ANKARA: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meluluskan pembiayaan berjumlah AS$2.9 bilion untuk membantu Sri Lanka yang sedang dilanda krisis, menurut pihak berkuasa negara itu dan IMF.
"Program itu akan membolehkan Sri Lanka mengakses pembiayaan sehingga AS$7 bilion daripada IMF, Institusi Kewangan Antarabangsa (IFI) dan organisasi pelbagai hala," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan pejabat Presiden Ranil Wickremesinghe.
"Lembaga IMF meluluskan EFF (Kemudahan Dana Lanjutan) untuk kami," menurut Menteri Kewangan Sri Lanka Ali Sabry di Twitter.
"Terima kasih kepada semua pemiutang dan Presiden atas usaha gigihnya dalam misi penting ini," katanya.
Menurut kenyataan IMF, Lembaga Eksekutifnya hari ini meluluskan pengaturan lanjutan 48 bulan menerusi EFF berjumlah SDR 2.286 bilion (395 peratus daripada kuota atau kira-kira AS$3 bilion).
Program yang disokong EFF itu bertujuan memulihkan kestabilan makroekonomi dan kemampanan hutang Sri Lanka, mengurangkan kesan ekonomi terhadap golongan miskin yang terjejas selain melindungi kestabilan sektor kewangan dan mengukuhkan tadbir urus dan potensi pertumbuhan.
"Untuk membolehkan Sri Lanka mengatasi krisis, pelaksanaan pantas dan tepat pada masanya sangat kritikal," menurut Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva dalam kenyataan itu.
Sri Lanka yang lumpuh disebabkan kekurangan rizab pertukaran asing selepas kejatuhan ekonomi yang bergantung kepada pelancongan, negara berpenduduk 22 juta itu gagal membayar semua hutang asingnya pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023
Program yang disokong EFF itu bertujuan memulihkan kestabilan makroekonomi dan kemampanan hutang Sri Lanka. - Fail/Unsplash
Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula 26 Februari dengan Titah Diraja oleh Sultan Ibrahim. Perbahasan usul, RUU penting, dan Kertas Putih Agenda Negara Menua turut menjadi agenda utama.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Sidang Parlimen bermula Isnin, titah diraja Sultan Ibrahim jadi tumpuan
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
IMF unjur pertumbuhan ekonomi UAE kekal sekitar 4 peratus pada 2025
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan ekonomi Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan mengekalkan pertumbuhan sekitar empat peratus pada 2025.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Ekonomi global berisiko terperangkap dalam pertumbuhan rendah - IMF
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa ekonomi global berisiko terperangkap dalam laluan pertumbuhan rendah dengan hutang tinggi.
Presiden baharu Sri Lanka rancang rundingan segera dengan IMF
Menurut Anura Kumara Dissanayake, rundingan bertujuan memohon pelan penyelamatan ekonomi bernilai AS$2.9 bilion.
Pakistan terima pinjaman IMF AS$7 bilion untuk stabilkan ekonomi
Pakistan dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencapai persetujuan berhubung program pinjaman baharu bernilai AS$7 bilion bagi menstabilkan ekonomi negara Asia Selatan itu.
Hanya negara ambang muflis sahaja pinjam IMF - Rafizi
Rafizi Ramli menempelak pihak pembangkang berhubung pernyataan yang mengaitkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan ketika ini dengan pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa.
Sri Lanka capai perjanjian penyusunan semula hutang
Perjanjian ini menandakan langkah penting dalam pemulihan ekonomi negara selepas gagal membayar balik hutang pada tahun 2022.
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus pada April - DoSM
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus kepada 21,325 tan pada April 2024 berbanding 26,966 tan yang dicatatkan semasa Mac lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai US$1.1 bilion kepada Pakistan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.