SINGAPURA: Krisis Ukraine telah menyelubungi prospek ekonomi Singapura, kata Menteri Perdagangan dan Industri Singapura Gan Kim Yong.
"Impak sebenar kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan inflasi sukar untuk dianggarkan pada peringkat ini susulan daripada keadaan tidak menentu ketika ini," katanya ketika menyampaikan Kenyataan Belanjawan Tahun Kewangan 2022 bagi kerajaan Singapura di Parlimen di sini semalam.
"Banyak akan bergantung kepada bagaimana konflik itu akan berakhir, tindak balas global terhadap situasi itu dan kesan jangka panjang terhadap ekonomi global," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata apa yang jelas ialah tekanan inflasi berkemungkinan meningkat lagi dalam tempoh terdekat terutamanya melalui kenaikan harga barangan berkaitan minyak pada peringkat permulaan.
"Risiko penurunan kepada ekonomi Singapura juga meningkat dengan ketara," katanya.
Singapura telah mengunjurkan bahawa KDNK negara itu akan berkembang antara 3.0 peratus hingga 5.0 peratus tahun ini, dengan inflasi Indeks Harga Pengguna (IHP) meliputi semua barang antara 2.5 peratus dan 3.5 peratus.
Mengenai sekatan dikenakan terhadap Rusia oleh pelbagai negara dan gangguan kepada bekalan, Gan memberitahu harga tenaga global dan produk lain dijangka meningkat dalam beberapa minggu akan datang,
"Satu bidang utama yang akan menjejaskan Singapura dengan ketara oleh konflik di Ukraine ialah kos tenaga, kerana Singapura mengimport sebahagian besar keperluan tenaga negara," katanya.
"Kita telah melihat dalam beberapa bulan kebelakangan ini kenaikan harga minyak dan gas asli global telah berlaku dan Rusia merupakan pengeksport utamanya," katanya.
Sebagai contoh, harga gas asli cecair (LNG) meningkat dua kali ganda daripada kira-kira US$17 setiap juta unit terma British (MMBtu) kira-kira setengah tahun lepas kepada kira-kira US$35 (US$1=RM4.19) ketika ini, kata Gan.
Penanda aras global minyak mentah Brent juga melonjak melepasi US$100 setong beberapa hari lalu, berbanding secara puratanya pada US$71 tahun lepas, katanya lagi.
"Krisis itu juga akan memberi kesan kepada rantaian bekalan global kerana Rusia dan Ukraine merupakan pengeksport utama komoditi seperti gandum dan logam seperti nikel dan paladium," katanya.
"Gangguan kepada bekalan komoditi ini akan menaikkan harga barangan yang menggunakan komoditi ini sebagai input perantaraan.
"Gangguan global dalam bekalan nikel boleh menjejaskan pengeluaran keluli tahan karat yang digunakan dalam sektor pembuatan dan pembinaan," kata Gan.
Sementara itu, gangguan kepada bekalan paladium pula akan menjejaskan industri semikonduktor dan seterusnya pasaran barangan teknologi.
Gan juga berkata Singapura juga harus bersedia untuk kesan susulan terhadap aliran perdagangan dan pelaburan.
"Konflik yang berlanjutan akan menjejaskan keyakinan perniagaan dan membebankan ekonomi global, dan memberi kesan kepada pemulihan mereka daripada pandemik COVID-19," katanya.
Semalam, Singapura mengumumkan bahawa ia akan mengenakan kawalan eksport ke atas item yang boleh digunakan secara langsung sebagai senjata di Ukraine untuk mendatangkan bahaya kepada rakyat Ukraine.
Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan berkata Singapura juga akan menyekat beberapa bank Rusia dan urus niaga kewangan yang berkaitan dengan Rusia.
Pada 24 Februari lepas, Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan khas di wilayah Donbas, timur Ukraine.
On February 24, Russian President Vladimir Putin announced a special military operation in eastern Ukraine's Donbas region.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 28 2022
![Krisis Ukraine selubungi prospek ekonomi Singapura - Menteri Krisis Ukraine selubungi prospek ekonomi Singapura - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621413981_SingaporeMerlion.jpg)
Semalam, Singapura mengumumkan akan mengenakan kawalan eksport ke atas item yang boleh digunakan secara langsung sebagai senjata di Ukraine untuk mendatangkan bahaya kepada rakyat Ukraine. - Gambar hiasan/REUTERS
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![AS salur bantuan tambahan bernilai AS$300 juta kepada Ukraine AS salur bantuan tambahan bernilai AS$300 juta kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681341325_ukraineUSA.jpg)
AS salur bantuan tambahan bernilai AS$300 juta kepada Ukraine
Presiden Joe Biden meluluskan pakej ketenteraan baru bernilai AS$300 juta untuk Ukraine, merangkumi peluru untuk dron dan persenjataan.
