KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pecah amanah (CBT), salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC International) berjumlah RM42 juta.
Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang mengetuai panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan bekas perdana menteri itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.
Berikut adalah kronologi kes berkenaan.
4 Julai 2018 - Najib didakwa buat pertama kali di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan CBT dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta. Kes kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
8 Ogos 2018 - Najib didakwa di Mahkamah Tinggi atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana sama (RM42 juta daripada SRC International) yang merupakan hasil kegiatan haram.
3 April 2019 - Perbicaraan bermula selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Najib untuk mengisytiharkan tujuh pertuduhan terhadapnya sebagai tidak sempurna.
27 Ogos, 2019 - Pendakwaan menutup kesnya selepas 58 hari perbicaraan dan mendengar keterangan 57 orang saksi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Kes SRC International: Mahkamah Rayuan kekal sabitan, hukuman Najib
11 Nov 2019 - Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan terdapat unsur menggunakan kedudukan, pecah amanah dan pengubahan wang haram.
3 Dis 2019 - Najib memberi keterangan membela diri di Mahkamah Tinggi sebagai saksi pertama pembelaan bagi menjawab pertuduhan terhadapnya.
11 Mac 2020 - Selepas 19 saksi memberi keterangan sepanjang 33 hari, pembelaan menutup kesnya.
28 Julai 2020 - Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah ke atas semua tujuh pertuduhan.
19 Okt 2020 - Najib memfailkan petisyen rayuan yang mengandungi 307 alasan beliau sepatutnya dibebaskan daripada semua pertuduhan.
5 April 2021 - Rayuan terhadap sabitan dan hukuman bermula di Mahkamah Rayuan.
18 Mei 2021 - Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusannya ke satu tarikh yang ditetapkan kelak selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak yang berlangsung selama 15 hari.
23 Nov 2021 - Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Dis untuk keputusan rayuan itu. Najib memfailkan permohonan supaya ditangguhkan keputusan rayuannya kerana perlu menjalani kuantin kendiri selama tujuh hari sehingga 12 Dis setelah kembali dari Singapura dan hanya boleh hadir di mahkamah atau perhimpunan awam mulai 13 Dis.
24 Nov 2021 - Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk menangguhkan tarikh keputusan rayuannya.
2 Dis 2021 - Najib Tun Razak memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan supaya membenarkan bukti baharu dikemukakan dalam rayuannya termasuk daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.
3 Dis 2021 - Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Dis untuk mendengar permohonan memasukkan bukti baharu.
7 Dis 2021 - Mahkamah menolak permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding permohonannya dan keputusan rayuan yang ditetapkan pada 8 Dis berikutan peguam pasukan pembelaan menjadi kontak kasual dengan individu yang disahkan positif COVID-19.
8 Dis 2021 - Keputusan rayuan Najib dijalankan secara dalam talian kerana Najib dan peguamnya menjalani kuarantin.
Peguam utama Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata mereka akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 08 2021
Peguam utama Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata mereka akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan hari ini. - Gambar fail/ Bernama
Persiapkan graduan dengan format realiti dunia, bukan format kementerian - Pengerusi Eksekutif QI Group
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif QI Group, Datuk Seri Vijay Eswaran berkata graduan perlu dipersiapkan dengan kemahiran untuk berdepan dengan pasaran kerja berdasarkan realiti semasa. Menurutnya, ini bermakna format silibus tersebut tidak boleh bergantung kepada format dan pendekatan lapuk yang berpaksikan kepada kehendak kementerian semata-mata. #AgendaAWANI
Millenial, Gen Z ada kelebihan adaptasi dalam pasaran kerja semasa – Pengerusi Eksekutif QI Group
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif QI Group, Datuk Seri Vijay Eswaran berkata generasi millenial dan Generasi Z mempunyai kelebihan untuk menyerlah dalam pasaran kerja semasa. Jelasnya, ia bergantung kepada keupayaan generasi ini untuk beradaptasi lebih pantas dengan perubahan global. #AgendaAWANI
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Ketua Jabatan Dasar dan Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Balqais Yusoff berkata caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah. Jelasnya, simulasi yang dijalankan tabung itu menunjukkan seorang pekerja dengan gaji minimum RM1,700 juga boleh mencapai simpanan RM1 juta menjelang usia persaraan. #AgendaAWANI
RIA naikkan lantai Simpanan Asas, jamin kehidupan selepas bersara - KWSP
Ketua Jabatan Dasar dan Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Balqais Yusoff berkata KWSP akan melaksanakan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) bermula pada tahun 2026. Jelasnya, dasar ini akan meningkatkan lantai Simpanan Asas kepada RM390,000 berbanding RM240,000 untuk memastikan simpanan mencukupi sepanjang kehidupan selepas bersara. #AgendaAWANI
AWANI Ringkas: Suspek keenam pukul OKU direman tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Belanjawanku Guide 2024/2025 and RIA Framework
Nina Rozman speaks to Balqais Yusof, Head Policy and Strategy Department EPF on how can Malaysians use the Belanjawanku Guide 2024/2025 and RIA Framework to practise financial planning to reach their retirement goals. Watch Agenda AWANI 9 pm tonight.
