Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan perkhidmatan KTM Komuter 24 jam selama empat hari bermula 22 Jan sempena sambutan Thaipusam Ahad ini.
Menerusi satu kenyataan media, KTM berkata perkhidmatan terus-menerus tanpa henti ini akan disediakan bagi laluan dari Batu Caves ke Seremban serta Rawang ke Port Klang.
Menurut kenyataan itu, KTM Komuter akan melanjutkan waktu operasinya selepas waktu perkhidmatan sedia ada dengan menyediakan tren tambahan di antara pukul 12 tengah malam hingga 5.30 pagi, dengan kekerapan pada setiap sejam pada 22 dan 23 Jan.
Manakala pada 24 dan 25 Jan, kekerapan tren dipertingkatkan lagi kepada setiap 20 minit.
KTM berkata perkhidmatan pengangkutan ini disediakan untuk orang ramai, khususnya kepada penganut Hindu serta para pelancong, yang ingin berkunjung ke Batu Caves semasa perayaan berlangsung.
Malah, pada tahun ini, masyarakat di utara terutamanya kaum India juga berpeluang menggunakan perkhidmatan KTM komuter untuk menyambut perayaan Thaipusam Pulau Pinang dan Sungai Petani.
Buat kali pertama, KTMB akan menambah 48 perkhidmatan tren KTM Komuter pada 22 sehingga 24 Jan bagi tiga laluannya di sektor utara yang melibatkan laluan dari Padang Besar ke Butterworth.
Kohilah Sekaran
Thu Jan 21 2016

KTMB akan menyediakan perkhidmatan KTM Komuter 24 jam selama empat hari bermula 22 Jan sempena sambutan Thaipusam Ahad ini.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

PDRM lancar sekatan jalan raya 24 jam di seluruh negara
Ini adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan 'omnipresence' atau kehadiran polis.

Perak catat 132 kemalangan dalam tempoh 24 jam Op Selamat dilancar
Superintendan Azizan Hassan, berkata kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal yang merupakan seorang lelaki 40 tahun di Taiping.

Pengusaha resort harap Pulau Perhentian dapat bekalan elektrik 24 jam
Seramai 60 pengusaha resort dan chalet di Pulau Perhentian merayu Kerajaan Persekutuan agar bekalan elektrik selama 24 jam dapat disalurkan ke kawasan berkenaan bagi keselesaan pelancong.

Kedai 24 jam di Sarawak boleh beroperasi seperti biasa
Keputusan membenarkan premis perniagaan 24 jam di Sarawak beroperasi seperti sediakala dibuat susulan kejayaan melandaikan keluk kes COVID-19 dalam tempoh beberapa hari lepas.

Mahu kurangkan pergerakan umum, 7-Eleven kini beroperasi dari jam 7 pagi hingga 11 malam
Kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven akan mula beroperasi dari jam 7 pagi hingga 11 malam bermula hari ini sehingga 31 Mac 2020.

Jualan 11.11 Alibaba cecah US$10 bilion dalam tempoh sejam pertama
Syarikat itu mengumumkan angka tersebut mengatasi GMV 2017 yang merekodkan 168.2 bilion (1 yuan/renminbi = RM0.60) secara keseluruhan tempoh 24 jam.

Malaysia-Thailand setuju buka pintu sempadan 24 jam, bina dua jambatan
Malaysia dan Thailand bersetuju untuk membuka pintu sempadan 24 jam sehari dalam menggalakkan perdagangan bagi kedua-dua buah negara.

Viral Radio bukan radio 'biasa-biasa'
Viral Radio adalah platform yang menyalurkan informasi dan hiburan sepanjang 24 jam, tujuh hari seminggu.

SPAD komited selesai kes ulat tiket dalam tempoh 24 jam
SPAD komited untuk menyelesaikan dan mengambil tindakan segera bagi menangani kes melibatkan ulat tiket dalam tempoh 24 jam.

KTMB sedia perkhidmatan komuter 24 jam sempena Thaipusam
Perkhidmatan terus-menerus tanpa henti ini akan disediakan bagi laluan dari Batu Caves ke Seremban serta Rawang ke Port Klang.