Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menasihati Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk melakukan tindakan yang lebih baik berbanding apa yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) sewaktu krisis kewangan 1997-1998.
Mengimbas kembali krisis tersebut, beliau akui kerajaan BN gagal membantu rakyat sebaliknya, menolong mereka yang bergelar golongan korporat.
“Saya berumur 50 tahun dan masih ingat dengan jelas semasa krisis kewangan Asia yang melanda kita pada tahun 1997-1998. Habis duit kita. Boss saya, Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kena lebih teruk lagi, hilang jawatan dan masuk penjara pula.
“Kerajaan pada masa itu sibuk hanya menolong yang korporat. Saya masih ingat, beratus ribu hilang pekerjaan, tetapi golongan yang kaya sahaja yang ditolong.
“Walaupun harta mereka merosot 30 peratus, semua yang kaya pergi ke London tinggal dalam apartment mewah mereka untuk tunggu krisis kewangan pulih,” katanya ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.
Tegasnya, sekiranya benar Malaysia berhadapan dengan krisis kewangan global, beliau mahu kerajaan Pakatan Harapan terus mementingkan rakyat dan bukannya korporat.
“Selepas beberapa tahun, kebanyakan gologan kaya ini beli balik aset mereka dengan harga yang murah. Itulah kehidupan, taikun di Malaysia sentiasa menang dan rakyat marhaen terus menanggung gaji yang rendah.
“PH perlu melakukan yang lebih baik daripada BN dalam perkara ini,” tegasnya.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Oct 16 2019

Wong Chen akui kerajaan BN gagal membantu rakyat sebaliknya, menolong mereka yang bergelar golongan korporat. - Gambar fail/Facebook
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Tanah runtuh Taman Wawasan: Bantuan awal RM1,000 untuk keluarga terjejas - MP Subang
Setiap keluarga yang terjejas susulan kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong awal pagi tadi akan mendapat bantuan awal sebanyak RM1,000.

Kerajaan wajar kawal dana Petronas ketika pandemik
Ahli Parlimen Subang berkata, hasil Petronas adalah hak rayat dan perlu dipantau oleh rakyat menerusi Parlimen.

Belanjawan Interim boleh diluluskan jika berlaku keadaan luar biasa - Wong Chen
Perkara 102 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan belanjawan interim boleh diluluskan jika berlaku suatu keadaan luar biasa.

Krisis kewangan 97-98: BN hanya tolong taikun - Wong Chen
Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menasihati Kerajaan Pakatan Harapan untuk melakukan tindakan yang lebih baik berbanding apa yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) sewaktu krisis kewangan 1997-1998.

Usah keluar kenyataan hingga ganggu siasatan SPRM - Dzulkifli Ahmad
SPRM memberi peringatan tegas terhadap mana-mana pihak supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga boleh mengganggu proses siasatan agensi tersebut.

R Sivarasa mengaku tidak bersalah hantar imej palsu melalui akaun Facebook
Sivarasa didakwa atas dua tuduhan menghantar komunikasi palsu iaitu imej muka hadapan majalah TIME menerusi laman Facebook dengan niat menyakitkan hati orang lain.