KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang memperincikan model serta kaedah pelaksanaan perintah gaji minimum 2022 termasuk menentukan jenis perusahaan, jenis pekerjaan dan penggajian yang boleh melaksanakan perintah gaji minimum RM1,500 secara berperingkat.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata perincian model serta kaedah itu akan dibentang pada mesyuarat Jemaah Menteri akan datang dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.
"Kementerian memahami kegusaran golongan peniaga kecil dan sederhana apabila nilai paras gaji minimum dinaikkan kepada RM1,500 kelak, jadi kami akan adakan perbincangan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam masa terdekat sebelum sesuatu ketetapan dapat dicapai bagi pelaksanaan perintah gaji minimum ini.
"Kementerian juga telah merancang strategi dan pelan tindakan bagi memastikan agenda pelaksanaan gaji minimum dapat membantu rakyat untuk meningkatkan pendapatan serta menampung keperluan asas," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu, pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Bagi memastikan kadar gaji minimum itu dipatuhi semua majikan termasuk masyarakat di luar bandar, beliau berkata Seksyen 43 Akta Majlis Perlindungan Gaji Negara (Akta 372) menggariskan bahawa majikan yang tidak membayar gaji pokok sebagaimana dinyatakan perintah gaji minimum boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja, jika sabit kesalahan.
Katanya dalam hal ini, Akta 372 memberi kuasa kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk menjalankan penguatkuasaan dan penyiasatan berhubung pelaksanaan gaji minimum itu.
"Aktiviti penguatkuasaan ini bukan sahaja dijalankan kepada pihak industri malah ia merangkumi semua majikan swasta di Malaysia termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga terlibat.
"Sehubungan itu, semua majikan swasta dikehendaki mematuhi perintah gaji minimum yang baharu ini," katanya dan memberitahu pelaksanaan gaji minimum itu dijangka dapat menyumbang kepada pendapatan isi rumah yang lebih tinggi.
Beliau berkata ini adalah sebahagian inisiatif kerajaan untuk meningkatkan sumbangan pampasan pekerja terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 40 peratus selain bagi mencapai sasaran gaji penengah bulanan RM2,900 menjelang 2025 menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
"Pelaksanaan gaji minimum ini adalah selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang menggariskan tiga teras utama iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dan peningkatan gaji minimum baharu akan dapat merangsang ekonomi domestik melalui peningkatan kuasa beli pekerja.
"Secara tidak langsung, ia akan memberi suntikan kepada ekonomi domestik dan memberi semula pulangan manfaat kepada majikan. Kerajaan turut menggalakkan amalan sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti berlandaskan penciptaan dan perkongsian kekayaan bersama antara majikan dan pekerja," kata Awang.
BACA: Gaji minimum RM1,500 akan dilaksanakan mulai Mei ini - PM Ismail Sabri
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan di seluruh negara mulai 1 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata perincian model serta kaedah itu akan dibentang pada mesyuarat Jemaah Menteri akan datang dengan mengambil kira kepentingan semua pihak. - Gambar fail/BERNAMA
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Majikan dibenar menggaji pekerja asing diberhentikan majikan lama - KSM
KSM menggesa para majikan untuk memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dalam penawaran dan pengisian kekosongan yang ada.