Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi bersara hari ini, setelah berkhidmat lebih 35 tahun dalam perkhidmatan awam.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini, berkata 'Majlis Send Off' diadakan di Dataran Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan pada 4 petang tadi, bagi memberi penghargaan terakhir kepada Abdul Rahim yang menamatkan tempoh perkhidmatannya secara rasmi hari ini.
Majlis dimulakan dengan Abdul Rahim menyentuh e-Rakam di laluan keluar bangunan Wisma Pertahanan, secara simboliknya menandakan bahawa telah tamat waktu bertugas sebagai ketua setiausaha di kementerian itu.
"Beliau turut diberi penghormatan penuh dengan menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat daripada Rejimen Pertama Askar Melayu Diraja diketuai Mejar Mohd Izham Ahmad Rashidi," menurut kenyataan itu.
Kawalan berkenaan turut diiringi Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia.
Turut hadir pada majlis itu adalah Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Raja Mohd Affendi Raja Mohd Noor, panglima-panglima perkhidmatan, timbalan-timbalan Ketua Setiausaha kementerian, pegawai kanan tentera dan awam serta penjawat awam yang lain.
Abdul Rahim, 61, mengambil alih tugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan bermula 8 Dis 2014 menggantikan Datuk Seri Ismail Ahmad yang bersara.
Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya dan bermula sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 3 Jan 1983, serta berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran, pengurusan keselamatan dan hubungan antarabangsa.
Antara jawatan penting yang pernah disandang adalah Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Dalam Negeri, sebelum menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.
Bernama
Thu May 31 2018

Abdul Rahim, 61, mengambil alih tugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan bermula 8 Dis 2014 menggantikan Datuk Seri Ismail Ahmad yang bersara. - Gambar fail

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

KSU Kementerian Pertahanan bersara hari ini
Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi bersara hari ini, setelah berkhidmat lebih 35 tahun dalam perkhidmatan awam.

Pindah kementerian jika terlibat rasuah - Hishammuddin
Warga Kementerian Pertahanan yang didapati bersalah melakukan rasuah akan diarah tukar kementerian.

Kadar penembusan jalur lebar Malaysia capai 67.3%
Kadar penembusan jalur lebar di Malaysia semakin meningkat dengan angka semasa kini mencecah 67.3 peratus.

KDN isytihar Pertubuhan Syiah Malaysia menyalahi undang-undang
Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata keputusan itu dibuat Menteri Dalam Negeri berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.