KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi insiden gangguan bekalan elektrik utama yang pernah berlaku dalam negara sejak 1992.
29 Sept 1992
Gangguan bekalan elektrik terbesar apabila seluruh Semenanjung Malaysia 'bergelap' selama 48 jam apabila kilat merosakkan rangkaian utama di timur Malaysia, menjejaskan stesen-stesen janaelektrik di Semenanjung.
Kejadian itu menjejaskan 18 juta pengguna dan mengakibatkan kerugian perniagaan berjumlah RM220 juta.
3 Ogos 1996
Hampir seluruh Semenanjung mengalami gangguan bekalan elektrik bermula pukul 5.18 petang menyebabkan keadaan kelam-kabut terutama di kawasan bandar.
Gangguan elektrik itu berlaku serentak di kebanyakan negeri dan dipercayai berpunca daripada kerosakan di Stesen Janakuasa Elektrik Paka, Terengganu.
Gangguan bekalan elektrik kedua terbesar berlaku itu dikenali sebagai 'Black Friday' yang menyebabkan 'huru-hara dan kelam-kabut' di pusat-pusat bandar kerana ia berlaku pada 5.17 petang ketika pekerja dalam perjalanan pulang ke rumah.
Ramai terperangkap dalam kesesakan lalu lintas teruk dan bekalan elektrik hanya pulih pada kira-kira 8.30 pagi keesokannya.
1 Sept 2003
Lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan mengalami gangguan elektrik selama empat jam sejak pukul 10 pagi sehingga bekalan dipulihkan semula pada kira-kira 2 petang.
Kejadian itu dilaporkan kerana masalah teknikal apabila talian penghantaran bekalan elektrik antara Bukit Beruntung di Rawang dan Batu Gajah di Perak terpelantik ketika kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.
13 Jan 2005
Gangguan bekalan elektrik berlaku pada 12.16 tengah hari pada hari tersebut telah menyebabkan beberapa negeri di selatan Semenanjung iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan elektrik dan berjaya dipulihkan secara berperingkat sejak pukul 1.40 tengah hari.
Kawasan terakhir dipulihkan ialah Kluang, Johor pada 5 petang.
27 Jun 2013
Berlaku gangguan bekalan elektrik terputus membabitkan hampir keseluruhan Sarawak termasuk Kuching yang berpunca daripada litar di talian penghantaran Kemena-Bintulu terpelantik pada 5.40 petang.
BACA: Gangguan bekalan elektrik besar-besaran di Lembah Klang, beberapa negeri
BACA: TNB sahkan berlaku gangguan bekalan elektrik, punca sedang dikenal pasti
BACA: Bekalan elektrik pulih sepenuhnya - TNB
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022

Kronologi insiden gangguan bekalan elektrik utama yang pernah berlaku dalam negara sejak 1992. - Gambar fail/BERNAMA

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Gangguan MRT Sungai Buloh-Kajang akibat pengorekan pihak ketiga - TNB
Bagaimanapun, bekalan elektrik berjaya disalurkan sepenuhnya pada 1.19 petang, hari ini.