangor yang mengganggu rutin harian rakyat Lembah Klang ketika ini.
Ketika Anggota Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) itu sedang membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) mencelah lantas menyoal beliau mengenai krisis bekalan air di Selangor.
"Dekat Melaka ada Ayer Keroh, di Terengganu ada Air Sejuk, di Shah Alam apa ada? Tak ada air.... bila nak selesaikan masalah air yang merupakan keperluan rakyat? Masalah lain kita bising, masalah air hari-hari ini kita tak ambil tahu dan ambil kisah," katanya.
Khalid berkata masalah itu adalah disebabkan penyelenggaraan ke atas loji, lantas Che Mohamad Zulkifly mendesak dan menyoal bilakah masalah itu akan selesai.
Khalid menjawab ia akan selesai selepas loji berkenaan siap diselenggara.
"Kesian kawan-kawan saya di Shah Alam mengeluh tidak ada air, kena tadah air lima, enam tong," kata Che Mohamad Zulkifly.
Bagaikan tidak terkesan dengan krisis bekalan air yang sedang berlaku, Khalid berkata: "Ya ke? Saya balik Shah Alam tidak ada apa pun, semua ok sahaja, siap mandi tidak ada masalah."
Gangguan bekalan air yang melibatkan beberapa daerah sekitar Lembah Klang berlaku lebih lama dari tempoh jangkaan sebelum ini berikutan Sistem Mampatan Udara di Loji Rawatan Air SSP3 pecah, semalam.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan berkata insiden yang tidak dijangka itu berlaku semasa persediaan pengaktifan semula operasi loji, yang mengakibatkan kecederaan serius kepada beberapa kakitangan yang sedang bertugas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 07 2018
KHALID: Semua akan selesai selepas loji berkenaan siap diselenggara.
Festival Musim Bunga: Wuhan antara lokasi sambutan
Sebagai bandar persimpangan utama di tengah China, gala itu mempamerkan daya tarikan Wuhan dengan pemandangan kehidupan malam yang sibuk dan meriah di sepanjang Sungai Yangtze.
Deepseek, AI dari China, kejutkan industri teknologi global, pemain utama
Kejayaan DeepSeek mencetuskan perbincangan dalam industri teknologi kerana ia beroperasi dengan hanya sebahagian kecil daripada sumber yang digunakan pesaingnya.
India umum kejayaan pelancaran satelit navigasi ke orbit
Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) berkata kenderaan pelancar satelit geosegerak (GSLV) yang membawa satelit navigasi NVS-02 berlepas pada 6.23 pagi waktu tempatan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota.
Empat penumpang pesawat Air Busan alami kecederaan
Empat penumpang dilaporkan cedera selepas ekor pesawat Air Busan dilaporkan terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Busan, pada Selasa.
Pihak berkuasa India tingkat kawalan keselamatan
Tiada pengumuman rasmi mengenai kematian daripada kerajaan tempatan, lebih daripada dua belas jam selepas rempuhan itu.
Rakyat Syria Mulai Pulang Biarpun Kos Tinggi
Lebih 200,000 pelarian Syria kini mulai pulang ke rumah mereka setelah bertahun-tahun berlindung di kem pelarian.
Walaupun terpaksa menghadapi kos pemindahan yang tinggi, mereka bertekad memulakan kehidupan baru di celah runtuhan.
Laporan eksklusif oleh Hilal Azmi dari Aleppo, Syria, menceritakan kisah kepulangan ini. Ikuti perkembangan terkini dan cabaran yang dihadapi rakyat Syria dalam proses pemulihan pasca perang.
Walaupun terpaksa menghadapi kos pemindahan yang tinggi, mereka bertekad memulakan kehidupan baru di celah runtuhan.
Laporan eksklusif oleh Hilal Azmi dari Aleppo, Syria, menceritakan kisah kepulangan ini. Ikuti perkembangan terkini dan cabaran yang dihadapi rakyat Syria dalam proses pemulihan pasca perang.
Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Tourism Malaysia memulakan pelbagai usaha bagi mempromosikan negeri di wilayah utara khususnya Pulau Pinang bersempena kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Pembangunan sejagat: Integrasikan pembangunan ekonomi dan manusiawi
Penilaian terhadap sesebuah negara bukan saja terletak pada kemajuan ekonomi tetapi juga falsafah, jati diri dan ketamadunan.
Malaysia, Thailand teroka kerjasama baharu dalam pertahanan
Malaysia dan Thailand komited memperkukuhkan hubungan sedia ada, selain meneroka peluang kerjasama baharu termasuk dalam konteks pertahanan.
Jawatankuasa penyelarasan bantu bangun Gaza akan dibentuk
Satu Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi yang diurussetiakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Waqaf Malaysia akan dibentuk bagi mendukung komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha permulaan membantu membangunkan semula Gaza.
Pulau Pinang salur lebih RM134 juta kepada sekolah Cina sejak 2009 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang telah menyalurkan lebih RM134.97 juta kepada sekolah Cina di seluruh negeri itu, sejak 2009.
Johor komited pastikan bekalan air bersih, stabil
Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha memastikan bekalan air bersih yang stabil dapat dinikmati oleh rakyat.
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah dengan kos RM200,000 telah disiapkan pada 9 Dis lepas, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
Israel sengaja potong bekalan air untuk hapuskan warga Palestin - HRW
Israel sedang melaksanakan pembasmian dan genosid dalam serangannya ke atas Gaza, khususnya dengan menyekat akses penduduk di sana kepada air.
Kerajaan Persekutuan fokus tingkat pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada meningkatkan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan.
Jangan bagi alasan sudah biasa, penyakit bawaan air boleh bawa maut - Pakar
Kekerapan dilanda banjir membuatkan tahap kewaspadaan terhadap penyakit bawaan air semakin berkurangan.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.