KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menggesa agar pelaksanaan subsidi secara bersasar di bawah Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) disegerakan agar dapat membantu kerajaan mengukuhkan kedudukan fiskal negara.
Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata, sekiranya subsidi pukal dapat dikurangkan dan seterusnya dihentikan, ia bukan sahaja akan membantu kerajaan dari segi penjimatan awam tetapi juga dapat mengekang ketirisan dari segi penyelewengan dan penyeludupan.
Selain itu, pelaksanaan subsidi bersasar juga akan dapat membantu kerajaan mencapai sasaran untuk menurunkan defisit fiskal kepada 3.5 peratus menjelang 2025 berbanding 5.6 peratus pada tahun lepas.
"Saya percaya sebesar manapun penguasaaan, ia tidak akan dapat menghalang ketirisan subsidi ini daripada terus berlaku di masa akan datang sekiranya perbezaaan harga subsidi dan harga sebenar di pasaran adalah besar," katanya sewaktu membahaskan usul KSP RMK12 di Dewan Rakyat, pada Selasa.
Pada tahun lepas, kerajaan membelanjakan sejumlah RM77.3 bilion untuk subsidi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG), minyak masak paket, elektrik, ayam, telur dan lain-lain.
Kerajaan mengunjurkan sejumlah RM64 bilion akan dibelanjakan untuk subsidi bagi tahun ini.
Pada ucapan Belanjawan 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan negara menanggung kerugian sebanyak RM10 bilion berikutan penyelewengan dan penyeludupan barangan bersubsidi.
Sementara itu, Johari turut menggesa agar kestabilan politik dapat dicapai untuk memberi peluang kepada kerajaan melaksanakan dasar KSP RMK12, termasuk subsidi bersasar dengan segera tanpa perlu menangguhkannya lagi.
"Dasar subsidi bersasar ini tidak popular tetapi (ia) akan memberi tekanan kepada kerajaan.
"Dengan kekuatan kerajaan (pada masa) ini, saya percaya kita perlu mengharungi kesukaran jangka pendek ini bagi manfaat jangka panjang," katanya.
Dalam pada itu, Johari menjelaskan penguncupan defisit fiskal yang diunjurkan pada 3.5 peratus menjelang 2025 dijangka mampu menyuntik keyakinan pelabur asing untuk melabur di Malaysia, sekali gus melonjakkan permintaan ringgit.
Beliau berkata kedudukan fiskal yang lebih baik secara tidak langsung menunjukkan kemampuan kerajaan dalam mentadbir negara dan juga keupayaan membayar semula faedah hutang.
Selain desifit fiskal, katanya, peralihan ringgit turut dipengaruhi oleh beberapa faktor ekonomi lain seperti kestabilan politik, pengurusan ekonomi yang baik, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mampan, pengurusan kadar dasar semalaman, penarafan kredit serta aliran masuk dan keluar modal.
"Apa yang kita perlu lakukan dalam tempoh 5-10 tahun akan datang adalah memastikan asas ekonomi negara terus kukuh kerana ia akan memberi kesan kepada negara (pada masa ini) dan juga generasi akan datang.
"Secara teorinya, memang benar penyusutan ringgit mampu bantu melonjakkan eksport negara dengan menjadikan kos eksport lebih rendah, tetapi kita perlu sedar bahawa kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global yang juga memerlukan kita untuk mengimport barangan perantaraan.
"Penyusutan ringgit akan menyebabkan kos import barangan perantaraan meningkat sekali gus mejadikan barangan eksport negara tidak kompetitif," kata Johari. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023

Datuk Seri Johari Abdul Ghani menggesa agar pelaksanaan subsidi secara bersasar di bawah Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) disegerakan agar dapat membantu kerajaan mengukuhkan kedudukan fiskal negara. - Gambar fail BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Dewan Negara lulus usul KSP RMK12
Mesyuarat Khas Dewan Negara hari ini meluluskan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12 dengan lebih suara bersetuju.

PM Anwar gulung Kajian Separuh Penggal RMK12 petang ini
KSP RMK12 memperkenalkan 17 anjakan utama sebagai pemangkin utama melalui 71 strategi dan inisiatif utama bagi menghasilkan keberhasilan yang disasarkan.

3R: PDRM ambil tindakan berdasarkan tatacara dan peraturan
Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan membabitkan isu 3R adalah berdasarkan tatacara dan peraturan yang termaktub.

Kedah sedia tawar tanah untuk kilang pemprosesan REE - Sanusi
Kedah bersedia menawarkan beberapa kawasan tanah di negeri itu bagi membina kilang pemprosesan REE susulan rancangan kerajaan Persekutuan untuk membangunkan dasar larangan eksport bahan mentah itu.

KSP RMK12: Segerakan subsidi bersasar untuk perkukuh fiskal negara - Johari
Pengurangan subsidi pukal membantu kerajaan dari segi penjimatan awam dan juga mengekang ketirisan dari segi penyelewengan dan penyeludupan.

Kajian Separuh Penggal RMKe-12 merangkumi 17 anjakan radikal - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata anjakan-anjakan tersebut akan memberikan cara keluar daripada masalah yang sudah timbul dalam Rancangan Malaysia sebelum ini.

Dasar, inisiatif bakal diumum dalam KSP RMKe-12 berpandukan keperluan, keutamaan rakyat - PM
Perdana Menteri berkata dasar dan inisiatif berkenaan juga berpandukan kepada permasalahan, keperluan dan keutamaan rakyat, komuniti perniagaan serta kesemua negeri.

Kerajaan teliti isu kemiskinan secara lebih mikro - Mohd Radzi
Berdasarkan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi RMK11, wujud keperluan untuk mengkaji semula bukan sahaja Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), tetapi juga dalam pelbagai aspek lain.

Peruntukan lebih kecil tidak jejas perkembangan industri halal negara
Beliau berkata inisiatif untuk mengembangkan industri halal akan ditingkatkan dengan kerjasama daripada negeri-negeri yang memberi penekanan kepada industri halal seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Tok Pa belum buat keputusan sertai PH
Mustapa mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Jeli yang menerima keputusannya sebagai ahli Parlimen Bebas selepas keluar UMNO-BN.