Menjelang penerbitan semula akhbar Utusan Malaysia beberapa bulan lagi oleh syarikat baharu Media Mulia, bekas pengarang kanan akhbar berkenaan, Ku Seman Ku Hussain ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Pengarang di organisasi tersebut.
Bagaimanapun, Ku Seman yang pernah mengetuai penerbitan Mingguan Malaysia difahamkan telah menolak tawaran berkenaan.
Menurut sumber, penolakan berkenaan dibuat Ku Seman telah dimaklumkan kepada pengurusan tertinggi syarikat yang akan menerbitkan akhbar Melayu berpengaruh itu.
Difahamkan Ketua Pengarang Malaysia Reserve, Azlan Jaafar dilantik sebagai Ketua Pengarang Utusan Malaysia.
"Ya benar, Ku Seman telah menolak pelawaan itu dengan cara yang baik. Pihak pengurusan sedang dipertimbangkan nama lain untuk mengisi jawatan nombor dua itu," kata sumber berkenaan kepada Astro AWANI.
Usaha Astro AWANI menghubungi Ku Seman bagi mendapatkan reaksinya, bagaimanapun, gagal apabila beliau tidak menjawab panggilan dan membalas pesanan di aplikasi WhatsApp.
BACA: Utusan tutup operasi hari ini
BACA: Penutupan Utusan sudah dijangka tapi bukan sebegini pantas - Ku Seman
BACA: Utusan 'baharu' perlu neutral, bebas campur tangan kerajaan, parti politik - Penganalisis
Ku Seman merupakan antara wartawan prolifik yang pernah berkhidmat lebih 30 tahun dengan syarikat Utusan Melayu yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo, Kosmo Ahad dan Utusan Melayu (jawi).
Beliau meninggalkan syarikat itu pada April 2016 selepas ditawarkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Utusan Karya.
Ku Seman ditawarkan jawatan CEO berikutan kontroversi tulisannya dalam akhbar Mingguan Malaysia yang tidak selari dengan perkembangan politik tanah air ketika itu.
Dalam satu artikel tulisannya, Ku Seman pernah mencabar Menteri Komunikasi dan Multimedia (ketika itu), Datuk Seri Salleh Said Keruak berdebat isu dana politik RM2.6 bilion yang dikreditkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Selepas meninggalkan Utusan, Ku Seman memberi tumpuan dalam bidang penulisan di portal KUSEMAN.COM.
Perubahan dalam industri media telah memaksa Utusan menutup operasinya pada 9 Oktober tahun lalu.
Sebelum penutupan itu, pelbagai langkah penstrukturan semula dilakukan termasuk UMNO menjual kepentingan sahamnya kepada Pengerus Eksekutif Utusan, Datuk Seri Aziz Sheikh Fadzir melalui syarikatnya, Opulence Asia Sdn Bhd.
Aziz kemudiannya memindahkan permit penerbitan akhbar kepada Dilof Sdn. Bhd. sebelum menjual 70 peratus saham kepada firma Aurora Mulia Sdn Bhd yang dikaitkan dengan jutawan ternama, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Berikutan itu, Aroura Mulia yang kini dikenali sebagai Media Mulia memiliki permit penerbitan akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo dan Kosmo Ahad.
Dalam kalangan penggiat politik serta pengamal industri media tanah air, masing-masing ternanti-nanti personaliti mana yang akan mengetuai penerbitan akhbar-akhbar berkenaan.
Pengurusan tertinggi editorial lazimnya akan menentukan hala tuju sesebuah akhbar.
Saharudin Musthafa
Wed Feb 12 2020

Ku Seman yang pernah mengetuai penerbitan Mingguan Malaysia difahamkan telah menolak tawaran sebagai Timbalan Ketua Pengarang seperti yang ditawarkan oleh Media Mulia kepadanya.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ku Seman tolak tawaran jawatan TKP Utusan
Ku Seman Ku Hussain yang ditawarkan sebagai Timbalan Ketua Pengarang Utusan (baharu) telah menolak jawatan berkenaan.