Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononya kerajaan bertindak zalim dan tidak berperikemanusiaan terhadap golongan gelandangan dan pengemis susulan langkah melarang orang ramai memberi makan dan menderma kepada mereka.
Menteri Wilayah Persekutuan itu sebaliknya berkata kerajaan komited membantu golongan berkenaan untuk menjalani kehidupan lebih sempurna termasuk melalui perkhidmatan yang disediakan di 'Anjung Singgah'.
"Usaha yang dilaksanakan ini juga adalah bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan warga kota sentiasa terpelihara dan aktiviti sindiket mengemis dapat dibanteras," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata kementerian berkenaan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenal pasti lokasi sesuai bagi penempatan golongan itu dengan menyediakan bangunan seperti konsep 'Anjung Singgah' yang dilengkapi pelbagai kemudahan.
Antara yang akan disediakan di premis itu ialah adalah makanan berkhasiat secara percuma dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dialu-alukan menyumbang makanan.
Kemudahan lain ialah tempat rehat, pusat rawatan kesihatan, pusat pendaftaran bersepadu untuk merekod maklumat dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat, kemudahan riadah, perkhidmatan dobi, khidmat kaunseling serta bantuan untuk mendapatkan pekerjaan sesuai.
Tengku Adnan menarik perhatian bahawa masalah gelandangan selama ini menyumbang kepada masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi tumpuan pengunjung termasuk pelancong manakala pengemis kebanyakannya meminta sedekah di hadapan kompleks perniagaan dan tepi jalan.
Selain kebersihan, mereka menyumbang kepada pelbagai masalah sosial, keselamatan selain menjejaskan imej Kuala Lumpur.
"Mereka tidur di tempat-tempat yang tidak sesuai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit," kata Tengku Adnan mengenai golongan gelandangan.
Jelasnya, masalah gelandangan menjadi semakin rumit apabila mereka mempunyai kumpulan masing-masing yang menguasai kawasan tertentu dan masalah timbul apabila mereka berebut kawasan sehingga mencetuskan pergaduhan.
Beliau turut berkata kementerian dan DBKL akan mengenal pasti pusat pengagihan makanan yang sesuai supaya NGO yang aktif menyediakan makanan kepada golongan gelandangan dapat meneruskan aktiviti mereka.
Pemilihan lokasi akan mengambil kira akses yang mudah kepada golongan gelandangan dan ia juga akan mengurangkan masalah kekotoran.
Tahun lepas, DBKL mengangkut 965 gelandangan, 125 daripada mereka pendatang asing. Bagi lima bulan pertama tahun ini, 117 gelandangan termasuk 21 pendatang asing telah diangkut menerusi operasi bersepadu yang dijalankan.
Bernama
Fri Jul 04 2014

TENGKU ADNAN: Kememnterian dan DBKL akan kenal pasti pusat pengagihan yang sesuai untuk NGO edarkan makanan.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Gugur keanggotaan UMNO jika tanding tiket bebas
Anggota UMNO yang bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan digugurkan keanggotaannya serta merta, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ku Nan sangkal kerajaan zalim terhadap gelandangan, pengemis
Kerajaan komited membantu golongan berkenaan untuk menjalani kehidupan lebih sempurna termasuk melalui perkhidmatan yang disediakan di 'Anjung Singgah'.