BELURAN: Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah intervensi bagi memastikan konflik Rusia-Ukraine, tidak menjejaskan pengeluaran makanan dan mengawal harga bahan makanan di negara ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Ronald Kiandee.
Beliau berkata antara langkah intervensi itu, termasuk menyediakan subsidi kepada beberapa bahan makanan seperti ayam dan telur, bagi menghadapi sebarang faktor luar jangka akibat konflik dua negara tersebut.
"Kerajaan merupakan kerajaan yang prihatin. Kita (kerajaan) akur akan kenaikan harga kos yang di luar kawalan, menyebabkan kos pengeluaran bahan makanan di negara kita terkesan dan meningkat sedemikian rupa.
"Kerajaan mengambil pelbagai langkah dan intervensi jangka pendek dan panjang memastikan pengeluaran tidak terjejas dan mengawal kenaikan harga kepada pengguna disebabkan kenaikan kos input dari luar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan titian konkrit di Kampung Keniogan dekat sini hari ini.
Mengenai titian konkrit di Kampung Keniogan itu beliau berkata pembinaannya bermula 4 Mei tahun lepas dan siap 13 Mac, dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan kos hampir RM1 juta.
Ronald, juga Ahli Parlimen Beluran, berkata LKIM telah membaik pulih jeti di tiga lokasi lain di Beluran iaitu di Kampung Muanad 2, Kampung Seri Menanti dan Kampung Keramat, sementara 18 lagi jeti dan titian di sekitar kampung nelayan di Beluran sedang dalam perancangan untuk dibaik pulih, dinaik taraf atau dibina baharu, yang akan memberi kemudahan pendaratan ikan yang lebih baik.
Sempena program itu, Ronald turut meninjau rumah nelayan yang dibaik pulih di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) di Kampung Keniogan, yang merupakan sebahagian daripada 200 rumah nelayan yang telah dan sedang dibaik pulih oleh LKIM di Beluran, dengan peruntukan RM3 juta.
Katanya kerajaan melalui LKIM memperuntukkan lebih RM150 juta tahun ini, bagi menyediakan bantuan dan insentif kepada masyarakat nelayan seluruh negara merangkumi Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN), subsidi minyak fiesel dan petrol, dana nelayan, Tabung Bencana dan Kebajikan Nelayan, Projek Tanaman Kontan, Bantuan Projek Ekonomi Kumpulan Nelayan dan Program Bakul Makanan Nelayan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 20 2022

Ronald berkata, kerajaan mengambil pelbagai langkah dan intervensi jangka pendek dan panjang memastikan pengeluaran tidak terjejas dan mengawal kenaikan harga kepada pengguna disebabkan kenaikan kos input dari luar. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Dunia berisiko alami 'bencana' nuklear - Biden
Presiden Vladimir Putin membangkitkan ancaman perang nuklear bulan lalu ketika beliau menyatukan lebih banyak wilayah Ukraine di bawah Rusia.

Rusia, Ukraine buat pertukaran 200 tahanan menerusi inisiatif Turkiye - Erdogan
Erdogan berkata, pertukaran tahanan di bawah perantaraan Turkiye adalah langkah penting ke arah menamatkan perang antara kedua-dua negara.

Perang berpanjangan Rusia-Ukraine jejas keselamatan makanan - Penganalisis
Tidak dapat dipastikan sama ada Eropah atau Amerika Syarikat akan segera mengubah sekatan ke atas Rusia sebaik sahaja ia berlaku.

Semua pihak perlu sokong rundingan dialog Rusia-Ukraine
China menyokong sebarang inisiatif dan langkah yang boleh meredakan krisis kemanusiaan Ukraine.

Lebih 617,000 rakyat Ukraine lari ke Romania sejak konflik tercetus
Lebih 4.1 juta rakyat Ukraine melarikan diri ke negara lain, dengan jutaan yang lain kehilangan tempat tinggal.

Krisis Rusia-Ukraine: Kerajaan ambil langkah intervensi kawal harga barangan makanan - Ronald
Antara langkah intervensi itu, termasuk menyediakan subsidi kepada beberapa bahan makanan seperti ayam dan telur.

Permintaan terhadap 'bunker' mewah perlindungan bom melonjak
Ketika kebanyakan orang bergelut dengan kesulitan menyediakan perkara asas, tetap ada tawaran yang direka khusus untuk golongan dengan kuasa membeli.

Minyak mentah cecah paras tertinggi, Brent melonjak 3.62 peratus
Niaga hadapan minyak mentah Brent meneruskan pergerakan rancak tanpa henti, melonjak sebanyak 3.62 peratus kepada AS$117 setong.