#AWANIRingkas 21 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 21 Januari 2025
1️⃣ Suspek keenam pukul OKU direman tiga hari
2️⃣ Lima lagi barangan di bawah Skim Harga Maksimum Perayaan
3️⃣ SPRM beku 98 akaun syarikat, individu bernilai RM22 juta
#awaniringkas
1️⃣ Suspek keenam pukul OKU direman tiga hari
2️⃣ Lima lagi barangan di bawah Skim Harga Maksimum Perayaan
3️⃣ SPRM beku 98 akaun syarikat, individu bernilai RM22 juta
#awaniringkas
Masters Indonesia: Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan kedua
Pasangan yang berada di ranking kelima dunia itu tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan straight set 21-13, 23-21.
Pendekatan Trump mungkin ambil masa setahun tunjuk hasil - Penganalisis
Pentadbiran Trump menghantar dua isyarat segera: 'Amerika kembali berurusan seperti biasa' dan 'Amerika serius dalam berurusan.'
[INFOGRAFIK] Pelan Hari Pertama Trump Kembali Ke White House
Berikut adalah info berkenaan dengan pelan hari pertama Trump kembali ke White House.
Belum ada keputusan mengenai representasi Najib untuk gugurkan pertuduhan
Pejabat Peguam Negara belum memutuskan mengenai representasi Najib bagi menggugurkan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International.
Permohonan Najib bagi semakan sabit kes SRC kini ditetapkan sehari pada 19 Jan
Sebelum ini mahkamah menetapkan tiga hari iaitu pada 19, 20 dan 26 Jan untuk mendengar permohonan semakan bekas Perdana Menteri itu.
Rayuan SRC: Muhammad Shafee tampil pada saat akhir mohon penangguhan, namun ditolak mahkamah
Panel hakim menolak permohonan Hisyam Teh yang menjemput Muhammad Shafee kembali bersama pasukan pembelaan.
Rayuan kes SRC: Firma guaman nafi tarik diri wakili Najib
Firma guaman yang baharu dilantik untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan terakhir kes SRC International Sdn Bhd menafikan dakwaan bahawa ia akan menarik diri.
Kes SRC International: 'Saya sedia hadapi ujian dengan tenang dan reda' - Najib
Najib bersedia menerima apa sahaja keputusan berhubung sabitan salah dan hukuman atas tujuh kesalahan penyelewengan dana.
Kes SRC International: Mahkamah Rayuan tolak permohonan masukkan bukti baharu
Ia selepas panel tiga hakim mendapati Najib gagal menunjukkan bukti itu adalah perlu dan tiada keadaan istimewa bagi membolehkan ia diterima mahkamah.
Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh perbicaraan bagi bela diri kes SRC
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan perbicaraan untuk membela diri dalam kes SRC International.
Adakah kes 1MDB dihadapi Najib bermula Isnin?
Pada Isnin, perbicaraan 1MDB Najib, yang juga dikenali sebagai perbicaraan Tanore dijadualkan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.