Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan beberapa langkah penambahbaikan terhadap perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dilakukan bagi meningkatkan keselesaan pengguna pengangkutan awam di negara ini.
Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi blognya berkata, tiga cadangan yang dikemukakan kepada presiden KTMB telah dilaksanakan dengan serta-merta.
"Terima kasih kepada Presiden KTMB, Leftenan Kolonel (B), Haji Sarbini Tijan atas tindakan pantas yang diambil.
"Ini akan dapat membantu rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dengan lebih selesa," katanya di sini, pada Khamis.
Najib mengemukakan cadangan itu selepas melakukan lawatan ke Stesen Sentral di sini pada Rabu.
Antara cadangan yang disuarakan perdana menteri termasuk penambahan kaunter tiket, penambahan dua kakitangan di kaunter tiket serta tambahan kaunter pada hujung minggu.
Susulan gesaan itu, KTMB telah menambah dua lagi kaunter tiket, masing-masing satu untuk bahagian utara dan selatan.
Pada masa sama, dua kakitangan tambahan ditugaskan ke setiap bahagian untuk pengeluaran tiket secara manual menjadikan jumlah kaunter keseluruhan bertambah daripada enam kepada 12.
Selain itu, KTMB akan menambah dua lagi kaunter di setiap satu bahagian menjelang hujung minggu ini menjadikan jumlah keseluruhan kaunter sebanyak 16 berbanding 6 yang ada kini.
Zef Othman
Thu Aug 06 2015

NAJIB: Ini akan dapat membantu rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dengan lebih selesa. -Gambar fail

PM arah PETRA kemuka cadangan cara manfaatkan air hujan
Fadillah menyatakan bahawa kajian dan cadangan mengenai perkara ini sudah dilaksanakan dan akan dikaji untuk pelaksanaan projek.

Peniaga warga emas rugi RM300,378 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan pelaburan mata wang kripto di laman web Silegx dan membuat beberapa transaksi sebelum menyedari dia ditipu.
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Warga emas pukul isteri, mengaku tidak bersalah
Warga emas, 76 tahun, mengaku tidak bersalah selepas dituduh memukul isterinya yang berusia 70 tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Kes kewarganegaraan anak lahir di luar negara oleh ibu rakyat Malaysia capai penyelesaian
Mahkamah Persekutuan mencapai persetujuan bahawa kanak-kanak ini boleh memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan representasi Najib kes dana SRC 6 Mei ini
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Mei ini bagi keputusan representasi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas - Dr Dzulkefly
Penolong Pegawai Perubatan (PPP) akan diberikan kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.

Dua remaja maut dilanggar: Pemilik rakaman 'dashcam' belum tampil - Polis
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kerjasama mereka amat penting bagi memudahkan proses siasatan dilakukan.
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.

Polis Kedah pantau terminal bas sempena Tahun Baru Cina
Penumpang akan dipastikan mempunyai surat kebenaran polis sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan dan sekiranya tiada, mereka akan terus dikompaun dan diarah patah balik.

Seorang pekerja ERL positif COVID-19
Kenyataan ERL menyebut syif terakhir pekerja itu bertugas ialah pada 16 Jan lepas di Stesen Transit KLIA Bandar Tasik Selatan.

Piala Malaysia: Sanggup 'berkhemah' di stadium demi tiket final
Lebih 50 penyokong Kedah telah berkumpul dipercayai sejak jam 8 malam walaupun hujan turun dengan lebat terutama di daerah Kota Setar lewat petang Rabu.

Final Malaysia vs Thailand: Penyokong rempuh pagar, kaunter tiket ditutup
Keadaan diburukkan lagi apabila Kaunter Tiket B juga terpaksa ditutup berikutan berlaku kesesakan teruk.

KTMB laksana 3 saranan PM
Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi akaun Facebook rasminya berkata, tiga cadangan yang dikemukakan kepada presiden KTMB telah dilaksanakan dengan serta-merta.