Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menerima sembilan gerabak baharu kelas perniagaan untuk perkhidmatan tren elektrik (ETS) bermula September ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata gerabak itu akan diterima secara berperingkat iaitu satu gerabak pada setiap bulan.
"Kami akan mengadakan ujian dulu untuk setiap satu gerabak 'Business Class' yang dipasang pada setiap perkhidmatan ETS yang mempunyai lima gerabak kelas ekonomi setakat ini.
"Kami menjangkakan ia akan beroperasi pada bulan Oktober sekiranya tiada masalah selepas mengadakan ujian," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri KTMB di sini, pada Selasa.
Katanya gerabak kelas perniagaan yang mempunyai 32 tempat duduk itu akan dipasang pada semua perkhidmatan ETS iaitu Gemas-Padang Besar, Kuala Lumpur- Butterworth dan Kuala Lumpur-Ipoh.
"Kami akan mengumumkan kemudahan yang ada pada gerabak tersebut dan tambang kelas perniagaan sebelum ia beroperasi," katanya.
Rani Hisham berkata buat masa sekarang sebanyak 36 tren perkhidmatan ETS beroperasi setiap hari.
"Sekiranya gerabak 'business class' itu sudah beroperasi, kami akan mempertimbangkan untuk menambah kekerapan bergantung pada 'speed' dan permintaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 11 2018

Gerabak kelas perniagaan yang mempunyai 32 tempat duduk itu akan dipasang pada semua perkhidmatan ETS iaitu Gemas-Padang Besar, Kuala Lumpur- Butterworth dan Kuala Lumpur-Ipoh. - Gambar fail

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

KTMB terima sembilan gerabak ETS kelas perniagaan mulai September
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata gerabak itu akan diterima secara berperingkat iaitu satu gerabak pada setiap bulan.

Gerabak kelas perniagaan, WiFi percuma dalam tren ETS KTMB
Seiring Projek Rel Elektrik Berkembar Ipoh-Padang Besar yang telahpun siap dengan jayanya sebagai satu lagi penaiktarafan sistem pengangkutan awam bawah Pelan Transformasi 2.0