REMBAU: Kementerian Sumber Manusia (KSM) sentiasa komited menyelesaikan isu ketidakpadanan pekerjaan mengikut keperluan industri terutama dalam kalangan siswazah, kata Timbalan Menterinya Datuk Mustapha Sakmud.
Beliau berkata pada masa ini ekonomi negara berada dalam keadaan baik dengan banyak peluang pekerjaan ditawarkan, namun ada yang tidak dapat dipenuhi berkemungkinan kerana kelayakan pencari kerja tidak padan dengan permintaan.
Justeru, katanya pelbagai inisiatif dilakukan agensi di bawah KSM termasuk melalui pelbagai program karnival kerjaya, Program Bina Kerjaya Pekerja Sektor Tidak Formal dan Pelanjutan Insentif Penggajian Secara Bersasar.
"Kita dapat lihat kerja memang banyak, cuma isunya siswazah dilahirkan mungkin tidak padan dengan permintaan industri, sebab itu kita cuba untuk padankan melalui beberapa insitiatif itu. Saya rasa di peringkat universiti pun dah mulakan supaya apa-apa dibuat mesti dipacu industri.
"Jadi kita tahu apa yang dimahukan industri, kita tak mahu banyak kerja kosong tapi tidak bersesuaian dengan sijil, diploma atau ijazah yang dimiliki, berlaku ketidakpadanan... itu yang kita cuba kurangkan," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya MyFutureJobs X Siswa MADANI Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2023, yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM Prof Dr Mohd Sazili Shahibi di sini pada Jumaat.
Mustapha berkata beberapa agensi seperti TalentCorp sebelum ini juga giat melaksanakan program di universiti tempatan seluruh negara bagi membuat pemprofilan pemadanan mengikut keperluan industri.
"Kalau tak padan dengan ijazah mereka, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ada laksanakan program bina kerjaya sektor tak formal, walaupun menganggur dan sijil tak padan, kita latih mereka selama tiga ke enam bulan supaya dapat diserap dalam tenaga kerja mahir," katanya.
Dalam pada itu, Mustapha berkata program karnival kerjaya yang diadakan hari ini bertujuan membantu siswazah dan pelajar tahun akhir khususnya pencari kerja mendapatkan pekerjaan sesuai dengan kelayakan yang dimiliki.
Beliau berkata karnival itu juga julung kali dikelolakan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan sekali gus memberi peluang kepada mereka menganalisis keperluan majikan pada masa akan datang.
"Secara keseluruhannya di Negeri Sembilan, Program Karnival Kerjaya MyFuturejobs untuk tahun ini menawarkan 8,300 peluang pekerjaan dan setakat ini 6,100 individu berjaya mengisi pekerjaan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023

KSM sentiasa komited menyelesaikan isu ketidakpadanan pekerjaan mengikut keperluan industri terutama dalam kalangan siswazah, kata Timbalan Menterinya Datuk Mustapha Sakmud. - Foto fail/BERNAMA

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
Ia bagi memastikan perlindungan 24 jam sehari dalam tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian.

Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.

KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.

Kesuma komited pastikan keselamatan pekerja di tempat kerja sentiasa terjamin
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) komited untuk memastikan keselamatan pekerja ketika berada di tempat kerja sentiasa terjamin.

Lebih 600,000 pekerja di Malaysia mungkin terkesan dengan AI dalam tempoh 5 tahun
Lebih 600,000 Pekerja Di Malaysia Mungkin Terkesan Dengan AI Dalam Tempoh 5 Tahun

Perkeso kuat kuasa had siling gaji baharu untuk caruman berkuat kuasa hari ini
Perkeso akan menguatkuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan, mulai hari ini.

Empat perundangan di bawah KESUMA kuat kuasa esok
Empat perundangan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan mula berkuat kuasa esok bagi menambah baik prinsip kebebasan berkesatuan dan perundangan kolektif.

Belanjawan 2025: KESUMA tumpu perkasa institusi TVET di bawah kementerian
Kementerian Sumber Manusia menumpukan agenda memperkasakan institusi TVET di bawah kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.

Dewan Negara lulus dua RUU di bawah KESUMA
RUU itu masing-masing diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Lebih 300 majikan mohon sertai projek rintis Dasar Gaji Progresif
Kementerian Sumber Manusia menerima 362 permohonan daripada majikan yang ingin menyertai projek rintis Dasar Gaji Progresif sejak diperkenalkan.