KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan membuat beberapa pindaan bagi proses pengiktirafan terhadap kesatuan sekerja untuk memberi ruang kepada pekerja memperjuangkan hak mereka dan mendapat keadilan.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata perkara itu akan diberi perhatian oleh kerajaan memandangkan ada dalam kalangan majikan enggan mengiktiraf kesatuan sekerja di tempat mereka.
"Saya difahamkan terdapat kes-kes yang majikan enggan mengiktiraf kesatuan sekerja yang diterajui oleh pekerja dan ini merumitkan lagi usaha pekerja dalam memperjuangkan hak mereka," katanya ketika berucap pada Fiesta di Ambang Malam Hari Pekerja anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di sini pada Ahad.
Pada masa yang sama, katanya kerajaan juga sedang mengkaji beberapa isu lain termasuk gaji kehidupan wajar, pencen pekerja swasta, jaminan pekerjaan, isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta isu perlindungan pekerja asing.
Sivakumar berkata kerajaan akan berusaha menyelesaikan isu berkenaan sebaiknya sekali gus memastikan semua pekerja di negara ini mendapat perlindungan dan keistimewaan yang setimpal dengan sumbangan mereka.
"Isu perlindungan pekerja asing juga memerlukan perhatian dan tindakan lebih lanjut. Kita perlu memastikan bahawa semua pekerja asing di negara ini dilindungi oleh undang-undang dan diberikan hak yang sama seperti pekerja tempatan," katanya.
Beliau berkata selain itu, kerajaan akan bekerjasama dengan majikan yang perlu memastikan golongan pekerja berpendidikan rendah diberikan peluang untuk meningkatkan taraf pendidikan serta kemahiran kerja melalui latihan dan kursus.
Langkah itu bagi membantu meningkatkan kemahiran pekerja berkenaan selain memberi mereka peluang mengisi jawatan yang lebih baik serta gaji yang lebih tinggi.
Pada masa sama, beliau turut menyeru semua majikan di negara ini agar menghormati hak pekerja dan memastikan mereka dapat bekerja dalam persekitaran yang selamat dan kondusif.
"Kerajaan akan terus memperkenalkan dasar-dasar dan perubahan undang-undang yang memastikan keselamatan, kesejahteraan dan hak-hak pekerja dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 30 2023

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata perkara itu akan diberi perhatian oleh kerajaan memandangkan ada dalam kalangan majikan enggan mengiktiraf kesatuan sekerja di tempat mereka. - Foto fail/BERNAMA
Gabungan pemimpin berpengalaman dan belia kukuhkan PN
Perikatan Nasional (PN) YAKIN Gabungan kepimpinan berpengalaman bersama barisan anak muda dapat memeperkukuhkan lagi kedudukannya.
Angkat martabat, selesaikan masalah rakyat
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee menyatakan rakyat Sabah bijak dalam menentukan masa depan politik mereka.
Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer dengan kos RM600 juta yang menghubungkan pulau Bruit ke Matu dan Daro bertujuan meningkatkan akses darat bagi penduduk kawasan luar bandar.
462 diperiksa, 139 PATI ditahan sekitar Tawau dan Semporna
Seramai 462 orang diperiksa dan 139 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan melalui OP Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah sekitar daerah daerah Tawau dan Semporna pada Jumaat dan Sabtu.
ATM perkukuh semangat patriotik penduduk Pantai Timur Sabah
Program kenegaraan dalam kalangan penduduk Pantai Timur Sabah anjuran ATM menekankan pengisian kesedaran keselamatan serta pengukuhan nilai-nilai patriotik dan cintakan tanah air.
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

ADUN Air Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Kuning, Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Majikan dibenar menggaji pekerja asing diberhentikan majikan lama - KSM
KSM menggesa para majikan untuk memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dalam penawaran dan pengisian kekosongan yang ada.