IPOH: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali mendahului senarai 212 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang disambut hari ini.
Mohd Zuki, 60, yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-15 pada 1 Jan 2020, dikurniakan Darjah Dato' Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (Bersara) Datuk Seri Diraja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima kepada Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain@ Abd Rasid.
Beliau berkata sempena hari keputeraan tahun ini, baginda juga berkenan mengurniakan Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak.
Katanya Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 15 penerima termasuk Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Perak Abdul Rahman Thobroni Mohd Mansor.
Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan kepada lima penerima termasuk Ketua Cawangan Khas Perak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Shazeli Kahar dan Inspektor Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Laksamana Muda Abd Halim Shaari.
Seramai tujuh individu dikurniakan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM), 23 orang menerima Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), 16 menerima Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM), 45 menerima Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), 47 menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 41 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan 10 menerima Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).
"Secara keseluruhannya, jumlah penerima Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak yang telah mendapat perkenan Sultan Perak untuk dikurniakan pada tahun ini adalah berjumlah 212 orang," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mohd Zahidi berkata jumlah penerima Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak kali ini agak terhad dan hanya mereka yang benar-benar layak serta memenuhi kriteria ditetapkan telah diperkenan oleh Sultan Perak untuk dikurniakan darjah kebesaran dan pingat.
"Rakyat diseru untuk bersama-sama meraikan dan menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak dengan mengibarkan bendera negeri di bangunan-bangunan pejabat, perniagaan dan kediaman masing-masing.
"Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan oleh Sultan Perak," katanya.
Beliau berkata sambutan kali ini akan dimulakan dengan majlis kesyukuran iaitu bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar sewaktu Solat Jumaat yang turut diadakan di semua masjid daerah di seluruh Perak dengan diketuai Orang Besar Jajahan dan Pegawai Daerah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 04 2022

Mohd Zuki dikurniakan Darjah Dato' Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri. - Gambar fail
Pemukiman Menteri Ekonomi fokus pengukuhan integrasi dagangan
Pengukuhan integrasi ekonomi serantau menjadi agenda utama Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN tahun ini.
Meta Platforms dilapor bangunkan projek bernilai 200 bilion dolar
Meta Platforms dalam perbincangan membangunkan pusat data baharu bagi projek kecerdasan buatannya bernilai lebih 200 bilion Dolar.
Japan Post rancang jual pegangan dalam Japan Post Bank
Japan Post Holdings merancang menjual sahamnya dalam Japan Post Bank dianggarkan berjumlah kira-kira 600 bilion Yen bersamaan 4.02 bilion dolar Amerika.
Pasaran harta tanah 2024 rekod prestasi luar biasa
Pasaran harta tanah pada 2024 merekodkan prestasi luar biasa dengan bilangan dan nilai transaksi harta tanah mencecah rekod tertinggi sepanjang tempoh sedekad.
Maybank yakin pertumbuhan malaysia signifikan
Dalam sidang media berkaitan, presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Khairussaleh Ramli berkata Malaysia bakal merekodkan pertumbuhan signifikan bagi tahun 2025.
BPMB sedia pembiayaan projek rumah mampu milik di Pulau Pinang
Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) memeterai perjanjian Kemudahan Pembiayaan Tawarruq berjumlah RM18.5 juta bersama Firma Atasan Sdn Bhd bagi menyokong fasa pertama Projek Perumahan Mampu Milik Juru Hills di Pulau Pinang.
Pemberhentian Khalijah tidak jejas keyakinan pelabur, pemegang taruh
Dalam pada itu, Datuk Khairussaleh berkata, penamatan khidmat Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Maybank Khalijah Ismail tidak akan menjejaskan keyakinan pelabur dan pemegang taruh.
Maybank catat rekod keuntungan bersih RM10.09 bilion
Kumpulan Maybank mengumumkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 7.9 peratus kepada rekod RM10.09 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

PM Anwar bidas pihak nasihat beliau 'jangan berjalan banyak sangat'
Beliau menjelaskan bahawa Malaysia memerlukan pelaburan untuk menyelesaikan masalah pekerjaan dan meningkatkan keupayaan ekonomi negara serta rakyatnya.

Dua maut akibat mesin meletup, JKKP keluar notis larangan kerja
Larangan berkaitan aktiviti kerja di mesin centrifugation serta pengoperasian di seluruh lokasi kemalangan di kilang terbabit berkuat kuasa sehingga siasatan selesai.

Gaji rendah punca simpanan KWSP tidak mencukupi - Pengerusi
Struktur gaji rendah di Malaysia menjadi faktor utama jumlah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mencukupi.

Mohd Zuki dilantik pengerusi KWSP baharu
Mohd Zuki menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang telah memegang jawatan Pengerusi KWSP sejak 1 Mei 2020.

Agong berkenan terima menghadap KSN baharu
Shamsul Azri yang merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dilantik sebagai KSN ke-16 berkuat kuasa semalam.

Persaraan ini hadiah istimewa sempena hari lahir saya - Mohd Zuki
Mohd Zuki sifatkan persaraannya sebagai Ketua Setiausaha Negara dan penjawat awam esok sebagai hadiah istimewa sempena hari lahirnya.

Ketua Pengarah UKAS, Datuk Seri Shamsul Azri dilantik sebagai KSN baharu
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, pelantikan itu telah mendapat perkenanan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Jawatankuasa Khas Tertinggi setuju kaji keberkesanan PPAM - Mohd Zuki
Jawatankuasa Khas Tertinggi Perumahan Penjawat Awam bersetuju agar satu kajian dilaksanakan bagi menilai keberkesanan pelaksanaan skim itu.

PM Anwar akui hilang tonggak penting perkhidmatan awam dengan persaraan Mohd Zuki
Mohd Zuki yang akan bersara bermula Sabtu ini secara konsisten memberi nasihat, cadangan dan pandangan untuk kebaikan perkhidmatan awam dan negara.

Masalah obesiti dalam kalangan penjawat awam, aktiviti sihat perlu dirancakkan - Mohd Zuki
Mohd Zuki berkata aktiviti itu perlu kerana masalah obesiti dalam kalangan rakyat melebihi 50 peratus dan kebanyakan melibatkan penjawat awam di Putrajaya.

Kerajaan umum RM6 juta peruntukan tambahan untuk bangunkan koperasi
Dana itu akan disalurkan melalui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yang akan melibatkan pelbagai inisiatif.

Rasuah dalam jabatan: SPRM akan bincang dengan KSN, KPPA - Azam Baki
SPRM akan adakan perbincangan dengan JPA dan Ketua Setiausaha Negara berkenaan mekanisme pelaporan isu bekaitan rasuah oleh ketua jabatan.