PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bagi membatalkan sembilan daripda 13 pertuduhan yang dihadapinya.
Tiga daripadanya ialah tuduhan rasuah dan enam tuduhan pengubahan wang haram.
Bagaimanapun, bekas Pengerusi Tabung Haji itu dilepas dan dibebaskan daripada baki empat tuduhan pengubahan wang haram.
Berikut kronologi kes pertuduhan dihadapi Abdul Azeez:
5 Sept 2022:
Mahkamah Rayuan tolak rayuan Abdul Azeez bagi membatalkan tiga tuduhan rasuah dan enam tuduhan pengubahan wang haram dihadapi.
Bekas Pengerusi Tabung Haji itu dilepas dan dibebaskan daripada baki empat tuduhan pengubahan wang haram.
Keputusan sebulat suara oleh panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.
Perbicaraan kes Abdul Azeez di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur diteruskan bagi sembilan pertuduhan pada 7 Sept.
26 Ogos 2022:
Keputusan rayuan untuk membatalkan 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram ditangguhkan lagi ke 5 September 2022 Mahkamah Rayuan.
1 Julai 2022:
Pasukan pembelaan mohon keputusan rayuan batal 13 tuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram di Mahkamah Rayuan, ditangguhkan.
Peguam, Amer Hamzah Arshad, berkata ia bagi memberi ruang dan masa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap penemuan fakta serta bukti baharu kes itu yang diserahkan oleh pihaknya kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
23 Jun 2022:
Abdul Azeez mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menarik balik pertuduhan.
12 Mac 2021:
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tolak permohonan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim batalkan 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan perkara itu selepas mendapati pertuduhan adalah sempurna dan tidak cacat.
Mahkamah Tinggi juga benar permohonan Abdul Azeez untuk menangguhkan perbicaraan kesnya di Mahkamah Sesyen sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Tujuh saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan.
18 Dis 2020:
Abdul Azeez mohon batalkan 12 pertuduhan menerima rasuah serta pengubahan wang haram yang dihadapinya.
Permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi11 Disember, Mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes berhubung permohonan itu pada 23 Dis.
12 Dis 2019:
Perbicaraan kes rasuah Abdul Azeez ditetapkan bermula pada 16 Mac 2020 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi tetap 13 hari bermula 16 hingga 20 Mac; 1 hingga 3 April ; 18 hingga 20 Mei serta 29 dan 30 Jun 2020 untuk perbicaraan.
28 Nov 2019:
Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan pihak pendakwaan memindahkan kes Abdul Azeez dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
27 Mac 2019:
Mahkamah Sesyen KL menetapkan sebutan semula kes rasuah dan pengubahan wang haram Abdul Azeez A pada 21 Jun.
16 Jan 2019:
Abdul Azeez mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta.
Mahkamah membenarkan Abdul Azeez diikat jamin RM800,000.
Ahli Parlimen Baling itu hadapi tiga tuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram mencecah jutaan ringgit.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009, dibaca bersama seksyen 16(a)(A) dan seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.
Perbuatan didakwa dilakukan di Bank CIMB cawangan Menara UAB pada 8 Disember 2010 dan Affin Bank Berhad, Setiawalk, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 serta 10 April 2018.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abdul Azeez didakwa melakukan kesalahan itu di Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.
Astro Awani
Mon Sep 05 2022

Mahkamah Rayuan menolak rayuan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bagi membatalkan tiga tuduhan rasuah dan enam tuduhan pengubahan wang haram dihadapinya - Gambar fail
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Kronologi kes rasuah, pengubahan wang haram Azeez Rahim
Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bagi membatalkan sembilan daripda 13 pertuduhan yang dihadapinya.