KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan tambahan empat unit tren elektrik (ETS) bagi laluan antara Stesen Kuala Lumpur KL Sentral ke Padang Besar dan KL-Sentral ke Butterworth sempena Hari Raya Aidiladha ini.
Menurut KTMB, penambahan itu membabitkan tren ETS 9283 dari Padang Besar-KL Sentral dan tren 9286 dari KL Sentral-Padang Besar, serta tren ETS 9181 dari Butterworth-KL Sentral dan destinasi sebaliknya.
"Tren-tren tambahan ini akan beroperasi selama enam hari bermula 27 Jun hingga 2 Julai. Sebanyak 24 perkhidmatan tambahan ditawarkan untuk tempoh yang dinyatakan.
"Ini menjadikan jumlah keseluruhan perkhidmatan ETS yang akan beroperasi dalam tempoh itu adalah sebanyak 36 trip sehari, berbanding pada hari biasa iaitu 32 trip sehari," kata KTMB dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan tiket tren tambahan berkenaan akan mula dijual pada 1 Jun bermula 10 pagi dengan sejumlah 3,780 tiket masing-masing ditawarkan bagi laluan terlibat.
"Penambahan tren ETS ini adalah bagi menampung permintaan tiket kereta api yang tinggi semasa musim perayaan serta bagi mengelakkan kesesakan trafik setiap kali orang ramai pulang ke kampung halaman.
"Tren tambahan ini menawarkan 1,260 tiket sehari menjadikan jumlah keseluruhan tiket sebanyak 7,560 yang ditawarkan termasuk koc kelas perniagaan," menurut kenyataan itu.
KTMB turut menyarankan orang ramai supaya membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) yang boleh dimuat turun melalui Play Store, Appstore dan App Gallery atau membuat pembelian terus di laman sesawang rasmi KTMB.
Pengguna juga dinasihatkan agar merancang perjalanan dan membuat pembelian lebih awal bagi menikmati tambang fleksi yang lebih menjimatkan serta elakkan pembelian tiket di saat akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023

Menurut KTMB, penambahan itu membabitkan tren ETS 9283 dari Padang Besar-KL Sentral dan tren 9286 dari KL Sentral-Padang Besar, serta tren ETS 9181 dari Butterworth-KL Sentral dan destinasi sebaliknya. -Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

KTMB catat peningkatan penumpang semasa Thaipusam
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan peningkatan jumlah penumpang menerusi perkhidmatan KTM Komuter tanpa henti sempena Thaipusam pada 9 hingga 12 Feb lepas.

Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.

KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.

Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter
Seorang individu maut manakala empat lagi cedera ringan selepas dilanggar tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) dalam kejadian di KM 34.734 antara Teluk Pulai dan Klang pada pagi Selasa.

KTMB tawar tren tambahan sempena musim perayaan, 630 tiket disediakan sehari
KTMB menyediakan tren ETS tambahan bagi perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar dan Padang Besar ke KL Sentral sempena Tahun Baharu Cina.

KTMB sedia dua perkhidmatan tren ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah dua perkhidmatan Elektrik Train Service (ETS) bagi perjalanan pergi dan balik antara KL Sentral dan Padang Besar sempena Tahun Baharu Cina.

Tren My Sawasdee Edisi Penang mula operasi hari ini
Pengenalan laluan baharu itu memberi peluang kepada penumpang untuk menikmati perjalanan yang selesa tanpa perlu menukar tren.

KTMB perkenal tren MySawasdee edisi Pulau Pinang mulai 29 Dis ini
Tambang sehala adalah RM45, dengan perhentian di stesen utama seperti Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar, Arau, dan Padang Besar.

10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi
Kerajaan telah memperoleh 10 set tren elektrik (ETS) baharu yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.