KUALA LUMPUR: Deruan enjin jet pejuang dan pelbagai aset ketenteraan mencetuskan kebimbangan penuntut Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Rusia.
Perkara itu diakui Diyana Natasha Zaini, 26, pelajar tahun 5 jurusan kedoktoran di Kursk State Medical University.
Mana tidaknya, bandar Kursk yang didiaminya hanya sekitar 100 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine, tidak sampai dua jam perjalanan menaiki kereta.
"Walaupun kehidupan harian tidak banyak berubah, pergi kelas... naik bas... cuma kami sedikit takut kerana sekarang kerap dengar bunyi jet, bas dan lori tentera keluar masuk.
"Itu yang membezakan kehidupan kami ketika ini berbanding sebelum ini.
"Nak cakap takut, memang takut sebab kami (di Kursk) sempadan Ukraine sangat dekat sekitar dua jam perjalanan. Sekiranya apa-apa berlaku nanti, sudah tentu akan terkesan kepada kami," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI secara maya.
Selain keselamatan nyawa, antara perkara yang dibimbangi Diyana Natasha adalah baki setahun penganjiannya di negara itu.
"Keadaan sekarang ini memang saya bimbang. Kelas boleh diteruskan atau dalam talian sahaja? Masih di sini (Rusia) atau perlu pulang ke Malaysia?
"Kalau perlu balik ke Malaysia, sebagai pelajar tahun kelima, rasa macam sia-sia pula sebab baru datang semula ke Kursk selepas pandemik.
"Kalau kena balik Malaysia, rasa macam pengajian saya memang semuanya di Malaysia, bukan di Rusia. Taklah merasa tahun akhir di sini," katanya.
Krisis Ukraine-Rusia: Apa punca sebenar dan perkembangan terkini
Dia pada masa sama berharap Kedutaan Malaysia di Moscow dapat memberi maklumat sewajarnya kepada rakyat Malaysia di negara itu sekiranya terdapat sebarang perkembangan terkini.
Perkara sama turut diakui Ahmad Ashraff Haiqal Ahmad Zakki, 20, pelajar tahun ketiga jurusan Perubatan Umum di Volgograd State Medical University.
Walaupun jaraknya lebih 300 kilometer dari sempadan Ukraine, namun deruan enjin jet pejuang turut didengarinya.
"Pagi ini, rakan-rakan saya ada maklumkan mereka mendengar bunyi jet pejuang. Boleh dengar dengan jelas.
"Pada hari ini juga, tempat saya Volgograd, mengumumkan lapangan terbang ditutup dan semua penerbangan tidak dibenarkan," katanya.
Ahmad Ashraff Haiqal turut akui pihak kedutaan telah memberi beberapa nasihat sekiranya situasi krisis tersebut memuncak.
"Mereka (kedutaan) meminta kami bersedia dengan barang-barang yang penting, sekiranya perkara makin serius, kami boleh terus keluar dari sini.
"Perkara ini memang merisaukan kami, tetapi tidaklah sampai menjejaskan pembelajaran kami, masih boleh pergi ke kelas macam biasa," katanya.
Jelasnya, dia dan rakan-rakan turut mengambil maklum segala perkembangan semasa yang dilaporkan media untuk mereka lebih bersiap siaga sekiranya situasi bertambah meruncing.
Astro Awani
Thu Feb 24 2022
Kesan letupan dan asap dikesan di sebuah kawasan berhampiran bangunan ketenteraan Ukraine di bandar Kiev. - Foto AP/Efrem Lukatsky
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
PBB perlu pastikan gencatan senjata di Gaza dipatuhi - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia
Langkah itu amat penting, terutama dalam memastikan pembukaan saluran bantuan kemanusiaan berdasarkan keputusan ICJ dan Majlis Keselamatan PBB.
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Perkembangan banjir di Sandakan
Wakil Astro Awani Rebecca Chong, melaporkan perkembangan banjir, hampir semua kawasan di Sandakan, ditenggelami air.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Tahap buruk di Sabah sehingga Jumaat
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Hujan lebat berterusan, bandar Sandakan terjejas
Hujan lebat tanpa henti sejak pukul 8.30 pagi telah menyebabkan banjir kilat yang menjejaskan hampir kesemua kawasan bandar di Sandakan.
Mahkamah benar permohonan pesara kerajaan untuk pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi membenarkan pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016, yang berkuat kuasa, mulai Januari 2022.
AS salur bantuan tambahan bernilai AS$300 juta kepada Ukraine
Presiden Joe Biden meluluskan pakej ketenteraan baru bernilai AS$300 juta untuk Ukraine, merangkumi peluru untuk dron dan persenjataan.
China akan hantar wakil khas ke Ukraine: Xi maklumkan kepada Zelenskyy dalam perbualan telefon
China konsisten dan jelas dalam kesediaannya untuk membangunkan hubungan dua hala dengan Ukraine, kata Xi kepada Zelenskyy.
Jawatankuasa Olimpik Afrika sokong atlet Rusia dan Belarus bertanding di bawah bendera neutral
Ahli ANOCA sebulat suara memutuskan untuk menyokong penyertaan atlet Rusia dan Belarus dalam semua pertandingan antarabangsa.
Rusia mahu tamatkan krisis di Ukraine secepat mungkin - Menteri Luar
Melindungi nyawa askar dan orang awam adalah keutamaan bagi Moscow, kata Lavrov.
Zelensky berucap kepada rakyat Ukraine sempena Hari Natal
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky meminta rakyatnya untuk kekal tabah berdepan serangan.
Amaran serangan udara diaktifkan seluruh Ukraine pada Sabtu
Dengan menggunakan saluran komunikasi, pegawai tempatan meminta orang ramai mencari tempat perlindungan.
Tiga sidang kemuncak serantau dijangka dapat bantu akhiri krisis Ukraine - TPM Thailand
Ia pertama kali seumpamanya membabitkan pihak-pihak berkepentingan berkumpul sebagai peserta di tiga lokasi di Asia Tenggara.
[KOLUMNIS] Ekonomi Ayam - Mesti ada 'common-sense, make sense'
Sejak bermulanya peperangan Russia-Ukraine pada tahun ini, harga makanan global telah meningkat lagi sebanyak 12%.
Rusia bakal tinggalkan ISS selepas 2024
Rusia akan beri tumpuan kepada usaha membina pos luar orbitnya sendiri.
Rusia nafi serang pelabuhan Ukraine selepas perjanjian mengenai bijirin - Menteri Turkiye
Pihak berkuasa Rusia memaklumkan ia tidak terlibat dalam serangan ini serta sedang meneliti isu itu dengan terperinci.