![China akan hantar wakil khas ke Ukraine: Xi maklumkan kepada Zelenskyy dalam perbualan telefon China akan hantar wakil khas ke Ukraine: Xi maklumkan kepada Zelenskyy dalam perbualan telefon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682545481_Russiaswar.jpg)
China akan hantar wakil khas ke Ukraine: Xi maklumkan kepada Zelenskyy dalam perbualan telefon
China konsisten dan jelas dalam kesediaannya untuk membangunkan hubungan dua hala dengan Ukraine, kata Xi kepada Zelenskyy.
![Jawatankuasa Olimpik Afrika sokong atlet Rusia dan Belarus bertanding di bawah bendera neutral Jawatankuasa Olimpik Afrika sokong atlet Rusia dan Belarus bertanding di bawah bendera neutral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678052388_OlimpikAfrika.jpg)
Jawatankuasa Olimpik Afrika sokong atlet Rusia dan Belarus bertanding di bawah bendera neutral
Ahli ANOCA sebulat suara memutuskan untuk menyokong penyertaan atlet Rusia dan Belarus dalam semua pertandingan antarabangsa.
![Rusia mahu tamatkan krisis di Ukraine secepat mungkin - Menteri Luar Rusia mahu tamatkan krisis di Ukraine secepat mungkin - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41672288250_SergeyLavrov.jpg)
Rusia mahu tamatkan krisis di Ukraine secepat mungkin - Menteri Luar
Melindungi nyawa askar dan orang awam adalah keutamaan bagi Moscow, kata Lavrov.
![Zelensky berucap kepada rakyat Ukraine sempena Hari Natal Zelensky berucap kepada rakyat Ukraine sempena Hari Natal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671937808_Christmastree.jpg)
Zelensky berucap kepada rakyat Ukraine sempena Hari Natal
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky meminta rakyatnya untuk kekal tabah berdepan serangan.
![Amaran serangan udara diaktifkan seluruh Ukraine pada Sabtu Amaran serangan udara diaktifkan seluruh Ukraine pada Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671311710_Ukrainiansoldiers.jpg)
Amaran serangan udara diaktifkan seluruh Ukraine pada Sabtu
Dengan menggunakan saluran komunikasi, pegawai tempatan meminta orang ramai mencari tempat perlindungan.
![Tiga sidang kemuncak serantau dijangka dapat bantu akhiri krisis Ukraine - TPM Thailand Tiga sidang kemuncak serantau dijangka dapat bantu akhiri krisis Ukraine - TPM Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664127814_DonPramudwinai.jpg)
Tiga sidang kemuncak serantau dijangka dapat bantu akhiri krisis Ukraine - TPM Thailand
Ia pertama kali seumpamanya membabitkan pihak-pihak berkepentingan berkumpul sebagai peserta di tiga lokasi di Asia Tenggara.
![[KOLUMNIS] Ekonomi Ayam - Mesti ada 'common-sense, make sense' [KOLUMNIS] Ekonomi Ayam - Mesti ada 'common-sense, make sense'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656566323_ayam.jpg)
[KOLUMNIS] Ekonomi Ayam - Mesti ada 'common-sense, make sense'
Sejak bermulanya peperangan Russia-Ukraine pada tahun ini, harga makanan global telah meningkat lagi sebanyak 12%.
![Rusia bakal tinggalkan ISS selepas 2024 Rusia bakal tinggalkan ISS selepas 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658883473_ISS.jpg)
Rusia bakal tinggalkan ISS selepas 2024
Rusia akan beri tumpuan kepada usaha membina pos luar orbitnya sendiri.
![Rusia nafi serang pelabuhan Ukraine selepas perjanjian mengenai bijirin - Menteri Turkiye Rusia nafi serang pelabuhan Ukraine selepas perjanjian mengenai bijirin - Menteri Turkiye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658635954_RussianDefenseMini.jpg)
Rusia nafi serang pelabuhan Ukraine selepas perjanjian mengenai bijirin - Menteri Turkiye
Pihak berkuasa Rusia memaklumkan ia tidak terlibat dalam serangan ini serta sedang meneliti isu itu dengan terperinci.