Tan Sri Ali Hamsa akan mendapatkan fakta daripada Pejabat Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan mengenai isu penjualan tanah kerajaan di Sungai Jinjang.
Tegas Ketua Setiausaha Negara itu, ia penting sebelum memaklumkan sebarang penjelasan kepada dakwaan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng kepadanya mengenai isu terbabit.
"Perlu dapatkan fakta terlebih dulu daripada PTG WP. Isnin ini saya akan memaklumkan MP Kepong," katanya dalam pesanan WhatsApp kepada Astro AWANI pada Sabtu.
BACA: Ali Hamsa perlu jelaskan isu penjualan tanah di Sungai Jinjang - MP Kepong
Pada Sabtu, Lip Eng meminta Ali memberi penjelasan mengenai isu penjualan tanah kerajaan di Sungai Jinjang, Mukim Batu pada harga rendah tanpa tender terbuka.
Tegas Lip Eng, tanah rizab seluas 32 hektar itu dijual kepada sebuah syarikat swasta pada 2015 dan dibangunkan kondominium mewah di kawasan terbabit.
Lip Eng mendakwa pejabat tanah Wilayah Persekutuan telah menjual tanah tersebut kepada sebuah syarikat yang dipercayai milik ahli UMNO pada harga RM68 setiap kaki persegi.
Harga tersebut itu juga katanya lebih rendah berbanding harga pasaran pada 2015, iaitu RM250 setiap kaki persegi.
Katanya, tanah itu kemudian sekali lagi dijual kepada syarikat swasta yang bekerjasama dengan sebuah syarikat dari China untuk membangunkan kondominium mewah itu.
Astro Awani
Sat Jun 16 2018

ALI HAMSA: Akan memaklumkan kepada MP Kepong selepas mendapat fakta tentang penjualan tanah di Sungai Jinjang pada Isnin nanti. - BERNAMA/Fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Saman fitnah: Ahli Parlimen Kepong dapat tangguh bayar ganti rugi RM2 juta
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng hari ini dapat menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi supaya beliau membayar ganti rugi RM2 juta dalam saman fitnah.

Ahli Parlimen Kepong fail permohonan tangguh bayar ganti rugi RM2 juta
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan keputusan mahkamah supaya beliau membayar ganti rugi RM2 juta dalam saman fitnah.

Dakwa Annuar Musa langgar SOP: Mohon maaf atau saya buat laporan polis - MP Kepong
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa digesa untuk memohon maaf dan menerima hukuman atas tindakannya yang didakwa melanggar peraturan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP.

Pembinaan unit rumah ganti akan bermula minggu ini - Ahli Parlimen Kepong
Terdapat salah faham yang membuat pembinaan rumah yang dijanjikan sepatutnya bermula April, hanya boleh bermula minggu ini.

Kursus bahasa untuk ahli Parlimen tak dapat kredit BM - Lim Lip Eng
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata kursus itu tidak semestinya dijalankan secara berterusan.

Individu tawar RM10,000 untuk sesiapa berjaya jejak Jamal
Misteri kehilangan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendapat perhatian netizen yang ingin membantu menjejak beliau.